Wednesday, March 24, 2010

TAZKIRAH:Ketinggian Islam

"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya"
      Keghairahan dan merasai Islam itu tinggi bukan dipandang pada zahir Islam tapi ianya adalah satu keyakinan yang ada dalam jiwa bahawa Islam itu tinggi.  Islam itu tinggi kerana ia datang daripada ALlah SWT ; tinggi kerana tidak ada makhluk yang boleh mencipta satu cara hidup yang setanding dengan Islam sepertimana yang ALlah telah berikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
     Keghairahan merasai tingginya Islam itu berada  di dalam jiwa dan ia bukanlah sesuatu yang kita tumpang daripada orang lain, tetapi hasil daripada usaha dan keikhlasan kita untuk kembali kepada Risalah ALlah SWT,kembali kepada Deen yang Allah SWT ciptakan untuk kita iaitu umat manusia.
     Tidak ada jalan lain untuk merasai ghairah yang sebenar terhadap islam melainkan keghairahan yang  penuh dengan penelitian, penuh kefahaman dan benar2 merasai keperluan  sebagaimana yang ALlah kehendaki.  

    Bukan kerana bisikan orang lain tetapi kerana ada hubungan hati kita dengan ALlah SWT dan hubungan dengan apa yang Rasulullah s.a.w bawa.Kesedaran kita yang timbul dari dalam jiwa yang merasai ketinggian dan kebesaran Islam bukan kerana kita ikut orang lain,tetapi kita proses hati kita dan kita tingkatkan hubungan hati dengan ALlah SWT.
 .......maka kita akan rasai hubungan hati kita dengan ALlah SWt makin bertambah kuat. Keghairahan yang pada masa yang sama meningkatkan keimanan bukan keghairahan yang dilaung2kan oleh orang lain. Jika kita hanya setakat  menumpang laungan sesaorang kepada islam  maka ia  satu pendekatan dalam  meninggikan Islam tapi ia bukan cara yang dikehendaki oleh Allah SWT.
       Apa yang Allah SWT kehendaki ialah beriman kepada ALlah SWT terlebih dahulu dan bila Iman berakar di dalam jiwa akan  timbullah natijah2 iman iaitu  merasai ketinggian Islam dalam jiwa kita.

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...