Di sepanjang perjalanan hidup yang kita lalui hari demi hari ini......seringkali kita tergelincir dari landasan yang lurus....jadi sebenarnya kita di tuntut untuk muhasabah diri kita.....
Muhasabah diri yang bermaksud mengkaji diri sendiri dengan menghitung berapa banyaknya kesalahan yang kita dilakukan setiap hari......dengan niat kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama atau melakukan kesalahan yang berbeza!! Semakin banyak kita muhasabah diri kita.... semakin terbukalah lapisan yang menutupi kesedaran jiwa.....kesedaran jiwa untuk kembali ke pangkal jalan!!
Muhasabah diri perlulah dilakukan secara bersendirian, bukan beramai-ramai di mana kita menyendiri dalam suasana malam yang hening...inilah muhasabah yang berkesan.
Diwaktu malam yang sepi dan hening, ini kita berbicara sendiri dengan hati kita, berdialog dengan kesalahan diri kita sendiri,dan memutuskan hubungan dengan kesalahan -kesalahan tersebut. Dengan keheningan malam, jadi kita lebih mudah melihat kesalahan- kesalahan kita!! Hati akan tersedar dan keinsafan merangkak datang!!
Peniaga-peniaga yang berniaga pada waktu siang akan menghabiskan waktu malam mereka untuk mengira keuntungan atau kerugian...mereka menilai kesilapan yang dilakukan dan merancang perkara yang akan dilakukan pada esok hari. Mereka sanggup habiskan waktu rehat semata -mata untuk tujuan ini...!!!
Jika kita sanggup untuk melakukan sedemikian untuk tujuan kebahagiaan dunia.......adakah kita sanggup pula mengira-ngira keuntungan atau kerugian yang di buat setiap hari untuk mengecapi kebahagiaan di akhirat, sedangkan kebahagiaan akhiratlah yang kekal abadi?? Adakah kita manfaatkan waktu malam kita bagi mengingati dan menghitung-hitung banyak mana ibadah dan zikir kita dan banyak mana pula dosa-dosa kita??
Sudahkah kita mengira berapa banyakkah bekalan yang kita perlu bawa bagi mengharungi perjalanan akhirat yang menyesakkan jiwa dan penuh dengan penghitungan rapi dari Allah nanti?? Sesungguhnya alam akhirat adalah alam penghitungan dan penghisaban amal-amal yang telah dilakukan di dunia!! Tiada penyesalan akan diterima nanti di sana!!
Jadi penyesalan hanya berguna bagi orang yang hidup sahaja...selagi nyawa tidak sampai ke kerongkongan. Para ulama dan orang-orang soleh banyak memanfaatkan waktu malam bagi muhasabah diri dan menghitung amal perbuatan, mempersiapkan bekal amal ibadat pada malam itu dan juga bersiap sedia untuk hari esok untuk memanfaatkan hari esok agar lebih baik dari hari semalam.
Dalam Surah Al- Fathir (29- 30) yang bermaksud...
"Sesungguhnya orang-orang selalu membaca Kitab Allah(Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada nya secara diam-diam atau terang-terangan..mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. Agar Allah menyempurnakan pahalannya kepada mereka dan menambah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , Maha Mensyukuri."
Jadi begitulah sifat-sifat mereka yang berniaga dengan Allah setiap hari....dan perniagaan ini ganjarannya sangat mahal iaitu syurga!! Bagi kita inilah perkara yang perlu kita sentiasa sedari bahawa...kehidupan ini sebenarnya adalah satu perniagaan sama ada kita akan mendapat keuntungan atau kerugian ....
Jadi perancangan perniagaan, pelaksaanaannya , perlu dibuat dengan teliti supaya kita tidak rugi nanti...Kerugian di dunia boleh ditebus balik...tapi kerugian akhirat..... tiada peluang langsung!!
Sama-samalah kita fikirkan....

Salam
ReplyDeleteTelah banyak tahun (ramadhan ke ramadhan) demi tahun meninggalkan kita dan telah banyak tahun demi tahun yang kita sambut. Tahun demi tahun yang kita tinggalkan, begitu juga kebaikan dan keburukan yang berlaku di dalam nya.
Dukacita silih berganti dan sungguh beruntung orang yang orang yang taat dan sering muhasabah diri setiap masa dan bertakwa kepada Allah SWT dan sunggoh rugi orang berbuat kemaksiatan kepadaNya.
Jika kita selaku hamba lemah selalu melupakan kebaikan dan keburukan yang berlaku setiap tahun, namun Allah swt tidak pernah lupa akan hal tersebut,
Allah berfirman “Dan mereka berkata”Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhan kamu tidak menganiayai seorang jua pun” Al Kahfi:49
Jadi marilah sama-sama muhasabah diri kerana kita tidak terlepas dari pengawasan Allah.
Bangi
assalam
ReplyDeletegood work. teruskan menulis peringatan hati untuk kesedaran mereka yang lalai.
tahniah
amilin