Firman Allah dalam surah Yunus Ayat 7-8 yang bermaksud....
" Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami , mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan."
Dalam kehidupan ini, manusia terdiri daripada dua jenis: jenis pertama golongan kafir yang menafikan kewujudan kehidupan selepas mati di mana manusia diberi ganjaran dan hukuman. Manusia sebegini hidup mereka hanya satu matlamat sahaja.....menikmati hidup sepuas-puasnya dan mengejar segala kelazatan dunia dan segala keindahannya.....umpama mereka seperti binatang.....seperti di nyatakan dalam firman Allah surah Muhammad Ayat 12.....yang bermaksud
"......Dan orang-orang kafir menikmati kesenangan dunia, dan mereka makan seperti haiwan makan dan kelak nerakalah tempat tinggal mereka."
Mereka ini mengejar dunia, harta, pangkat, kemewahan, wanita.....sehingga lupa diri dan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat mereka...alangkah singkatnya pandangan mata hati manusia jenis ini!! Dunia adalah matlamat mereka!!
Golongan kedua pula....golongan manusia ini menerima dan percaya ada hidup selepas mati, ada balasan terhadap dosa dan pahala!!Mereka mengikut apa yang dibawa oleh Rasul Allah....Namun golongan kedua ini terbahagi kepada tiga golongan pula...
Pertama ....yang tidak berlaku adil pada diri sendiri
Kedua......yang menzalimi diri sendiri
Ketiga...yang berlumba2 dalam berbuat kebajikan...
Golongan pertama merupakan golongan majoriti....mereka ini puas dengan kehidupan dunia, menikmatinya dan selalu menuruti hawa nafsu ....Dunia adalah tumpuan utama mereka..cinta dan kasih mereka pada dunia sangat ketara....walaupun percaya pada kehidupan akhirat tetapi sebenarnya jiwa mereka ini terikat dengan dunia dan tidak begitu memahami apakah tujuan kehidupan ini!
Golongn kedua pula.....merupakan golongan yang menzalimi diri sendiri....mereka mengambil dan menikmati dunia dalam batas-batas yang dibenarkan...namun mereka terleka dalam kenikmatan dunia ini...
Tapi golongan ketigalah sepatutnya kita contohi....iaitu mereka yang bersegera berbuat kebajikan, memahami hakikat kehidupan ini sebenarnya, menjaga batas-batas yang telah ditetapkan, mengetahui mereka merupakan khalifah Allah yang di beri amanah untuk melaksanakan amanah Allah..!!
Mereka ini hanya mengambil sedikit bekalan dunia ini dalam perjalanan seterusnya menuju akhirat...
Dunia ini adalah ladang akhirat yang mana hasilnya akan dituai kemudian....
Rasulullah pernah bersabda....."Apa gunanya aku dengan dunia ini? Di dunia ini aku umpama musafir lalu yang berehat sebentar di bawah naungan pepohon dan kemudian akan meneruskan perjalananku...."
Al-Hassan berkata " Betapa manis dan indahnya dunia ini bagi seorang mukmin, dia menggunakan bahagiannya di dunia untuk tujuan syurga dan akhiratnya;dan betapa celakanya hidup di dunia ini bagi seorang kafir dan munafiq...mereka bazirkan dunia mereka untuk dapat balasan api neraka!!
Rasulullah bersabda lagi.." Sesiapa yang cinta dengan kehidupan dunia ini akan membahayakan kehidupan akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai kehidupan akhiratnya akan membahayakan kehidupan dunia nya....dan kamu sepatutnya menyukai apa yang kekal selamanya dari apa yang akan binasa dan fana..!!
Awn ibn Abdullah berkata " Kehidupan dunia dan akhirat ini terletak antara pertimbangan dalam hati umpamanya berada di atas satu neraca. Jika salah satu timbangan berat, maka yang satu lagi akan menjadi ringan dna tidak penting.
Ibn Masud berkata " Setiap orang dari kita di dunia ini umpama tetamu dan hartanya adalah satu pinjaman. Bila tetamu telah pergi, pinjaman tersebut perlulah dibayar."
Jadi marilah sama-sama kita renungi....golongan manakah kita ini....kita diberi akal untuk memilih dan ikhtiar untuk melaksanakan...jadi halatuju hidup kita perlulah diperbetulkan supaya kita tidak menjadikan dunia matlamat kita...jadilah kita manusia yang paling bijak iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa mengingatkan diri kita dengan matlamat akhir kehidupan kita iaitu akhirat!
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Hawa nafsu adalah merupakan kecenderungan terhadap sesuatu baik berupa cinta pada nafsu(syawat atau keinginan) merasa lebih hebat, benci...
-
Mengapa Allah menguji kita? Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...
asm
ReplyDeletePenuhilah kehidupan di dunia ini dengan al ikhsan (kebaikan) dan ikhsan ini memiliki berapa tingkat dan darajat.
Tingkat 1: dapat diwujudkan dengan takut kepada Allah dan selalu menyembah Allah seakan2 kita dapat melihat Allah melalui hati kita., melihat Nya dalam amal ibadah kita dan berharap pahala yang akan diberikanNya.
Tingkat 2: Perasaan malu pada Allah SWT. Tingkat ini merupakan hasil dari pengetahuan seorang hamba bahawa Allah SWT selalu melihat dan memerhatikannya. Oleh itu hamba tersebut selalu takut untuk meyimpang dan melanggar perintah Allah SWT.
Firman Allah Qaf :16
" Tiada perbincangan rahsia di antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya, Dan tiada perbincangan lima orang melainkan Dialah yang keenamnya. dan tiada perbincangan di antara jumlah yang kurang daripada itu dan lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka dimana-mana pun mereka berada"
Tinkat 3: Kebaikan adalah mencintai Allah swt dan hatinya tenang jika beribadah kepadaNya.
Contohi RasulAllah dalam ibadah malamnya, sehingga Aisyah berkata "satu ketika telapak kaki RasulAllah SAW pecah2 kerana lamanya bersolah malam"
Oleh itu sebagai HambaNya , kita mesti selalu menghubungi Allah SWT dan sentiasa mengingatiNya, selalu mencintai dan MerinduiNya dan moga-moga kehidupan kita di dunia ini merupakan jambatan untuk ke Akhirat.
Pesanan Dr Abdullah Al Qarni
ATH