Tuesday, March 30, 2010

Al-Quran dan Teori Kejadian Alam

Alam semesta yang terbentang luas tidak bertepi ini tidak lah terjadi dengan sendirinya! Kejadiannya ada titik permulaanya. Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud


" Apakah orang orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu dan kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".


Para saintis telah menerangkan teori berkenaan permulaan alam ini dalam Teori Big Bang,dimana teori ini sebenarnya selaras dengan apa yang terdapat dalam ayat Quran di atas. Mengikut teori Big Bang ini alam ini asalnya bercantum padu dan kemudian nya meletup dengan kuat berbilion tahun dahulu.Kemudan berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga terbentuknya bintang2, planet2 ,galaksi dan sebagainya....

Kemudian saintis mendapati bukti-bukti pada awal abad ke 20 bhawa alam ini sebenarnya sedang mengembang ...sama seperti sebiji belon yang mengembang...... .pengembangan alam ini sebenarnya akibat letupan tersebut!


Saintis juga telah mendapati kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di alam raya ini kerana letupan kuat itu ia berserakan keseluruh alam... Para saintis telah mengiktiraf kebenaran teori Big Bang ini berdasarkan bukti-bukti yang terdapat sehingga sekarang..(rujuk buku Dr.Danial Zainal Abidin-Quran Saintifik)

Kita sebagai seorang MUSLIM wajib menyakini Allah yang Maha Kuasa telah menciptakan alam ini dengan penuh ketelitian...ada tujuan dan sebabnya.


Seluruh alam ini dijadikan untuk ditundukkan kepada manusia sehingga manusia sekarang dapat menguasai daratan, lautan dan angkasa....... bertujuan supaya manusia dapat mencari kurnia Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya kepada kita, sehingga kita dapati hari ini manusia telah mampu pergi kebulan, mempunyai teknologi canggih hasil penelitian dan kajian terhadap alam... semakin banyak yang dikaji semakin banyak yang tidak diketahui...Luasnya ilmu Allah !! dan cetek serta dangkalnya apa yang ada pada manusia..


Jadi sepatutnya kita manusia ini merasai kedaifan dan kelemahan kita di hadapan ALLAH..kita lebih merupakan sebutir habuk yang tidak bermakna disisi Allah jika kita tidak beriman kepadaNYA....Tiada ertinya seorang insan tanpa amal soleh, tanpa jiwa yang tawaduk padaNYa..... ALLAH MENCIPTA MANUSIA ini untuk menjadi Khalifah ALLah di alam ini.!!

Thursday, March 25, 2010

Keyakinan .....

Keyakinan ...sesunnguhnya ia suatu yang berkuasa.
Keyakinan  sebenarnya mampu  mencorakkan diri kita.....sama ada kita hendak berjaya atau tidak atau samada kita mampu atau tidak mampu. Semuanya terletak pada keyakinan diri kita.
       Dengan keyakinan kita sebenarnya mampu  kita melakukan perubahan pada kehidupan kita. 
Jika kita YAKIN pergi sekolah itu membosankan, belajar itu membosankan, membuat kerja sekolah itu membosankan, kita akan RASA  bosan, malas belajar dan akhirnya mendapat keputusan yang sederhana sahaja Semuanya bermula dari apa yang kita yakini.  Tetapi jika kita YAKIN  belajar itu seronok, kita akan rajin belajar, berusaha memahami dan kemungkinan besar mendapat keputusan yang lebih baik...lebih2 lagi kita sebagai seorang muslim keyakinan kita bersandarkan pada ALLAH s.w.t.
       Belajar itu bukan satu beban malah merupakan satu keperluan hidup untuk meneroka sesuatu yang baru
Jadi sebenarnya apa yang kita yakini bukanlah  sentiasa betul. Ia hanya suatu pendapat dan tanggapan diri sahaja...........bukan satu kenyataan . Untuk mendapatkan keyakinan yang betul.....perlulah kembali kepada sumber yang hakiki iaitu ALLAH s.w.t
         Jika kita benar2 menyakini akan sesuatu, sesungguhya ia akan jadi kenyataan, dengan izin ALLAH s.w.t. Keyakinan yang betul perlu dipastikan terlebih dahulu berlandaskan syarak. Baru lah apa yang kita yakini mampu megubah diri, suasana sekeliling dan boleh memberi kesan positif pada kita secara fizikal dan mental....

