Saturday, April 30, 2011

Kelebihan ilmu berbanding harta......

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ilmu lebih utama daripada harta sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Ali r.a.
  • Ilmu itu warisan para Nabi sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidan dan Fir'aun.
  • Ilmu boleh memelihara pemiliknya sedangkan harta pemiliknya yang memeliharanya.
  • Orang yang berilmu ramai kawannya, sedangkan orang yang berharta ramai musuhnya.
  • Ilmu itu akan bertambah jika diberikan kepada orang lain sedangkan harta berkurang jika diberikan.
  • Orang yang berilmu biasanya digelar dengan karim atau mulia sedangkan orang yang berharta biasanya di gelari bakhil atau kedekut.
  • Ilmu tidak boleh dicuri orang, sedangkan harta boleh dicuri.
  • Orang yang berilmu akan mendapat syafaat di akhirat kelak sedangkan orang yang berharta akan dihisab,
  • Ilmu tidak boleh rosak atau hilang sedangkan harta boleh rosak.
  • Ilmu boleh melembutkan hati pemiliknya sedangkan harta mengeraskan hati tuannya.
  • Orang yang berilmu terbiasa mengaku dirinya sebagai hamba sedangkan orang yang berharta ada yang menganggap dirinya sebagai tuhan.
Kata seorang ahli hikmah...
" Ilmu itu lebih berharga daripada harta kerana ilmu itu menjaga kamu, sedangkan harta kamu yang menjaganya."

Kata Syaikh Ibnu 'Athaillah tentang ilmu yang bermanfaat....
" Jika ilmu itu disertai dengan rasa takut(kepada Allah), maka itulah ilmu yang menguntungkan. Jika tidak, maka celakalah bagimu."

Marilah sama-sama kita renungkan kata-kata hikmah yang diucapkan oleh Sufyan Al-Tsauri....

" Bahawa senya ilmu itu hendaklah dicari dan dipelajari agar dengan ilmu itu orang merasa takut dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.  
 Bahawa senya ilmu itu itu lebih diutamakan daripada yang lain-lainnya, kerana dengan ilmu itu orang boleh takut pada Allah.
Apabila sesaorang itu menyeleweng daripada tujuan ini dan merosakkan niatnya, sebagaimana halnya dia merasakan dengan ilmu itu akan mendapat cita-cita keduniaannya seperti memperoleh harta benda, pangkat, pengaruh dan lain-lainnya, maka batallah pahala dan rosaklah amalnya serta rugilah dia dengan kerugian yang nyata." 

3 comments:

  1. asm

    Hendak dunia perlu ilmu, hendak Akhirat perlu ilmu dan hendak kedua-duanya juga perlu ilmu..cari ilmu yang dapat mendekatkan kita dengan Allah dengan pengertian yang luas dan semoga semakin dekat setiap hari dengan umur kita yang bertambah...

    Abu Ulwan

    ReplyDelete
  2. Kalau ilmu (ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah) memudahkan jalan2 ke syurga.. Harta pula sebaliknya..

    ReplyDelete
  3. "Ilmu itu warisan para Nabi sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidan dan Fir'aun."

    - Sedikit pembetulan. Syadad bukan Syidan.

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...