MENUJU MARDHOTILLAH

Belajar merupakan satu jihad di jalan Allah. Mengajar merupakan suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah! ..Jadi belajar dan mengajarlah dengan penuh keikhlasan padaNYA.

Thursday, July 14, 2011

Bulan Syaaban......kelebihannya dan amalan dalam bulan ini




Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, kita sekarang ni masih berada di bulan Syaaban yang merupakan bulan Rasulullah saw.......di katakan demikian kerana banyaknya baginda beramal dalam bulan ini. Jadi , marilah kita memperbanyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Di antara amal yang digalakkan dilakukan dalam bulan Syaaban ini adalah

  • berpuasa......sebagai persediaan kita menyambut Ramadan. Amalan ini sebenarnya agak sukar dilakukan kerana ia menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal sesaorang.....jadi amalan ini diberikan ganjaran yang banyak jika dilakukan!. 
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya,

Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w..... Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.....

" Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya".

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya....

Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tidak menyengutukan  Nya dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."...


Rasullullah pun keluar, lantas megerjakan solat dan menangis dalam sujudnya ,seraya bermohon....
 'Oh Tuhan. saya berlindung kepada-Mu dari azab seksa-Mu dan dari kemurkaaan-Mu, tiada ku batasi pujian kepada-Mu sebagaimana engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagiMulah segala puji pujian itu hingga Engkau redha...

Rasullullah bersabda....
Barang sesiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah,beramal taat kepadaNya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit.."

Rujukan
Blog IKIM 
i luv islam

    No comments:

    Post a Comment

    Peringatan....

    Jika engkau mahukan teman...
    Cukuplah Allah sebagai teman.
    Jika engkau mahukan musuh..
    Cukuplah nafsu sebagai seteru..
    Jika engkau inginkan hiburan..
    Cukuplah Al-Quran sebagai hiburan..
    Jika kamu inginkan nasihat..
    Cukuplah mati sebagai penasihat.

    Link within

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Surah Al Isra' : 72

    "Barangsiapa yang buta(hati) di dunia ini, maka dia juga akan buta di akhirat kelak dan lebih sesat jalannya."

    Kehadiranku di website ini.......

    Daisypath - Personal pictureKehadiranku di sini....

    visitor's map....