SO WHAT ARE WE GOING  TO DO NOW??..... Start believing in ourselves in  our capabilties and in our strengths.. our goals in future.....plan and schedule our time..work according to what we planned, stick to it and be consistent. Consistency ia actually the key to success. We will be more diciplined to stay on track to achieve our goals. Just follow each day eagerly. Put fun into learning to prevent boredom and too stereotype....always link ourselves to our ultimate our goal in life ....to seek the pleasure of our Creator in ALL that we do in our past, present and future.

Wednesday, March 24, 2010

TAZKIRAH:Ketinggian Islam

"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya"
      Keghairahan dan merasai Islam itu tinggi bukan dipandang pada zahir Islam tapi ianya adalah satu keyakinan yang ada dalam jiwa bahawa Islam itu tinggi.  Islam itu tinggi kerana ia datang daripada ALlah SWT ; tinggi kerana tidak ada makhluk yang boleh mencipta satu cara hidup yang setanding dengan Islam sepertimana yang ALlah telah berikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
     Keghairahan merasai tingginya Islam itu berada  di dalam jiwa dan ia bukanlah sesuatu yang kita tumpang daripada orang lain, tetapi hasil daripada usaha dan keikhlasan kita untuk kembali kepada Risalah ALlah SWT,kembali kepada Deen yang Allah SWT ciptakan untuk kita iaitu umat manusia.
     Tidak ada jalan lain untuk merasai ghairah yang sebenar terhadap islam melainkan keghairahan yang  penuh dengan penelitian, penuh kefahaman dan benar2 merasai keperluan  sebagaimana yang ALlah kehendaki.  

    Bukan kerana bisikan orang lain tetapi kerana ada hubungan hati kita dengan ALlah SWT dan hubungan dengan apa yang Rasulullah s.a.w bawa.Kesedaran kita yang timbul dari dalam jiwa yang merasai ketinggian dan kebesaran Islam bukan kerana kita ikut orang lain,tetapi kita proses hati kita dan kita tingkatkan hubungan hati dengan ALlah SWT.
 .......maka kita akan rasai hubungan hati kita dengan ALlah SWt makin bertambah kuat. Keghairahan yang pada masa yang sama meningkatkan keimanan bukan keghairahan yang dilaung2kan oleh orang lain. Jika kita hanya setakat  menumpang laungan sesaorang kepada islam  maka ia  satu pendekatan dalam  meninggikan Islam tapi ia bukan cara yang dikehendaki oleh Allah SWT.
       Apa yang Allah SWT kehendaki ialah beriman kepada ALlah SWT terlebih dahulu dan bila Iman berakar di dalam jiwa akan  timbullah natijah2 iman iaitu  merasai ketinggian Islam dalam jiwa kita.

Tuesday, March 23, 2010

Susah belajar fizik ?

Bukanlah susah sangat belajar fizik peringkat spm. Mula-mula tanamkan minat terhadap nya, dengan mencari lebih maklumat tentang apa yang kurang difahami. Bukan hanya belajar untuk peperiksaan sahaja
      Ilmu fizik cukup meluas meliputi seluruh alam ini.... bagaimana ia berfungsi dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya. Mendalami ilmu ini mendekatkan kita pada pencipta kita....  merasai kebesaranNya, keagunganNya DALAM SEMUA ASPEK.
     Hukum-hukum dan prinsip-prinsip fizik menjelaskan kepada kita tentang ketelitian penciptaan alam ini ....... so bila belajar fizik perlu teliti dan spesifik dalam kefahaman dan penelitian  kita dan berupaya meenghubungkaitkan setiap prinsip dan hukum fizik  dengan realiti kehidupan.
    Semua yang dipelajari boleh diaplikasikan untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih baik .Kita akan rasa seronok belajar fizik kerana ia sesuatu berkaitan dengan kita....pendekata PHYSICS IS FUN AND IT FILLS YOUR MIND AND ENLIGHTENED YOUR HEART... SO BETULKAN NIAT SEBELUM BELAJAR dan berdoa lah selalu.....ALLAH AKAN BUKAKAN PINTU HATI KITA, insyallah .

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...