Sesiapa yang menguasai masa, akan dapat menguasai kehidupannnya.
Masa itu adalah kehidupan di mana kita melaluinya setiap saat. Ia lebih berharga dari EMAS. Membuang masa bererti membuang dan mensia-siakan kehidupan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Sesaat masa yang digunakan untuk membaca contohya, kita gunakan ia untuk mendapat ilmu! Jika sesaat tersebut tidak digunakan atau dibiarkan begitu sahaja, atau membuat sesuatu yang tidak berfaedah kita tidak memperoleh apa-apa! Sama lah seperti kita membuang sesuatu yang berharga.
Seorang yang berjaya dalam kehidupan seolah-olah mempunyai banyak masa untuk mencapai cita-cita mereka, Sebaliknya orang kebanyakan secara sedar atau tak sedar membuang masa yang begitu berharga setiap hari. Kenapa terjadinya demikian???
Manusia membuang masa kerana tidak jelas matlamat hidup: dari mana mereka datang, apakah tanggungjawab mereka dijadikan ALLah dan kemanakah mereka akan pergi selepas ini?
Hakikatnya, kita sebenar tak punya banyak masa....untuk beramal, berbakti...meningkatkan iman kita... kerana setiap hari hayat kita semakin berkurang! Sedar-sedar ajal datang menjemput kita....adakah kita bersedia??
Jadi sebagai muslim kita perlu sentiasa berusaha menghargai masa kita..Penuhi masa dengan iman dan taqwa pada NYa...Cari jalan untuk memanfaatkan masa kerana ia adalah amanah ALLAH dan kita akan dipersoalkan bagaimana kita mempergunakannya!
Sama-sama kita renungkan Firman ALLah dalam Surah Al-Ashr :
" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan orang -orang yang beriman dan beramal soleh dan yang saling pesan memesan dengan kebenaran dan saling pesan memesan dengan kesabaran".
dan lagi dalam surah An-Naba ayat 40 :
"......pada hari manusia melihat apa yang telah di perbuat oleh kedua tangannya dan orang kafir berkata , "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah ".
Satu bentuk penyesalan yang tidak dapat ditebus balik setelah kembali kepada ALLAH pemilik mutlak kita !
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Hawa nafsu adalah merupakan kecenderungan terhadap sesuatu baik berupa cinta pada nafsu(syawat atau keinginan) merasa lebih hebat, benci...
-
Mengapa Allah menguji kita? Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...
salam puan rabiah, terima kasih atas entry ttg masa. sy nak amek sikit info nih untuk usrah (:
ReplyDeletejemputlah ke blog saya.
tafadhol....silakan.
ReplyDeleteilmu untuk dikongsi bersama...
apakah nama blognya....