Friday, December 24, 2010

Kata-kata hikmah untuk renungan jiwa..............

  • Istighfar membuka pintu yang terkunci, melapangkan hati nurani dan menghilangkan kesamaran. Istighfar adalah wang muka untuk mendapatkan rezeki dan pelincin untuk mendapatkan taufik.
  • Musibah kita adalah jika kita tidak berdaya menghadapi hari ini, sibuk dengan masa lalu, menangisi hari ini dan resah menghadapi hari esok. Lalu di manakah akal dan kebijaksanaan kita?
  • Jauhilah kegelisahan kerana ia adalah racun. Jauhilah kelemahan kerana ia adalah kematian. Jauhilah kemalasan kerana ia adalah kegagalan. Jauhilah pendapat yang ragu-ragu kerana ia adalah hayunan langkah yang buruk.
  • Barangsiapa yang memiliki agama yang membimbingnya, akal yang menunjukinya, perhitungan yang menjaganya dan rasa malu yang menghiasinya, maka dia telah menghimpun berbagai keutamaan.
  • Barangsiapa yang meremehkan teman, maka dia kehilangan wibawanya. Barangsiapa yang meremehkan ulama, dia kehilangan agamanya. Barangsiapa yang meremehkan Allah SWT maka dia kehilangan dunia dan akhiratnya.
  • Penyebab kegelisahan dan kekhuatiran adalah dunia dan bila berpaling dari Allah SWT.
  • Jangan memperkecilkan orang yang mempunyai baju yang compang camping dan berkasut usang, kerana boleh jadi dia berhati khusyuk, matanya sering menangis dan berjiwa besar.
  • Ilmu adalah sahabat sewaktu bersendirian, teman waktu terasing, penjaga waktu berkhalwat, petunjuk jalan, penolong waktu kesusahan dan bekal tabungan menghadapi kematian.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur, bersihkan hatimu dengan memaafkan mereka sebanyak 7 kali dan mohon keampunan kepada Yang Maha Pengampun, nescaya anda akan menemui manisnya iman.
  • Barangsiapa yang meninggalkan perselisihan, menjauhi berbangga-bangga, selamat dari kedustaan, redha terhadap takdir dan menghindari diri dari hasad dengki , maka Allah SWT tidak akan meninggalkan hatinya.
  •  Boleh jadi urusan yang menyukarkan kamu adalah pada permulaannya sahaja dan menyenangkan kamu di akhirnya, sepertinya awan, awalnya kilat dan petir, akhirnya hujan yang menyenangkan kamu.
  • Semalam telah berlalu, hari ini adalah perantara hari esok, hari esok belum tentu ada, dan kita berada di ketika ini. Maka hendaklah kita taat padaNya, nescaya akan dapat bekal keberuntungan.
  • Kita memiliki dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, lidah, keimanan, Al-Quran dan keamanan. Oleh itu hendaklah kita mensyukurinya. Allah berfirman," Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...? (S. Ar-Rahman:13)

3 comments:

  1. thanks cikgu...muhasabah diri mmg buatkita sedar segala kesilapan yg pernah dibuat..smoga hari esok lebib baik dr smlm..insyaallah =)

    ReplyDelete
  2. afwan....i hope apa yang ditulis dapat di kongsi buat bersama-sama. Insyaallah semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk melaksanakannya.
    Amin...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.Minta kongsi bersama kata2 nasihat ini terima kasih.

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...