Dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan, sama ada kecil atau besar mesti ada pendorong atau motivasi diri untuk melakukannya tak kiralah sama ada pendorong atau motivasi itu lemah atau kuat. Pelbagai jenis pendorong untuk melakukan sesuatu kerja itu dan ini, mungkin kerana harta benda, mencari populariti, pangkat, wanita dan bermacam-macam lagi...........
Pendekata manusia sanggup bersusah payah untuk berbuat apa sahaja, menyusun strategi dan tindakan untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan atau untuk mencapai sesuatu matlamat. Memanglah dalam melakukan sesuatu kerja atau amal, faktor pendorong atau motivasi ini merupakan suatu faktor yang penting. Dengan adanya faktor motivasi ini , sesaorang akan bekerja lebih bersemangat , sanggup bersusah payah dan berkorban. Bila motivasi ini kuat , maka kuatlah amal dan sebaliknya lemahnya motivasi, kerja dibuat sambil lewa tidak bersemangat! Tak kiralah samada pendorong atau motivasi itu betul atau tidak , ia tetap mempengaruh setiap amalan kerja yang dilakukan.
Motivasi ini terdiri dari dua jenis samada motivasi luaran atau motivasi dalaman. Antara keduanya, motivasi dalaman sangatlah penting kerana ia adalah motivasi diri yang datangnya dari lubuk hati yang mempengaruhi tindakannya. Motivasi dalaman ini lebih kekal dan consistent berbanding motivasi luaran yang perlu selalu pada rangsangan luar dalam melakukan kerja. Bagi motivasi luaran ini, tanpa rangsangan dari luar, semangat sesaorang itu lemah, hasil kerja tidak optimum. Contohnya, sesaorang itu perlu selalu diingatkan, dinasihati, di motivasikan oleh orang lain untuk buat sesuatu kerja. Tanpanya, dia lemah dan tidak berdaya. Hasil kerja dan pencapaian tidak seberapa. Namun bagi orang yang ada motivasi dalaman atau self motivation ini, dirinya sentiasa bersemangat dalam kerja yang dibuat , selalu susun strategi dan tindakan sendiri untuk mencapai matlamat dirinya. Dia bersungguh-sungguh dalam kerja yang di buat, tidak buang masa, berdisiplin, tidak bergantung pada orang lain. Dengan demikian, orang sebegini selalunya berjaya dalam mencapai matlamatnya!
Bagi kita , self-motivation inilah yang sepatutnya mendorong kita sebagai seorang Muslim untuk beramal mencari keredhaan Allah. Namun dorongan dalaman ini kenalah betul, hakiki dan abadi. Pendorong kita mestilah bebeza dari manusia lain. Kita adalah seorang Muslim yang perlu berbeza dari manusia lain dari segi zahir dan batin kita. Rasa hati kita berbeza, pandangan hidup kita berbeza, akhlak kita berbeza, citarasa kita berbeza, nilai kita berbeza, tuturkata kita berbeza.....kita berbeza semua sekali dari bukan Muslim!
Namun bila kita mengaku Muslim, tapi akhlak kita sama dengan yang bukan Islam, cakap kita lucah dan merapu, perangai kita kasar........ apa ertinya pengakuan itu? Mengaku Muslim hanya pada mulut sahaja tapi sebenarnya kita masih belum betul-betul menjadi Muslim yang Allah kehendaki yang ada perbezaan yang bermula dari perbezaan dalam jiwa......iaitu iman pada Allah! Iman yang setipis kulit ari yang tidak mampu melakukan perubahan diri untuk berbeza dari yang bukan Muslim! Perlulah semak diri, perbetulkan niat , tingkatkan keikhlasan diri untuk kembali Allah. Perbezaan hati kita, diri dan syahsiah kita di dunia ini menentukan tempat kita juga berbeza di akhirat nanti!

Jadi, pendorong seorang Muslim dalam kerja-kerjanya adalah dorongan iman pada Allah! Keyakinan yang ada didalam lubuk hati yang tersembunyi inilah merupakan pendorong yang kuat, gagah, istiqamah dan terjamin iltizamnya (komitmen). Pendorong yang lebih bersih, suci dan dirasai kenikmatannya dalam jiwa orang Mukmin.
