Friday, July 16, 2010

Hadapilah hidup ini seadanya......

Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan warna......
Semua itu bercampur baur degan kecemasan dan kesulitan hidup......dan kita adalah sebahagian dari dunia yang sedang berada dalam kesukaran........!!!
   Sebagai manusia, kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, suami, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan.  Lebih daripada itu, adakalanya sebaliknya pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang mungkin buruk atau tidak kita sukai....
Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau kita mahu selamat dengan adil dan bijaksana, kerana betapapun setiap luka ada harganya.
     Allah menghendaki dunia ini sebagai satu tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertentangan, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dan kesedihan.
Dan selepas itu, Allah akan kumpulkan semua kebaikan, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.
     Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada. Jangan larut dalam khayalan dan jangan sesekali menerawang ke alam imaginasi. Hadapi hidup ini dengan apa adanya.  Kendalikan jiwa kita untuk dapat menerima dan menikmatinya!!!
     Bagaimanapun tidak semua kawan ikhlas pada kita dan semua perkara sempurna di mata kita! Kerana keikhlasan dan kesempurnaan itu adalah ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan seorang isteri pun tidak pernah akan sempurna di mata seorang suami..
     Maka kata hadis ' Jangan seorang mukmin mencela seorang mukminah (yang menjadi isterinya)
kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia menyukai perangainya yang lain.
   Adalah sepatutnya  kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai semula, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyukarkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk masa-masa tertentu, memperbetulkan langkah dan mengesampingkan berbagai-bagai hal yang mengganggu. 

 (di petik dari La Tahzan)

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...