Tuesday, April 05, 2011

Langkah-langkah untuk menegakkan Islam kembali dalam diri....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua dapat mencoretkan sedikit peringatan buat diri untuk sama-sama dapat dikongsi dan dimanfaatkan, insyaAllah. Dalam kita meniti usia kita yang kian bertambah setiap hari, perlulah kita renungkan bagaimanakah kita mempergunakan detik-detik masa yang dilalui itu, apakah ia bermanfaat dan mendapat keberkatan dari Allah SWT ? Samada hari-hari yang kita lalui itu dapat meningkatkan iman dan taqwa kita padaNya atau sebaliknya? Adakah kita mengambil berat akan projek akhirat kita, projek mati kita yang pasti akan kita lalui.....?

Aduh......banyaknya persoalan yang menghantui jiwa! Tapi sebenarnya kita tidak boleh lari darinya....Hendak tak nak....perkara ini perlu kita fikirkan kerana amat rugilah kita fikirkan persoalan-persoalan lain yang bukannya boleh kita bawa sebagai bekalan nanti! Kita semua sebenarnya pasti akan balik ke kampung yang kekal abadi......tapi adakah kita nak balik kampung  nanti dengan tangan kosong tanpa bekalan......? Sama-samalah kita fikirkan dan tingkatkan usaha menambah iman, perkuatkan hubungan kita dengan Allah............itulah punca kekuatan umat Islam yang terdahulu dan itu jugalah punca kekuatan diri kita!!

Sebagai Muslim kita sebenarnya sangat perlu membangunkan semula iman kita, menguatkan ukhwwah sesama kita dan menyemarakkan ruh jihad di jiwa.......untuk membangunkan kembali Islam yang sudah hilang di hati masyarakat....Islam yang syamil dan kamil yang menguasai seluruh kehidupan, bukannya Islam tradisi yang hanya diambil ketika kematian, perkahwinan, haji dan umrah...terpisah dari kehidupan sebenarnya! 

Membangun dan memperkuatkan iman merupakan dasar yang tidak boleh kita tinggalkan dalam apa jua keadaan......pelbagai masalah dan penyelewengan akan berlaku jika dasar itu di abaikan! Iman itu perlu dididik agar ia mendasari jiwa dan menjadikan ianya kuat dan sensitif. Sensitif akan perkara-perkara yang menyeleweng dari landasan Islam......bukannya sensitif yang tidak kena pada tempatnya!
Iman itu bukan sekadar ilmu yang bersifat akademik dan mengisi akal......tapi ia mengisi hati nurani insan sehingga ia jadi ruh yang menghidupkan jiwa, memberi tenaga penggerak dalam pelaksanaan amalan dan tindakan! 

Apabila iman ini  mendasari jiwa insan.....ikatan hati yang kuat dengan Allah ini  akan membuahkan ikatan hati sesama orang Muslim yang beriman tadi. Ukhwwah yang terjalin adalah satu bentuk ikatan yang paling kuat , ampuh dan tinggi kerana didasari oleh hubungan dengan Allah yang Maha Kuat!
Hakikat ini diperakui Allah dalam Surah Al-Hujurat :10 yang bermaksud.......
" Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara."
Persaudaraan dalam Islam melebihi persaudaraan atas ikatan darah.....!! 

Nikmat berukhwwah itu akan dirasai oleh jiwa-jiwa yang benar-benar beriman pada Allah....sehingga mereka sanggup mendahulukan kepentingan sahabatnya lebih dahulu walaupun dalam keadaan terdesak! Tiada kepentingan diri di sini...malah sanggup berkongsi samada susah atau senang! 

Lain halnya.....kalau hati hanya diikat atas dasar adik beradik.....masa senang masing-masing buat hal sendiri, bila susah langsung tak kenal saudara!  Tanah pusaka yang sekangkang kera pun jadi rebutan....bermasam muka kerana nak dapatkan hak itu walaupun sedikit! Berkecil hatinya berpanjangan sehingga sanggup putus saudara kerana harta atau perkara yang remeh temeh.....! Itulah kesannya bila iman kurang di dada....

