Sunday, November 28, 2010

Jadikan Islam cara hidup kita!

     Islam yang kita anuti ini bukanlah setakat kepercayaan di hati, amalan ritual yang dibuat dalam masa dan keadaan tertentu......ia adalah adden atau satu cara hidup yang wajib kita hayati dan ikuti secara berterusan
sehinggalah berlakunya hari Qiamat nanti. Setiap sesuatu dalam tatacara hidup ini telah digariskan oleh Islam secara terperinci......tugas kita hanya melaksanakannya dalam diri , keluarga dan masyarakat! Komitmen kita terhadap tuntutan Islam bukanlah bermusim, perlu pada  setiap masa dan ketika. Cara hidup Islam ini sebenarnya Allah turunkan melalui Rasul  bukan untuk kaum tertentu sahaja tapi ia sejagat, untuk seluruh umat manusia. Sesiapa yang tidak menerima Islam sebagai cara hidupnya, bersedialah menerima balasan dan azab dari Allah seperti dalam firmanNya dalam surah Al-Fathir ayat 39 yang bermaksud.....
     "Dialah Allah yang telah menjadikan kamu sebagai khalifah. Maka sesiapa yang kufur ingkar(terhadap  perintah Allah) maka balasan disebabkan kekufuran itu akan menimpa diri."

Islam yang datangnya dari Allah ini bertujuan untuk menyelamatkan manusia dan mengeluarkannya dari kegelapan kesesatan menuju kepada cahaya petunjuk Allah SWT. Ustaz Said Hawa dalam kitabnya Al-Islam menjelaskan sekiranya Islam hilang dan dipinggirkan,  manusia tanpa Islam ini akan rosak nilai dan neraca kehidupan mereka. Apa yang halal diharamkan dan sebaliknya. Manusia hilang tempat rujukan yang benar dan tetap kerana Islam sajalah satu-satu kebenaran yang datangnya dari Allah yang bersih dari sebarang penyelewengan. Frman Allah dalam surah Al-Baqarah: 147 yang bermaksud...
   "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu , maka janganlah sekali-kali kamu termasuk dikalangan mereka yang ragu-ragu."
  
      Secebis keraguan di jiwa mesti dibuang kerana inilah yang akan menjadi duri dalam daging akibatnya penyerahan diri tidak total, selalu mempersoalkan tentang kebenaran Islam, ragu-ragu untuk mengambil nilai Islam dalam hidup, tidak mau berjihad.............akhirnya akan mengugat keyakinan dan keimanan di dalam jiwa! Apabila sesaorang merasa ragu dengan Islam dan menolaknya , dia hilang sesuatu yang sangat berharga dan mahal yang tidak dapat ditebus dengan apa jua pun di dunia ini! Ini adalah kerana Islam adalah nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada sesaorang. Pemberian dan kurniaan yang mahal dan berharga inilah yang perlu dijaga melebihi kita menjaga harta benda yang sangat kita sayangi!
     Kehilangan Islam dalam diri dan kehidupan sepatutnya kita tangisi seperti kita menangisi kehilangan orang yang kita sayang malah lebih dari itu. Ini adalah kerana hanya Iman dan Islamlah yang akan dapat menebus diri kita sewaktu kita menghadap Allah nanti. Firman Allah dalam surah As-Syuaara ayat 88-89 yang bermaksud....
" Pada hari Akhirat, harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatupun kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera( daripada kufur, syirik, munafik dsb..)"   
       Jadi deen Islam ini wajib dipelihara dalam diri , melaksanakannya dalam semua urusan hidup dan jangan biarkan ia hilang dalam masyarakat dan ummah.  Juga janganlah kita menjadi seperti Bani Israel yang beriman pada sebahagian kitabnya dan kufur pada bahagian yang lain.....Jika tidak perhatikanlah bagaimana hebatnya siksaan Allah dalam Al-Quran seperti firmanNya surah Al Baqarah ayat 85.....
    " Patutkah kamu beriman dengan sebahgian kitab Allah dan kufur pula pada sebahagian yang lain.  Maka tiadalah balasan terhadap orang yang melakukan demikian dikalangan kamu melainkan hina di dunia dan pada hari Qiyamat nanti mereka akan ditolak kedalam azab siksa yang sangat berat. (Ingatlah) bahawa Allah sekali-kali tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan." 
      Segala keraguan dan kelalaian kita akan mengundang padah pada kita....... sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti! Kita sebenarnya tidak merasai hakikat bagaimana hidup dibawah naungan Al- Quran yang merupakan satu kenikmatan......seperti yang dirasai oleh sahabat generasi Al- Quran dan mereka-mereka yang menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah!  Apa yang kita rasai hanyalah sedikit cebisan nikmat Islam tersebut bukannya total......bagaimana kita nak rasai sedangkan dalam diri masih banyak yang reserve...tidak diserahkan sepenuhnya untuk Islam! Sudah tentulah apa yang kita rasai berbeza dari mereka yang benar-benar merasai nikmatnya Iman dan Islam itu.
     Menyerahkan diri kita untuk Allah dan Islam samalah seperti kita membuat pelaburan. Namun pelaburan pada Allah dan hari akhirat ini tidaklah sama dengan pelaburan dunia. Di dunia bila kita melabur, ada risiko samada untung atau rugi. Namun pelaburan dengan Allah dan hari akhirat tidak pernah rugi, malah sentiasa dapat keuntungan.....malah  keuntungannya yang berlipat kali  ganda pulak tu! Untuk itu, cuba kita sama-sama fikirkan bagaimanakah kita hendak melaburkanlah masa kita, tenaga kita, wang ringgit kita, harta kita malah diri kita  untuk Allah dan meningkatkannya dari masa kesemasa? Ingatlah segala keuntungannya akan kembali pada kita semula!
      Bila keyakinan ini meresap dijiwa.....ketenangan akan kita rasai bila kita memberikan apa yang ada pada kita di atas jalan Allah. Sebenarnya apa yang  ada disisi kita akan luput, tapi yang berada disisi Allah itulah yang akan kekal. Jadi tolaklah segala keraguan kita, gantikan dengan keyakinan hati yang mantap berada terus di atas jalanNya yang lurus. Mohonlah selalu padaNya untuk memantapkan jiwa kita. Sebenarnya tiada pilihan kita dalam hidup ini melainkan berada dibawah naungan Islam. Itulah satu-satunya cara hidup yang Allah redha untuk manusia!  

