Monday, April 12, 2010

Soal hati......

Apakah yang meyebabkan hati hidup subur??
      Sebenar ketaatan pada Allah itulah yang menyebabkan hati insan hidup sihat sejahtera sama seperti makan dan minuman yang berkhasiat kepada tubuh badan kita....tetapi keengkaran dan maksiat adalah sama seperti makanan beracun , ia akhirnya menyebabkan kerosakan pada hati...dan akhirnya hati itu akan mati..
    Hati yang mati dalam diri manusia , umpama bangkai bernyawa...kerana benda yang mati tidak dapat merasai, menikmati sesuatu...ia adalah sesuatu yang tidak berguna yang tidak dipedulikan orang.
    Tapi hati yang hidup, umpama ikan yang berada di laut yang masin, walaupun air laut masin, tapi ikan tersebut tetap segar dan enak isinya...
    Tapi ikan yang mati....meresapkan semua kemasinan air laut tersebut...
Hati insan yang hidup inilah yang kita hajati supaya apabila kita mengharungi lautan kehidupan ini, kita tidak larut dalam arus dunia yang mencabar....hati kita tetap hidup kerana kita jagai hati kita...kita hubungkan dengan ALLAH yang sebenarnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sebenarnya kasih sayang ALLAH pada manusia itu melebihi kasih ibu kepada anak! Kasih sayang ALLAH tidak bertepi....sedangkan manusia...ada had masa dan ketikanya.
Firman ALLah dalam Surah ASh-Syams: Ayat 7-10 yang bermaksud:

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Dia (ALLAH) mengilhamkan kepadanya(manusia) jalan kejahatan dan keteqwaannya.Seungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya."

Sebagai hamba ALLAH kita, perlulah membesarkan dan meninggikanNya dalam kehidupan kita ini yang banyak ujian ini....
Kesihatan hati itu sangat penting.....dalam menjalin hubungan ini...maka jagai lah hati kita, jangan dirosakkannya.....Pilihlah jalan hidup yang ALLAH redai nescaya kita menemui kebahagiaan yang sebenarnya di dunia dan...akhirat yang kekal abadi!!

No comments:

Post a Comment

11 KELEBIHAN ISTIGHFAR PADA ALLAH

Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR,  “Aku memohon keampunan dari Allah swt.” ; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah s...