Thursday, June 11, 2015

AZAM DAN PERSEDIAAN RAMADAN 2015


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi sebenar adalah bulan yang teristimewa berbanding bulan-bulan yang lain....

Pada bulan ini di gandakan pahala amal soleh, dibuka segala pintu kebaikan, diberi limpahan rahmat dan keampunan bagi yang melaluinya dengan penuh rasa keimanan pada Allah...semestinya kita rasa gembira menerima limpahan rahmat Allah ini dengan menjalani latihan intensif selama sebulan penuh...!!!

Apabila kita menjalani ibadah puasa ini , kita melatih diri kita untuk sabar...kerana sabar ini satu elemen penting yang perlu ada dalam diri. Bukankah sabar itu separuh dari iman?? Amat pentingnya kita memiliki sifat sabar ini kerana Allah sangat menyukai orang yang sabar dan sentiasa bersama orang yang sabar...

Dan lagi....apabila kita bermasalah, ditimpa musibah, bukankah kita disuruh mohon pertolongan dari Allah dengan sifat sabar dan solat....??

Jadi latihan intensif Ramadan ini sebenaarnya mendidik dan membina sabar yang praktikal dalam diri...supaya tertingkatnya sabar yang menyeluruh..

Sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian....maka itulah sebabnya kita perlu ada sifat sabar untuk kita menghadapinya!!

Sabar dalam menahan lapar dan dahaga
Sabar menunaikan solat dengan khusyuk
Sabar menahan diri dari sifat ammarah
Sabar untuk menjauhi perbuatan dosa dan sia-sia
Sabar dan ikhlas dalam menjalani ibadah-ibadah lain


...dan banyak lagi kesabaran yang perlu kita ada....

Menjalani puasa Ramadan ini umpama kita menjalani ujian......ujian sama ada kita berjaya atau tidak mengekang diri melawan hawa nafsu di sepanjang bulan ini..

Sama juga sebelum kita mengambil ujian atau peperiksaan yang penting seperti SPM, STPM...perlu ada persediaan yang rapi supaya lulus dengan cemerlang....!!

Tanpa persediaan...mampukah kita meraih kejayaan yang di idam-idamkan??

Persediaan penting untuk menghadapi Ramadan ini di antaranya....

Persediaan hati
sediakan hati dan sucikan ia dengan perbanyakkan taubat dan istighfar untuk kita mempersembahkan amalan yang paling bersih di sisi Allah SWT dengan harapan Allah menerima segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Amatlah rugi kita melalui Ramadan tapi apa yang kita perolehi cuma lapar dan dahaga sahaja, tiada nilai di sisi Allah, tiada pahala, tiada keampunan, tiada rahmat dan limpah kurnia dariNYa...!!
Umpamanya kita melalui satu tempat yang terdapat bermacam-macam nikmat...tapi kita lalui sahaja tempat tersebut tapi tak ambil apa-apa pun...sedangkan ramai orang berebut- rebut untuk memperolehinya dengan penuh rasa ghairah dan seronok dengan hadiah-hadiah dan anugerah yang tidak terhingga....!!

Persediaan Ilmu
Ilmu untuk memahami tentang cara-cara menghayati puasa dengan sempurna, melaksanakan ibadah lain seperti solat tarawikh, solat solat sunat, ilmu untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam perlu di cari, di fahami supaya dapat dihayati dalam diri.
Orang yang berlimu mempunyai darjat yang tinggi disisiNya, kerana dengan imu ini dapat meningkatkan rasa takwa kita pada Allah. Dengan ilmu kita dapat mebezakan mana yang hak dan batil, mana yang betul dan salah....
Menghadiri majlis ilmu yang mendekatkan diri kita pada Allah umpama berada di taman-taman syurga, di naungi oleh para malaikat yang sentiasa mendoakan orang yang berada di dalamnya...
Orang yang berjalan kerana pergi untuk menuntut ilmu umpama mereka yang pergi berjihad di atas jalanNya....

Persediaan fizikal
Untuk kita kuat beramal, ia perlukan fizikal yang kuat dan sihat. Jadi persiapkan diri sebelum menghadapi Ramadan dengan menjaga kesihatan diri dengan pemakanan sihat, senaman dan berpuasa sunat..
Sebelum Ramadan, itulah sebabnya mengapa kita di suruh banyakkan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban sebagai persediaan awal menghadapi Ramadan. Jadi fizikal kita sudah terbiasa dengan latihan diri sebelum Ramadan....dah warming up sebelum menghadapi perjuangan yang sebenarnya. Tanpa warming up ini...sama seperti orang yang nak pergi bersukan marathon, di separuh jalan dah tak mampu nak teruskan sebab tidak ada stamina untuk meneruskan perjalanan yang jauh ini.....
Ingatlah, mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah, jadi cari jalan untuk kita rasa lebih sihat dan kuat supaya kita dapat meningkatkan amal kita pada Allah, untuk kita meraih kasih sayaang Allah yang tiada batasannya!!

Persediaan Azam dan Amal
Perlu ada sasaran diri yang ingin dicapai di sepanjang bulan Ramadan ini dari segi ibadah kita, bacaan Quran, zikir, ibadah, sedekah, dan lain-lain amal..
Perlu setkan target diri yang mampu dicapai dan berazam untuk melaksanakannya nanti... umpamanya nak baca Quran 1 juzu sehari, usahakan supaya target dicapai dengan izin Allah.
Berazam dan berdoa banyak-banyak supaya Allah beri kemampuan diri untuk istiqamah melaksanakan apa yang kita targetkan.

Mudah-mudahan kita dapat menghadapi Ramadan kali ini dengan ada persediaan awal supaya kita dapat bertahan dan berupaya melaksanakan ibadah puasa yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas....

