Thursday, June 11, 2015

AZAM DAN PERSEDIAAN RAMADAN 2015


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi sebenar adalah bulan yang teristimewa berbanding bulan-bulan yang lain....

Pada bulan ini di gandakan pahala amal soleh, dibuka segala pintu kebaikan, diberi limpahan rahmat dan keampunan bagi yang melaluinya dengan penuh rasa keimanan pada Allah...semestinya kita rasa gembira menerima limpahan rahmat Allah ini dengan menjalani latihan intensif selama sebulan penuh...!!!

Apabila kita menjalani ibadah puasa ini , kita melatih diri kita untuk sabar...kerana sabar ini satu elemen penting yang perlu ada dalam diri. Bukankah sabar itu separuh dari iman?? Amat pentingnya kita memiliki sifat sabar ini kerana Allah sangat menyukai orang yang sabar dan sentiasa bersama orang yang sabar...

Dan lagi....apabila kita bermasalah, ditimpa musibah, bukankah kita disuruh mohon pertolongan dari Allah dengan sifat sabar dan solat....??

Jadi latihan intensif Ramadan ini sebenaarnya mendidik dan membina sabar yang praktikal dalam diri...supaya tertingkatnya sabar yang menyeluruh..

Sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian....maka itulah sebabnya kita perlu ada sifat sabar untuk kita menghadapinya!!

Sabar dalam menahan lapar dan dahaga
Sabar menunaikan solat dengan khusyuk
Sabar menahan diri dari sifat ammarah
Sabar untuk menjauhi perbuatan dosa dan sia-sia
Sabar dan ikhlas dalam menjalani ibadah-ibadah lain


...dan banyak lagi kesabaran yang perlu kita ada....

Menjalani puasa Ramadan ini umpama kita menjalani ujian......ujian sama ada kita berjaya atau tidak mengekang diri melawan hawa nafsu di sepanjang bulan ini..

Sama juga sebelum kita mengambil ujian atau peperiksaan yang penting seperti SPM, STPM...perlu ada persediaan yang rapi supaya lulus dengan cemerlang....!!

Tanpa persediaan...mampukah kita meraih kejayaan yang di idam-idamkan??

Persediaan penting untuk menghadapi Ramadan ini di antaranya....

Persediaan hati
sediakan hati dan sucikan ia dengan perbanyakkan taubat dan istighfar untuk kita mempersembahkan amalan yang paling bersih di sisi Allah SWT dengan harapan Allah menerima segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Amatlah rugi kita melalui Ramadan tapi apa yang kita perolehi cuma lapar dan dahaga sahaja, tiada nilai di sisi Allah, tiada pahala, tiada keampunan, tiada rahmat dan limpah kurnia dariNYa...!!
Umpamanya kita melalui satu tempat yang terdapat bermacam-macam nikmat...tapi kita lalui sahaja tempat tersebut tapi tak ambil apa-apa pun...sedangkan ramai orang berebut- rebut untuk memperolehinya dengan penuh rasa ghairah dan seronok dengan hadiah-hadiah dan anugerah yang tidak terhingga....!!

Persediaan Ilmu
Ilmu untuk memahami tentang cara-cara menghayati puasa dengan sempurna, melaksanakan ibadah lain seperti solat tarawikh, solat solat sunat, ilmu untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam perlu di cari, di fahami supaya dapat dihayati dalam diri.
Orang yang berlimu mempunyai darjat yang tinggi disisiNya, kerana dengan imu ini dapat meningkatkan rasa takwa kita pada Allah. Dengan ilmu kita dapat mebezakan mana yang hak dan batil, mana yang betul dan salah....
Menghadiri majlis ilmu yang mendekatkan diri kita pada Allah umpama berada di taman-taman syurga, di naungi oleh para malaikat yang sentiasa mendoakan orang yang berada di dalamnya...
Orang yang berjalan kerana pergi untuk menuntut ilmu umpama mereka yang pergi berjihad di atas jalanNya....

Persediaan fizikal
Untuk kita kuat beramal, ia perlukan fizikal yang kuat dan sihat. Jadi persiapkan diri sebelum menghadapi Ramadan dengan menjaga kesihatan diri dengan pemakanan sihat, senaman dan berpuasa sunat..
Sebelum Ramadan, itulah sebabnya mengapa kita di suruh banyakkan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban sebagai persediaan awal menghadapi Ramadan. Jadi fizikal kita sudah terbiasa dengan latihan diri sebelum Ramadan....dah warming up sebelum menghadapi perjuangan yang sebenarnya. Tanpa warming up ini...sama seperti orang yang nak pergi bersukan marathon, di separuh jalan dah tak mampu nak teruskan sebab tidak ada stamina untuk meneruskan perjalanan yang jauh ini.....
Ingatlah, mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah, jadi cari jalan untuk kita rasa lebih sihat dan kuat supaya kita dapat meningkatkan amal kita pada Allah, untuk kita meraih kasih sayaang Allah yang tiada batasannya!!

Persediaan Azam dan Amal
Perlu ada sasaran diri yang ingin dicapai di sepanjang bulan Ramadan ini dari segi ibadah kita, bacaan Quran, zikir, ibadah, sedekah, dan lain-lain amal..
Perlu setkan target diri yang mampu dicapai dan berazam untuk melaksanakannya nanti... umpamanya nak baca Quran 1 juzu sehari, usahakan supaya target dicapai dengan izin Allah.
Berazam dan berdoa banyak-banyak supaya Allah beri kemampuan diri untuk istiqamah melaksanakan apa yang kita targetkan.

Mudah-mudahan kita dapat menghadapi Ramadan kali ini dengan ada persediaan awal supaya kita dapat bertahan dan berupaya melaksanakan ibadah puasa yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas....

Apa yang kita hajati dalam hidup ini adalah keampunan dariNya...kerana kita ini adalah hambanya yang banyak silapnya, banyak lalainya, banyak dosanya...!!

Siapakah yang dapat mengampuni dosa kita selain Allah?

Kepada Allah seharusnya kita kembalikan segala urusan diri kita, kerana Dialah pemilik sebenar kita!!
WALLAHUALAM

RAW
JUN 2015

1 comment:

  1. makasih bnayak buat informasinya gan...
    snagat menarik dan bermanfaat sekali gan..

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...