Wednesday, April 07, 2010

Betulkan Niat Kita

Segala sesuatu yang kita lakukan bermula dengan NIAT. Tiada sesiapapun yang tahu niat kita melainkan diri sendiri........dan Hanya Allah saja yang Tahu. Ianya ada sesuatu yang tersimpan di lubuk jiwa kita.....yang menentukan tindak tanduk kita seterusnya.., mencorakkan peribadi kita...
Dan niat ini yang merupakan sesuatu yang sangat dipentingkan dalam Islam..kerana dengan niat ini lah yang menentukan sama ada amal kita merupakan amal soleh yang Allah terima.. Jika pada zahirnya nampak soleh tapi ia lahir dari niat hati yang tidak ikhlas maka ia tertolak.
Bukan mudah untuk merealisasikan niat yang ikhlas ini, kerana kelemahan diri sering menjadi penghalang....namun perlu berusaha memproses hati ...
Amal hati lebih penting dari amal zahir...hati yang ikhlas , lembut, bersih adalah tempat cahaya iman iman singgah....bukan hati yang kotor dengan sifat-sifat mazmumah..
Nilai diri manusia disisi ALLAH terletak di hati iaitu iman dan taqwa bukan zahir manusia seperti pangkat, harta, dsbnya .....dan yang akan menghadap Allah kelak bukan zahir kita tapi hati...
Surah Al Fajr Ayat 27-30:
“ Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada RabbMu dengan hati yang reda dan diredai, masuklah ke dalam golongan Hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurga ku”.
Itulah perjalanan akhir insan yang kita kehendaki... kita reda dengan ALLah dan Allah meredai kita...
Sudahkah kita memulakan perjalanan ........menuju matlamat ini?

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...