Bismillahirrahmanirrahim............
Dalam kehidupan ini sebagai manusia sebenarnya tidak akan sunyi dari ujian-ujian dalam hidup kita , kadang-kadang ujian ini terus dari Allah dimana kita ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan, kematian, hilang harta benda. Kadang-kadang pula kita dapat ujian disebabkan gangguan dari manusia itu sendiri yang boleh memudaratkan diri kita. Gangguan dari manusia yang kurang kefahaman dan kesedaran Islam yang menyebabkan kita mengalami kesusahan baik dari kesusahan fizikal mahupun kesusahan dari segi emosi dan mental. Bagi kita perlulah menanamkan kesabaran dijiwa kita dan mohon bantuan dari Allah untuk menghadapi segala ujian ini......dan apabila melalui ujian ini akan tertingkatnya iman kita padaNya, insyaAllah!
Bagi kita yang faham dan sedar perlu menjauhi perkara-perkara yang Allah murkai yang sebenarnya sangat banyak tapi di tulis di sini 12 perkara untuk kita renung-renungkan........dan cuba memproses diri kita supaya tidak memiliki sifat -sifat tersebut iaitu....
1. Menganiaya orang lain sama ada menganiaya dari segi fizikal iaitu melukai, memukul, membunuh.....mahupun penganiayaan emosi ataupun mental. Perbuatan ini menyebabkan mangsa itu mendapat mudarat seperti kecederaaan fizikal, hilang maruah diri, merasa tertekan, kesedihan yang amat sangat sehingga hilang semangat diri, hilang pekerjaan, runtuh rumahtangga dan lain-lain lagi...
2. Memakan harta orang lain dengan cara yang batil.....seperti menipu, rasuah, merompak, mencuri, mungkin juga memperhambakan orang lain (pembantunya, pekerjanya..) dan tidak menunaikan hak orang tersebut....contohnya tidak membayar gaji pekerja, membayar gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dibuat, mengambil harta orang lain secara hutang tanpa ada niat nak bayar hutang, tidak memnuhi syarat-syarat akad dalam jual beli, sewa menyewa, menjual barangan dengan menyembunyikan aib barang jualan...dan banyak lagi.
3. Mengumpat orang..., memperkatakan hal yang benar tentang sesaorang dibelakangnya dimana bila didengari tentu tidak disukai.......perbuatan ini umpama memakan bangkai saudaranya sendiri.
4. Menganggu jiran tetangga......ada bermacam-macam kes gangguan umpamanya mengumpat tetangga, menjatuhkan maruah dan kehormatannya, menzaliminya, membuang kotoran didepan pintu atau kawasan jirannya, mencari-cari kesalahan jiran, tidak peduli atau memerhatikan jiran yang berkeperluan.
5. Mencari-cari aib seorang Muslim.....mencari kesalahan dan kemudian menyebarkan dikalangan manusia lain dengan tujuan merosakkan maruah dan kehormatan orang lain.
6. Mencaci maki, memperolok-olokkan dan mencela orang lain. Mungkin orang yang dicaci maki lebih baik dari orang yang memaki. Pada dasarnya semua manusia itu sama sahaja secara fizikalnya, masing-masing ada kelemahan diri sendiri ....tidak ada yang membezakan diantara dua orang di sisi Allah melainkan kelebihan takwa yang terletak dihati!
7. Khianat dan mungkir janji........ini merupakan diantara ciri-ciri munafik yang perlu dijauhi....bila ditambah dengan dua sifat lagi iaitu bila bercakap, ia berdusta dan bila ia berselisih, ia melampaui batas....maka jadilah orang itu munafik tulen. Nauzubillah! Orang Munafik ini tempatnya di neraka adalah di neraka yang paling bawah sekali.......
8. Meminang pinangan (tunangan) orang lain. Ini adalah satu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain...sama juga halnya membeli barang yang akan dibeli orang lain (sudah ada perjanjian). Keadaan ini boleh menimbulkan permusuhan dan perpecahan yang dilarang oleh Rasulullah.
9. Mengganggu dan menggoda perempuan................termasuk perilaku yang tercela yang nyata banyak berlaku sekarang ini sehingga boleh membawa kepada penzinaan, kehancuran rumahtangga, pergaduhan malah boleh membunuh juga..... . Demi Allah, perilaku seperti ini kebanyakan juga akan dibalasi oleh Allah terhadap keluarganya sendiri.....sepertimana ia mengganggu orang lain! Jika ia tertarik dan berhajat kepada sesaorang perempuan, ikutilah jalan yang syarak iaitu mengahwininya, bukannya menggodanya dan mengajaknya melakukan zina! Lelaki begini adalah lelaki yang keji di sisi Allah....yang niat di hati tidak tulus dan ingin merosakkan orang lain!
