Seorang oceanografer Perancis bernama Jacques Yves Costeau..seorang pelaut, pengembara di alam samudera menyelami lautan dalam di serata dunia dan membuat filem dokumentari tentang hidupan laut...dan filemnya yang sungguh menakjubkan itu di tayangkan di serata dunia...bertajuk Discovery
Suatu hari ketika beliau melakukan ekplorasi di bawah laut.....tiba-tiba ia terpandangkan kumpulan mata air tawar yang segar yang sangat sedap rasanya tidak bercampur baur dengan laut masin disekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya...sungguh takjub dia dengan penemuan ini.......................
Penemuan ini membuatkan beliau terfikir dan tertanya-tanya dalam diri....mencari jawapan akan fenomena ganjil ini.....mungkin halusinasi saja?? Namun jawapan yang memuaskan hati nya tidak ditemui selepas sekian lama mencari...
Akhirnya dengan izin Allah, beliau berjumpa dengan seorang professor muslim dan menceritakan fenomena ganjil yang menghantui fikirannya selama ini....
Professor itu teringat tentang ayat al Quran Surah ArRahman (9-10) yang bermaksud..
'Dibiarkan dua lautan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak bisa tembus......"
Surah Al Furqan (53)....yang bermaksud..
" Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yang ini tawar dan yang ini masin lagi pahit...Dia menjadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.."
Nah..itulah jawapan yang mempersonakan Mr Costeau, mengkagumi Al-Quran yang menerangkan kejadian ini yang di lihatnya di laut dalam...tercetus dihatinya..mustahil Al-Quran ini disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ketujuh.....suatu zaman yang belum ada peralatan menyelam yang canggih!! Al-Quran itu benar-benar satu mukjizat dari Allah Tuhan sekelian Alam!!
Kebenaran Al Quran membuktikan kewujudan fenomena ganjil yang hanya di temui di abad ke 20!!
Benarlah Al-Quran ini kitab suci berisi firman Allah....cetus hati Mr Costeau. Maka berimanlah beliau dan akhirnya memeluk agama islam....begitulah cerita percikan iman yang singgah dihati manusia yang mengkagumi alam ciptaan allah....apabila tiada ketemu jawapan....hatinya mencari-cari jawapan.....yang hanya ada dalam Al-Quran...petunjuk bagi sekelian alam...
Sama kita renungi maksud ayat ini...
" Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu , dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang ragu-ragu."
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Hawa nafsu adalah merupakan kecenderungan terhadap sesuatu baik berupa cinta pada nafsu(syawat atau keinginan) merasa lebih hebat, benci...
-
Mengapa Allah menguji kita? Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...
asm
ReplyDeleteBenarlah Al Quran mukjizat Allah. sama-samalah kita rujuk untuk kita mengharungi kehidupan ini. Antara nikmat dari Al Quran, ialah orang beriman mengetahui rahsia kehidupan ini. orang beriman tahu akan Allah, dan kerenanya mereka mengetahui segala macam perbuatan yang baik.
Antaranya Dr YQ menerangkan
1. Dunia ini adalah kerajaan ALLAH
2. Segala yang ada dalam alam ini adalah bekas rahmat Allah
3. Manusia ini khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanat Allah
4. Hidup ini pemberiaan Allah dan kematian adalah qadar (ukuran) dari Allah
5. Dunia ini tempat berusaha untuk memenuhi perintah Allah, dan akhirat itu masa menuai dan menerima balasan dari Allah
6. Orang yang berbahagia ialah yang menjalankan petunjuk Allah dan yang paling malang ialah yang membelakang dari pengajaran Allah
7. Manusia ini memikul beban dan tnggungjawab dalam negeri yang fana dan penuh cubaan ini, supaya mempunyai persiapan untuk selamanya dalam negeri yang kekal
8. Kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya (dunia dan Akhirat)
Semoga peringatan Ulamak ini menjadi panduan untuk kita
Ameen
ATH