Apa yang kita hajati dalam hidup ini adalah keampunan dariNya...kerana kita ini adalah hambanya yang banyak silapnya, banyak lalainya, banyak dosanya...!!

Siapakah yang dapat mengampuni dosa kita selain Allah?

Kepada Allah seharusnya kita kembalikan segala urusan diri kita, kerana Dialah pemilik sebenar kita!!
WALLAHUALAM

RAW
JUN 2015

Tuesday, March 31, 2015

Analogi kehidupan....umpama sebuah buku!!



Kita ini seperti sebuah buku.

Muka depan adalah tanggal lahir. Kulit belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan....
Ada buku yg tebal, ada buku yg nipis. Ada buku yg menarik dibaca, ada yg sama sekali tidak menarik.

.Sekali atau berkali² tertulisnya dosa, ternyata Allah masih memberikan kesempatan untuk kita menghapusnya dengan Taubatan Nasuha.

Tapi hebatnya, seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin, Allah Yang Maha Rahman selalu menyediakan hari yang baru untuk kita..

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya..
Kita selalu boleh memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkan olehNya....

Terima kasih Ya Allah untuk hari yg baru ini. Syukuri hari ini dan isilah halaman buku kehidupanmu dgn hal² yg baik semata.... supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita mampu tersenyum....

Selamat menulis di buku kehidupanmu....
Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena yang diredhai Allah Ta'ala..

Hari yang berlalu jangan kita meratapinya sebab ianya sudah mati...

Masa akan datang jangan kita khayalkan sebab itu belum pasti...

Sibukkan kita dengan detik waktu yang sedang kita tempuh.

Kata-kata dari Ibnu Masud r.a. utk renungan diri...

"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam,

'Amalku tidak bertambah sedikitpun,padahal aku tahu saat ini umurku berkurang"

Nasihat ini untuk diri sendiri,untuk dikongsi bersama-sama kawan2,anak2 , keluarga.......semoga Allah memberkati dan meredhai kita.

Aamiin..
Wallahua'alam..

Ikhlas itu....


IKHLAS ITU

Menentukan diterima atau tidak diterimanya aktiviti kita sebagai ibadah,
Kerananya pastikan ia senantiasa menyertai setiap aktiviti kita......

Ikhlas itu….
 Ketika nasehat, kritik dan bahkan fitnah, tidak mengendorkan amalmu dan tidak membuat semangatmu punah.

Ikhlas itu…
Ketika hasil tak sebanding usaha dan harapan, tak membuatmu menyesali amal dan tenggelam dalam kesedihan.

Ikhlas itu…
Ketika amal tidak bersambut apresiasi sebanding, tak membuatmu serik bertanding.


Ikhlas itu…
 Ketika niat baik disambut berbagai prasangka, kamu tetap berjalan tanpa berpaling muka.

Ikhlas itu…
 Ketika sepi dan ramai, sedikit atau banyak, menang atau kalah, kau tetap pada jalan lurus dan terus melangkah.

Ikhlas itu…
 ketika kau lebih mempertanyakan apa amalmu dibanding apa posisimu, apa perananmu dibanding apa kedudukanmu, apa tugasmu dibanding apa jabatanmu.

Ikhlas itu..
 ketika tersinggung pribadi tak membuatmu keluar dari barisan.

Ikhlas itu…
ketika posisimu di atas, tak membuatmu lewa, ketika posisimu di bawah tak membuatmu enggan bekerja.

Ikhlas itu…
ketika khilaf mendorongmu minta maaf, ketika salah mendorongmu muhasabah, ketika ketinggalan mendorongmu mempercepat jalan.

Ikhlas itu…
ketika kebodohan orang lain terhadapmu, tidak kau balas dengan kebodohanmu terhadapnya, ketika kezalimannya terhadapmu, tidak kau balas dengan kezalimanmu terhadapnya.

Ikhlas itu…
 ketika kau bisa menghadapi wajah marah dengan senyum ramah, kau hadapi kata kasar dengan
jiwa besar, ketika kau hadapi dusta dengan menjelaskan fakta.

Ikhlas itu…
Mudah diucapkan, sulit diterapkan….. namun tidak mustahil diusahakan….

Ikhlas itu...
Seperti surah Al Ikhlas.. Tak ada perkataan ikhlas di dalamnya...namun perlu ikhlas melakukan sesuatu untuk Nya sahaja

Semoga Bermanfaat

Saturday, February 28, 2015

Tanda Cinta.....

Bismillahirrahmanirrahim



Tanda cintakan Allah......cintai Al Quran.

Tanda cintai Al Quran.....cintakan Nabi saw.

Tanda cintakan Nabi s.a.w.....cintai sunnah baginda

Tanda cintakan sunnah Rasul....cintai akhirat

Tanda cintai akhirat....tidak mencintai diri sendiri

Tanda tidak mencintai diri sendiri....membenci dunia

Tanda membenci dunia.....tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.....!!

Kesimpulannya untuk hidup di dunia yang sementara ini, janganlah berlebih-lebihan, ambil sekadar perlu, tidak tamak....

Hidup ini ibarat musafir lalu, yang singgah sebentar dalam perjalanan kehidupan ini...

Menuju kampung akhirat yang abadi....yang kekal selama-lamanya!!

Jadi dalam perjalanan yang semakin singkat ini...bekalan diri perlu dicari, bekalan dan persiapan untuk mati....

Janganlah leka dalam kehidupan sementara ini....mengejar dunia yang tiada nilai disisiNya...!!

Letakkan prioriti diri....mana satu pilihan hati...
Akhirat yang kekal abadi atau dunia yang tiada erti...?? 

Muhasabah diri jangan dilupa...
Kelak diri terlalai dan terleka..
Dalam arus kehidupan penuh senda dan gurau belaka!! 

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...