10. Duduk di pinggir jalan....dengan tujuan menggangu orang yang lalu lalang atau menghalanginya tanpa tujuan yang benar. Renungilah hadis Rasul ini yang bermaksud....." Janganlah kamu duduk dipinggir jalan." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana bila kami terpaksa duduk untuk membicarakan sesuatu? Beliau menjawab, " Jika kalian terpaksa, berikanlah jalan itu haknya.' Mereka bertanya lagi, " Apakah haknya? " Rasulullah menjawab, " Tundukkan pandangan, menahan gangguan, menjawab salam dan beramar maaruf dan nahi mungkar"
11. Mengadu domba (Namimah). Melaga-lagakan orang supaya timbul api permusuhan dikalangan orang yang bersengketa. Perbuatan ini lebih kejam dari mengumpat. Sipelakunya akan diazab dengan azab yang sungguh besar!
12. Mengugut....Ugutan yang mengganggu ketenteraman penghuni rumah dengan menakut-nakutkan mereka dengan pelbagai cara. Kes along yang menuntut hak hutangnya dengan ugutan-ugutan sehingga sanggup mencederakan keluarga sipemiutang.....banyak kita dengari sekarang ini. Hak perlu dituntut dengan cara yang dibenarkan dalam Islam...! Namun seringkali yang berhutang, hanya tahu menimbun hutang tapi tidak mampu membayar hutang! Setengahnya ada yang melarikan diri......inilah yang mengundang tindakan drastik si along tadi! Yang berhutang tidak menunaikan hak yang sepatutnya dan yang memberi hutang juga perlu meminta haknya dengan baik! Namun....disebabkan kurangnya kefahaman dan kesedaran Islam...maka terjadilah hal ini. Siapa yang perlu di persalahkan?
Banyaknya kes kes di atas berlaku kerana sistem yang bukan Islam menguasai masyarakat di mana aktiviti mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran tidak berjalan, kurang kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenar sehingga berleluasanya kemungkaran!
Masing-masing hanya menjaga hal diri sendiri, tidak ambil peduli hal orang lain......rakan taulan, jiran tetangga, orang tua dan perempuan yang lemah. Kepentingan diri dan keluarga didahulukan.... ! Sikap begini sebenarnya mengundang padah, kerana kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain pasti akan mengenai diri, jika tidak hari ini, mungkin di masa akan datang!
Sebenarnya masyarakat Muslim perlu kembali semula kepada sistem Islam yang syumul yang dapat menyelesaikan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Kefahaman dan kesedaran itu perlu ditanam dan dipupuk dalam diri individu Muslim kerana hanya dengan melalui cara ini, sesaorang itu dapat kembali kepada Islam dan berubudiyah secara total pada Allah SWT. Bila tiadanya kesedaran, sesaorang itu akan leka dan lalai dalam kehidupan dunia ini sehingga lupa tentang tanggung jawab mereka pada Allah SWT dan tidak rasa takut dengan azab Allah. Orang sebegini perlu di sedarkan dari tidurnya yang panjang!
Pentingnya kesedaran dalam diri yang akan mencetuskan tindakan segera...........
Contohnya yang mungkin pernah berlaku pada diri kita iaitu disebabkan kesibukan kita , terlupanya kita memperbaharui roadtax dan insuran kereta kita kerana kita tidak sedar ia sudah mati/ tamat tempoh. Oleh kerana tidak sedarnya akan hal ini, kita tidak rasa takut memandu kereta tersebut kemana sahaja, walaupun ada polis atau pegawai JPJ sedang buat roadblock. Kita rasa tenang walaupun ia menyalahi undang-undang jalan raya. Tetapi apabila kita tersedar akan hal ini , barulah kita tersentak....masyaAllah, dah lama rupanya mati road tax ini......timbul rasa takut, tidak beranilah bawa kereta ni nanti kena tahan JPJ dan dikenakan tindakan saman!! Lantas cepat-cepatlah kita akan uruskan hal ini supaya jiwa rasa tenang supaya kita tidak lagi menyalahi undang-undang lalulintas!
Begitulah juga halnya bila kita memandu dan melayari kehidupan ini, bila kita tersedar dari kelalaian kita , ini akan membuatkan kita tersentak sepertinya kita tersentak seperti kes di atas..... kita akan berusaha mengikuti undang-undang Allah dalam hidup ini supaya tidak dikenakan tindakan Allah nanti. Kesedaran yang ada bukan setakat tinggal di jiwa tapi ia mendorong pemilik diri cepat-cepat membuat tindakan yang sewajarnya iaitu kembali segera agar berada di atas landasan yang betul! Alangkah bagusnya jika kesedaran sebegini di miliki oleh masyarakat Muslim!
Tanpa kesedaran dan kefahaman yang sebenarnya, tidak akan dapat merubah suasana gawat yang melanda umat Islam sekarang. Menyebarkan kefahaman dan kesedaran ini perlu dipikul oleh setiap individu Muslim walaupun dengan apa cara yang ia termampu. Pendekata, tanggungjawab ini bukan hanya terpikul di atas bahu golongan tertentu sahaja. Setiap diri kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti dan akan ditanya apakah sumbangan kita kepada masyarakat Muslim, terutama sumbangan dakwah dan tarbiah supaya mereka kembali pada Allah!
Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan diri untuk sama-sama menyedarkan diri, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, masyarakat seluruhnya.......semua kita ini adalah hamba Allah yang perlu menunaikan hak Allah ...iaitu menyembah hanya Allah dan tidak menyengutukanNya dalam semua aspek kehidupan samada nyata atau tersembunyi!