Apabila hati tidak jelas dan nampak matlamat  akhir hidup ini......segalanya jadi susah dan jadi masalah! Yang nampak disini bukanlah dua biji mata yang zahir.....tapi mata hati yang ada dijiwa yang merasai  sebenarnya kemanakah hala tuju hidup ini! Ramai manusia yang celik zahirnya...tapi buta matahatinya...hidayah Allah tidak dapat menerangi mata hati dijiwa yang membolehkan ia melihat terus ke alam akhirat.  Jadi selalulah kita berdoa pada Allah agar mata hati kita ini selalu celik...nampak jalan-jalan kehidupan ini dengan jelas, insyaAllah!

Sesungguhnya jika kita ingin melaksanakan Islam dalam diri....akan sentiasa banyak halangan dan ujian, tapi ujian ini akan menjadikan kita lebih cekal dan tabah. Tapi bukannya kita yang mencari masalah atau halangan...ianya datang sebagai satu pakej untuk mentarbiah diri kita, istiqamahkah kita dengan Islam yang dibawa? Semua ini bergantung pada persiapan diri yang telah dibuat sebelum itu.....
insyaAllah akan mampu menghadapi ujian dan mehnah jika keterikatan hati dengan Allah masih utuh. Namun akan kecundang jika ikatan itu longgar....tapi melalui ujian dapat di perkemaskan dan di perkukuhkan semula, insyaAllah!  

 Jadi perlulah kita berusaha menghindari anasir-anasir dan sebab-sebab yang boleh membawa kepada runtuhnya iman dan runtuhnya ikatan ukhwwah sesama Muslim. Perlu cari jalan-jalan yang dapat menjaga iman dan ukhwwah......sentiasalah berbaik sangka sesama sendiri dan berlapang dada supaya hati dapat pelihara dari prasangka buruk yang merupakan dosa yang menghitamkan jiwa! Apabila kita berprasangka buruk, kita sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada syaithan membisikkkan gambaran-gambaran negatif pada kita tentang sahabat kita....

Contoh di atas  cukup banyak sekali...kadang-kadang dalam pergaulan kita dengan sahabat-sahabat kita ini, mungkin ada sahabat apabila melintas depan kita terlupa menegur kita,  lupa bagi salam , hanya salam yang dikenal sahaja....terdetik di hati tentang perasaan negatif dari bisikan syaithan...sombongnya  atau pilih kasihnya dia dan macam2 lagi.....kita perlu layan ke bisikan ini? Untuk jaga ukhwwah....kena cantas tunas-tunas bisikan ini....menjaga ukhwwah hukumnya wajib! Kita ini nak cari keredhaan Allah dalam hidup ini, rendahkanlah hati kita bila bersama-sama sahabat kita!

Orang yang beriman ini berjiwa besar....tidak akan melayan perkara remeh temeh yang menggangu iman dan ukhwwahnya...ada perkara lain yang lebih utama yang perlu dibuat...iaitu nak semarakkan roh jihad dijiwa!  Tanpa jihad sukarlah melaksanakan kerja-kerja Islam secara istiqamah....Jihad  dari segi tenaga, wang ringgit, harta bahkan diri sendiri untuk perjuangan menegakkan Islam kembali dalam masyarakat! Inilah kerja utama kita ..bukannya asyik bergolak dengan permaslahan hati yang tidak sudah-sudah!

Jadi ..telitilah diri kita, renungi jalan kehidupan kita...kemanakah arah tujuan kita...jika silap perjalanan hidup ini,  perbetulkanlah sebelum terlambat....
Carilah jalan yang dapat membawa kita kepada jalan keselamatan dan kejayaan...........
Apabila kita sudah menemuinya, beristiqamahlah, jangan patah semula kebelakang atau tersasar semula.... nanti kita yang akan rugi..............
Dan ikatkan jiwa kita dengan Allah....walau apapun keadaan jangan lupa padaNya, hanya Dia sahaja yang dapat membimbing kita di atas jalanNya yang lurus!

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...