Rujukan Sumber tarbawi.

3 comments:

  1. asm

    ya benar lah tidak ada deen lagi selain Islam yang menjamin kehidupan kita di dunia dan Akhirat...Kelemahan kitalah yang belum mampu untuk melaksanakan deen Islam itu...Kena tingkat kan usaha mujahadah.. untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya..kaffah..
    ATH

    ReplyDelete
  2. Salam

    Nak tanya Cikgu mengatakan...Bila keyakinan ini meresap dijiwa.....ketenangan akan kita rasai bila kita memberikan apa yang ada pada kita di atas jalan Allah.

    Tapi mengapa jiwa saya masih tak tenang juga walau pun saya sembahyang..boleh nasihat sikit

    Ingin tahu

    ReplyDelete
  3. Asm...
    Saya cuba jawab mengikut kefahaman dan kemampuan saya...pembaca blog lain bolehlah tambah insyaAllah....
    Rasa ketenangan ini bukanlah kita buat-buat, tapi ia sebenarnya rasa yang Allah campakkan ke dalam jiwa-jiwa orang yang beriman yang sentiasa mengingatiNya.FirmanNya" Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya jiwa akan jadi tenang."
    Hubungan hati kita dengan Allah didalam solat ada kaitannya dgn. di luar solat. Maknanya diluar solat juga hati perlu sentiasa berhubung denganNya melalui zikir kita, istigfar kita, dan dalam apa sahaja yang kita lakukan kita perlu memenuhi tuntutanNya tidak bermaksiat padaNya.....ini berterusan bila kita solat. InsyaAllah bila kita jaga hubungan kita dgn Allah di mana sahja kita berada dan pada ketika mana ,selalu ingat padaNya, hati akan rasa tenang. Tapi bila putus hubungan dengan Allah dalam hidup ini,selalu lupa padaNya,tidak mangambil nilai Allah dalam hidup, tidak memenuhi tuntutan Allah sepenuhnya hanya nak ingat Allah sahaja ketika solat....maka ketenangan tidak dapt dirasai.Penyerahan hati ini perlu pasrah pdaNya, ubudiah kita ikhlas padNya semata-mata....
    Setelah kita melaksanakan tuntutan padaNya,perlu bertawakkallah dan berdoalah padNya semoga Allah memberikan kita ketenangan...
    Bersihkan hati kita selalu melalui zikrullah tilawatul Quran, istigfar, sedekah , mengingati mati, beramal soleh.......kerana hanya jiwa yang bersih yang ada nur Allah yang akan merasai ketenangan jiwa.
    Jadi proseskan hati kita selalu....buamgkan segala sifat-sifat mazmumah djiwa yang menjadi kesukaan iblis dan syaitan...
    Bukan mudah nak mujahadah ini...tapi kita perlu teruskan,bersabar walaupun natijahnya kita tak rasai lagi...
    InsyaAllah suatu hari, bila kita istiqamah melalui proses ini.....kia akan rasa tenang juga akhirnya! Wallahualam.

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...