Sesunggguhnya, apa yang kita lihat di sekeliling kita, peraturan sistem jahiliyyah telah menjauhkan dan memisahkan di antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Kedua-duanya seolah-olah terasing dan tidak bercampur. Begitu juga dalam kehidupan beragama dan bernegara. Memerintah negara dan hidup beragama juga terpisah, masing-masing tersendiri dengan sistemnya. Bagaimanakah sepatutnya?
Sebenarnya tidak ada dalam tasawwur Islam, sesaorang itu harus meninggalkan atau membelakangkan kehidupan dunia untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat. Di atas kehidupan dunia inilah kita membina landasan kehidupan kita di akhirat! Tanpa dunia, tidak sempurnalah akhirat kita. Dunia ini adalah ladang akhirat!
Sistem Allah ini bukanlah sekadar sistem aqidah imaniyyah dan taqwa yang semata-mata berada di hati dan perasaan sahaja. Tapi Sistem Allah ini perlulah ditegakkan di dalam diri dan realiti kehidupan dimana dengan tertegaknya sistem Allah ini, semua manusia akan merasai nikmat berada didalamnya, insyaAllah!
Segala usaha yang dibuat untuk memakmurkan bumi dan penduduknya sehingga tercapainya kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia adalah wasilah atau jalan yang boleh mencapai kepada keredhaan Allah dan diberi pahala di akhirat nanti. Namun semua ini tidak akan mungkin terjadi tanpa tertegaknya Sistem Allah.
Di dalam Sistem Allah ini, segala amal adalah ibadah; manusia itu adalah khalifah Allah yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini sejajar dengan apa yang diperintahkan oleh Allah. Di anggap menderhakai Allah dan mengabaikan tanggungjawab jika tugas memakmurkan, menyuburkan bumi serta menggunakan segala sumber alam dan kemudahan yang diciptakan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut syariatNya.
Dengan tertegaknya sistem Allah, ikatan antara individu dan Allah SWT dapat terjalin dengan sekukuhnya melalui syiar yang didirikan. Segala amalan fardhu yang dibuat adalah untuk memperbaharui janji dengan Allah supaya manusia berada dalam Sistem Allah dan menyerahkan dirinya secara total untuk Allah. Segala urusan kehidupan adalah untuk mengikrarkan kemuliaan sistem Allah dan mengagungkan kekuasaanNya. Segala yang dilaksanakan adalah selaras dengan tuntutan iman dan takwa yang merupakan dasar amal yang dilaksanakan. Melalui iman dan takwa inilah melayakkan sesaorang mendapat keberkatan dari Allah seperti dalam firmanNya dalam Surah Al-A'raf : 96 yang bermaksud....
" Dan jika penduduk sebuah kota beriman dan bertaqwa, pastilah Kami limpahkan kepada mereka barokah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami siksa mereka akibat perbuatan mereka."
Sebenarnya kehidupan dalam keimanan, ketakwaan, ubudiyah pada Allah dan mendirikan syariatNya melalui sistem Allah adalah untuk kepentingan hidup manusia itu sendiri, bukannya untuk Allah SWT yang bersifat Maha Kaya yang tidak memerlukan apa-apa dari manusia dan seluruh alam ini! Allahlah yang Maha Mengetahui bahawa sebenarnya tiada penyelesaian, kebaikan dan kejayaan kecuali berada di bawah sistemNya sahaja. Sistem ciptaan manusia tidak mampu menyelesaikan permasalahan manusia sejagat..... Allah yang manjadikan manusia, Allah juga lah yang memciptakan sistem terbaik yang manusia perlu ikuti yang boleh menyelesaikan semua masalah !
Sebagai Muslim, kita wajib menyakini bahawa sistem Allah adalah sistem yang terbaik yang tiada cacat celanya yang mesti dikuti dalam hidup ini. Kita serahkan diri kita tanpa ragu-ragu untuk Allah, sentiasa berusaha bernaung di bawah sistem Allah ini dalam seluruh kehidupan kita. Kita perlu menegakkan sistem Allah ini dalam diri sendiri terlebih dahulu sebelum ia boleh tertegak dalam negara. Setiap aspek dalam kehidupan dunia kita tidak terpisah dengan akhirat kita di dalam sistem Allah ini.
Segala usaha-usaha dakwah dan tarbiah diri dan masyarakat sebenarnya adalah untuk mencapai matlamat dekat ini iaitu tertegaknya daulah Islamiah yang mana di dalamnya berjalan hukumah dan syariat Allah sepenuhnya. Ini merupakan satu kewajipan bagi setiap individu Muslim melaksananakan usaha-usaha ini dalam batas-batas kemampuan yang ada pada diri masing-masing lebih-lebih lagi dalam suasana Islam yang ghurbah atau asing dalam realiti masyarakat kini.
Penggabungan diri dalam satu jemaah merupakan satu tuntutan dan kehendak Allah dalam menghayati Islam. Penghayatan Islam dalam bentuk jamaah lebih berkesan untuk merubah dan menyusun semula masyarakat kita. Dan masyarakat yang dicita-citakan adalah masyarakat yang hanya menerima keputusan dari Allah SWT dan berubudiyyah semata-mata padaNya. Ini lah cara hidup yang lurus yang tidak diketahui oleh majoriti manusia kini.
Sama-samalah kita berdoa agar kita hidup dalam Islam , menghirup ketenangan dan keheningan udara Islam dan mati juga dalam suasana Islam. Begitu juga anak cucu kita dan generasi yang akan datang. Tiada kehidupan ini melainkan berada dalam Islam. Perlu yakini bahawa masa depan ditangan Islam!
Ameen, Ya Allah!
Rujukan Sumber Tarbawi.