Tuesday, May 24, 2011

Hakikat kehidupan yang baik disisi Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 97 yang bermaksud....

"  Barangsiapa yang melakukan kebajikan baik lelaki dan perempuan, sedangkan dia adalah seorang mukmin, nescaya akan Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami balas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.""

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan yang baik dari ayat di atas?  Kehidupan yang baik sudah tentulah bukan hanya ditentukan oleh banyaknya harta benda dan kekayaaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, pengaruh yang besar, ilmu yang banyak atau pergaulan yang luas, tetapi sesungguhnya ia ditentukan oleh kekayaan jiwa sesaorang.

Kaya jiwa kerana tingginya rasa syukur pada Allah diatas segala nikmat yang Allah berikan tidak kiralah sama ada banyak atau sedikit......
Kaya jiwa kerana jiwa sentiasa  rasa cukup dengan segala pemberian Allah, tidak pernah merungut mahupun keluh kesah dengan segala ketentuan Allah padanya.......
Adakah kita punyai jiwa sedemikian?  Jika belum, sebenarnya kita masih belum mencapai hakikat kehidupan yang baik!

Imam Al Qurthubi dalam bukunya Al-Jamiah Al-Ahkam Al- Quran  menerangkan tentang hakikat dan pengertian kehidupan yang baik yang terdiri dari 5 unsur..........
  • Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan  halal serta dibelanjakan pada jalan Allah
  • Merasa puas dengan apa yang dimiliki dan memadai dengan apa yang ada (qanaah)
  • Taufik yang diperolehinya sebagai ganjaran daripada ketaatannya dalam melaksanakan tuntutan dan perintah Allah
  • Sa'adah atau kebahagiaan diperolehinya setelah keperluan-keperluan hidupnya terutama keperluan rohaninya tercapai dengan sempurna.
  • Jannah atau syurga tempat tinggal yang dipenuhi rahmat dan kurnia Allah. 
Untuk mencapai kehidupan yang baik ini perlu melalui 2 jalan iaitu
  •  Amal soleh
Melakukan amal kebaikan yang mendatangkan manfaat pada diri, keluarga dan umat manusia umumnya. Setiap amal yang dilakukan menjadi amal soleh apabila niatnya ikhlas kerana Allah dan jalan melakukan amal itu mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah, Inilah sebenarnya tujuan kita melakukan apa sahaja amal walau pun ia berbentuk duniawi......  jika niat dan caranya betul kerana Allah dan di atas jalan Nya....semuanya jadi amal soleh! Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya tidak terpisah dengan matlamat akhirat..!
  • Iman
Apabila setiap  pekerjaan yang di buat di atas dasar iman pada Allah, semuanya jadi bernilai di sisiNya, walaupun dengan hanya memberikan senyuman ikhlas pada sahabatnya! Amal yang kecil jadi besar dan bermakna jika kita laksanakannya atas dasar iman padaNya. Sebaliknya amal yang besar jadi kecil dan tidak bernilai jika ia tidak dihubungkan dengan Allah! Jadi mulailah dengan melakukan amal-amal yang nampak kecil di mata manusia tapi sebenarnya besar disisi Allah. Jangan kita meremehkan amal yang kecil kerana kita nak kejar amal yang besar kerana belum tentu ia dinilai tinggi oleh Allah!  

Sentiasa sematkan dijiwa kita bahawa dalam setiap apa yang kita kerjakan......
  •  Allah sentiasa bersama dan menyertai kita yang beramal soleh
  • Allah akan beri balasan yang lebih baik dari apa yang dikerjakan hambaNya
  • Allah akan pasti menghukum sesiapa yang melanggar laranganNya
  • Allah pasti akan minta pertanggungjawabkan atas setiap amal perbuatan hambaNya
Jadi didalam kehidupan yang singkat dan penuh ujian ini......perlunya kita sentiasa ingat akan peringatan Allah yang sebenarnya hanya menginginkan kita menempuh jalan yang lurus yang menyampaikan kita kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. 

Ingatlah kehidupan kita yang sebenarnya berada di akhirat, dunia ini hanyalah merupakan persiapan semata-mata menuju akhirat. Di dunia ini kita mempersiapkan diri kita dengan membersihkan jiwa kita dan amalan kita kepada Allah......!

1 comment:

  1. ASM
    NASIHAT YANG BAIK....MAKA KERASKAN HATI KITA UNTUK KITA AMALKAN....DAN BERLEMBUTLAH DENGAN ORANG SEKIRANYA MEREKA BELUM DAPAT MERASAI HAKIKAT DI ATAS...JAGALAH AKHLAK KITA DIMANA SAJA KITA BERADA....ALLAH SENTIASA MEMERHATI KITA..
    ath

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...