Tuesday, March 30, 2010

Al-Quran dan Teori Kejadian Alam

Alam semesta yang terbentang luas tidak bertepi ini tidak lah terjadi dengan sendirinya! Kejadiannya ada titik permulaanya. Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud


" Apakah orang orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu dan kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".


Para saintis telah menerangkan teori berkenaan permulaan alam ini dalam Teori Big Bang,dimana teori ini sebenarnya selaras dengan apa yang terdapat dalam ayat Quran di atas. Mengikut teori Big Bang ini alam ini asalnya bercantum padu dan kemudian nya meletup dengan kuat berbilion tahun dahulu.Kemudan berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga terbentuknya bintang2, planet2 ,galaksi dan sebagainya....

Kemudian saintis mendapati bukti-bukti pada awal abad ke 20 bhawa alam ini sebenarnya sedang mengembang ...sama seperti sebiji belon yang mengembang...... .pengembangan alam ini sebenarnya akibat letupan tersebut!


Saintis juga telah mendapati kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di alam raya ini kerana letupan kuat itu ia berserakan keseluruh alam... Para saintis telah mengiktiraf kebenaran teori Big Bang ini berdasarkan bukti-bukti yang terdapat sehingga sekarang..(rujuk buku Dr.Danial Zainal Abidin-Quran Saintifik)

Kita sebagai seorang MUSLIM wajib menyakini Allah yang Maha Kuasa telah menciptakan alam ini dengan penuh ketelitian...ada tujuan dan sebabnya.


Seluruh alam ini dijadikan untuk ditundukkan kepada manusia sehingga manusia sekarang dapat menguasai daratan, lautan dan angkasa....... bertujuan supaya manusia dapat mencari kurnia Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya kepada kita, sehingga kita dapati hari ini manusia telah mampu pergi kebulan, mempunyai teknologi canggih hasil penelitian dan kajian terhadap alam... semakin banyak yang dikaji semakin banyak yang tidak diketahui...Luasnya ilmu Allah !! dan cetek serta dangkalnya apa yang ada pada manusia..


Jadi sepatutnya kita manusia ini merasai kedaifan dan kelemahan kita di hadapan ALLAH..kita lebih merupakan sebutir habuk yang tidak bermakna disisi Allah jika kita tidak beriman kepadaNYA....Tiada ertinya seorang insan tanpa amal soleh, tanpa jiwa yang tawaduk padaNYa..... ALLAH MENCIPTA MANUSIA ini untuk menjadi Khalifah ALLah di alam ini.!!

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...