Dalam apa sahaja kerja yang dibuat, orang Mukmin sejati bertindak hanya atas dorongan iman. Bekerja, mencari rezeki, belajar, berbuat baik pada orang lain, berumahtangga....apa sahaja, semuanya atas dorongan iman. Tidak ada satu pun yang dibuat atas dorongan yang lain! Disamping itu dia juga memperhatikan bagaimana cara dia melakukan sesuatu kerja itu.....yang selalu dipersoalkan ...........aku buat ni kerja ni ikut syarak ke atau tidak, dosa atau pahala? Jiwanya akan rasa tenang apabila dia berada diatas landasan yang betul, sebaliknya rasa sesal, gelisah dan berdosa bila melakukan sesuatu yang tidak syarak! Jiwa sebegini adalah jiwa yang hidup yang dalam dirinya ada cahaya petunjuk yang sentiasa membimbingnya diatas jalan yang lurus. Tapi bila buat maksiat , tak rasa apa-apa, malah meremehkannya, jiwa ini sebenarnya dipenuhi selaput hitam yang mengeras , jiwanya sakit dan mungkin hampir mati. Cepat-cepat ubatilah jiwa ini sebelum ia betul-betul dah mati!

Kekuatan dorongan dari dalam hati inilah sebenarnya merupakan kurniaan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jiwa ini dari segi fitrahnya, ingin kembali pada Allah SWT. Ia ingin berhubung, merujuk pada Allah SWT dan inginkan juga kurniaanNya. Manusia akan jadi kuat bila hatinya betul-betul berhubung dan berkeyakinan tinggi dengan Allah. Namun bila jiwa diselaputi dosa, halangan dan gangguan nafsu, ada tabir yang menutupi dan ia akan jadi lemah, tidak bermaya. Namun tabir ini akan tersingkap bila disaat-saat manusia itu terdesak dan di timpa bencana dimana pada ketika itu seluruh pengharapan dan doa hanya ditujukan kepada Allah. Tapi bila Allah hilangkan bencana tadi, kembalilah ia ke keadaan asalnya tadi, ingkar dan kufur pada Allah SWT! Dia telah lupa akan doa dan pengharapannya tadi!
Disamping kekuatan dorongan hati tadi, akal juga jika diberikan haknya, benar-benar digunakan dan diberi kebebasan untuk mencari kebenaran, pasti ia dapat menemui kebenaran itu. Akal itu dari segi fitrahnya juga sentiasa berpihak kepada kebenaran dan menuju kepada Allah SWT.
Rasulullah saw bersabda dalam hadithnya,
" Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian lebih mulia dari akal." Hadith Riwayat Tarmizi
"Tidaklah beruntung sesaorang lelaki dengan mendapat satu pemberian sebagaimana beruntungnya dia mendapat nikmat akal yang membimbingnya kepada kebaikan dan menahannya dari kebinasaan." Hadith Riwayat Tarmizi.
Gabungan dorongan dalaman hati dan akal yang membimbing menjadikan seorang mukmin itu sentiasa berada di atas landasan yang betul dengan izin Allah SWT. Hati dan akal itu adalah nikmat Allah yang tidak ternilai yang perlu dijaga supaya ia sentiasa hidup dan sihat selalu. Sepatutnya kita menjaga hati dan akal lebih dari yang lain kerana bila rosak hati dan akal tidak bergunalah diri manusia itu. Dia jadi tidak siuman dan jiwanya sentiasa tertekan! Tapi begitulah sifat manusia ini.....selalu hanya menitikberatkan penjagaan dan penampilan luaran diri sahaja agar sentiasa bergaya , up to date dan segak selalu! Terlalu mementingkan menjaga imej diri dan suka pada pujian orang........tapi malangnya jiwa dan akalnya dibiarkan menderita sakit dan tidak tunaikan hak-haknya!
Justru itu marilah kita sama-sama melihat apakah perkara utama yang kita perlu lakukan. Islam yang nak kita praktikkan adalah Islam yang syumul tapi dalam melaksanakan sesuatu amalan perlu melihat amalan-amalan yang perlu di beri keutamaan. Semua kerja-kerja Islam adalah penting, tapi ada yang terlebih penting dari yang penting. Ini yang kita kena dahulukan dulu. Contohnya pentingnya kita mempunyai iman yang mantap yang dapat menjadi dorongan diri untuk melakukan amal soleh yang Allah terima.
Jadi semua kerja-kerja untuk menyemai, menumbuhkan iman, membajai dan menjaga iman adalah sangat penting, tidak boleh diabaikan dan tinggalkan. Walau apa yang kita buat , di tahap mana kita berada, perkara ini perlu dijaga. Hati dan akal perlu dijaga selalu, jangan abaikan ia. Setiap hari kita memberikan makanan dan minuman pada badan kita, tapi kita terlupa memberi makanan dan minuman pada akal dan jiwa kita.....jadi hati dan akal kelaparan dan kehausan selalu! Jadi kasihanilah akal dan hati kita.........jangan biarkan ia derita !
Rujukan
Sumber Tarbawi.