Islam mempunyai matlamat pendidikan yang berbeza dari pendidikan sekular.
Pendidikan islam dapat melahirkan insan yang bertakwa pada Allah yang mana hamba ALLAH ini hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan diri padaNYA. Menjadikannya insan yang bertanggungjawab pada ALLAH dan Rasul, pada deen ALLAH ,pada diri dan keluarganya, pada masyarakat dan negara.
JIka dia seorang pelajar, dia akan jadi pelajar yang mempunyai identiti dan wawasan tersendiri!Wawasan ISLAM yang tinggi dan menyeluruh.Jika dia seorang pendidik, dia akan jadi seorang pendidik yang jelas arah tuju pendidikannya,bukan terikut-ikut dengan cara didikan barat ataupun apa jua idealisme. Dia berada di atas jalan yang terang disuluh cahaya makrifah mmenuju matlamat yang jelas. Pendiriannya mantap dan didikannya berkesan.
Sebaliknya pendidikan sekular melahirkan insan yang pentingkan diri, egoistik, materialistik, terumbang ambing matlamat hidup dan jiwa yang kosong. Kekosongan jiwa inilah yang diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah...kesannya masalah sosial timbul akibat jiwa yang sakit ini! Untuk mengubati masalah ini....perlu kembali pada pendidikan islam yang menyeluruh yang menekankan tentang hakikat keimanan padaNYA, merubah hati dan jiwanya....merasai ketenangan dan kehangatan hubungan dengan ALLAH yang melahirkan perubahan menyeluruh pada diri.
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Hawa nafsu adalah merupakan kecenderungan terhadap sesuatu baik berupa cinta pada nafsu(syawat atau keinginan) merasa lebih hebat, benci...
-
Mengapa Allah menguji kita? Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...
No comments:
Post a Comment