Thursday, November 18, 2010

Menuju destinasi akhir kita!

     Sebenarnya beradanya kita dalam suasana penghidupan hari ini, banyaknya kerja-kerja tarbiyah jiwa yang perlu kita lakukan!  Saban hari kita berada dalam masyarakat bahkan keluarga kita sendiri pun masih terikat dengan nilai dan sifat-sifat jahiliyyah dalam diri. Seakan-akan terlalu sukar untuk di pisahkan dalam jiwa kita dan amalan kita.  Kita berada dalam sistem jahiliyyah yang telah menguasai seluruh kehidupan kita. Cakap-cakap kita, rasa hati kita,  pandangan kita, akhlak kita masih banyak unsur-unsur ini........ Apa yang harus kita lakukan??
     Ku sedari apabila kita 'berehat' seketika, kerehatan itu akan membawa padah jika rehat itu tidak dihubungkan dengan Allah....maksudku apabila kita berehat dengan cara berhibur yang tidak syarak, buang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, bersantai-santai yang melalaikan!
 Jadi mestilah kita kembali pada tarbiyyah diri....mengembalikan hati kita pada keadaan fitrahnya yang salimah!


Apa yang kita ingin tanamkan dalam jiwa
Akan mula longgar...
Apa yang pernah kita rasai
Akan mula menghilang....
Apa yang pernah kita buat dengan istiqamah
Tidak lagi berterusan...
Sedikit demi sedikit akan terhakis dalam diri!

Perlu segera kembali menghayati Al-Quran
Perlu segera kembali pada suasana
Ingat memperingati atas dasar iman
Itu lebih baik dari bersendiri
Yang semakin menjauhkan!

Tarbiyah diri  tidak boleh abaikan...
Membuang rawasib jahiliyyah meningkatkan iman..
Tanpa tarbiyah longgarlah iman dan amal
Tanpa tarbiyah, Islam yang syumul sukar dipraktikan
Iman yang didakwa tiada bermakna
Revolusi hati tidak terlaksana
Amal praktiknya bercanggah dari apa yang didakwa!

Hadapkan jiwa kehadratNya..
Serahkan hati untukNya...
Menggarap kasih dan cintaNya dalam diri
Menuntut pengorbanan yang bukan sedikit!

Adakah lagi pilihan kita?
Selain menuju kepadaNya...
Sama ada berlari, berjalan atau merangkak...
Tetapkan arah perjalanan hidup ini.....
Samada disedari atau tidak
Detik masa kian berlalu...
Ianya semakin hampir setiap kali....
Menuju destinasi akhir kita...
Kematian menjemput kita!
Adakah kita bersedia??

Nukilan
RAW

4 comments:

  1. Kematian sesuatu yang pasti tetapi manusia saperti kita masih leka dengan dosa dan noda...lupa bahawa sebesar zarah kebaikan atau kejahatan akan dihisab...Ayuh bangunlah dan buatlah sesuatu untuk bawa sebagai bekalan bertemu Allah selagi masih bernafas....

    ReplyDelete
  2. asm. betul setuju.
    setiap yg bernyawa akan menemui ajal.
    moga2 kita bersedia

    HABAT

    ReplyDelete
  3. Cikgu Rabiah (CR),

    Nukilan CR tentang 'destinasi akhir' ini amat menyentuh jiwa saya. Benarlah kata para hukamak, setiap kalam yang datang dari hati itu akan menyentuh hati-hati yang mendengar & menerimanya. Apatah lagi jika diamalkan, akan bertambahlah bank pahala CR kerana saya nampak disini CR bukan sekadar ingin mengislah diri CR sahaja, malah juga ingin mengajak orang lain... TAHNIAH dari saya buat CR...!!

    CR, izinkan saya buat penambahan... saya ingin memetik beberapa ayat dari surah Al-Maarij:

    70:19 Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir (lokek).

    70:20 Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah.

    70:21 Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.

    70:22 Kecuali orang yang mengerjakan salat.

    70:23 Yang mereka itu tetap mengerjakan salatnya.

    70:24 Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu.

    70:25 Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta).

    70:26 Dan orang-orang yang mempercayai Hari Pembalasan.

    70:27 Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.

    70:28 Karena sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).

    70:29 Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya.

    70:30 Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki, sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.

    70:31 Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

    70:32 Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

    70:33 Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.

    70:34 Dan orang-orang yang memelihara salatnya.

    70:35 Mereka itu (kekal) di syurga lagi dimuliakan.

    Sifat keluh kesah memang ada pada diri kita, kerana itu memang ciptaan Yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Walaubagaimanapun, Allah itu Maha Penyayang kepada mahkluknya. DiberiNya tips kepada kita untuk mengatasa keluh kesah ini melalui cara menjaga solat, harta, takut kepada Allah dan sebagainya.

    Saya tidak tahu samada CR mempunyai masalah seperti saya atau tidak. Dalam satu masa, saya amat rajin untuk bernukilan tetapi dalam masa lain saya amat keluh kesah untuk melaksanakannya, ekoran dari kesibukan dan tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan. Satu ketika, syaitan mula mengganggu saya dengan niat yang baik tersebut... saya tewas dan cuba untuk bangun semula... mudah-mudahan dengan nukilan 'destinasi akhir' dapat membantu saya untuk terus bangun dan berjalan seperti biasa, mengikut kemampuan yang Allah telah berikan...

    CR,

    Saya berdoa agar CR terus iltizam, intizam serta takaaful (seimbang) didalam melaksanakan kerja-kerja tarbiah seperti mana yang terkandung didalam nukilan CR. Saya masih teringat, Iman Hasan Al-banna ada menyebut "Medan berfikir tidak sama dengan medan bercakap dan medan bercakap tidak sama dengan medan beramal.."

    Saya melihat, dalam konteks CR sebagai seorang pendidik wanita, sudah tentu CR mempunyai banyak cabaran & kekangan yang perlu diberi prioriti.. saya pasti CR punya kekuatan untuk menterjemahkan prioriti tersebut didalam medan perjuangan yang sebenarnya..

    Akhir kata, tahniah sekali lagi buat CR, mudah2-an amal kita diterima oleh Allah swt, tidak seperti 'debu-debu yang berterbangan'...

    Wallahu'alam, wassalam

    Brother DS,
    Gambang, Pahang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wm wb Brother DS.
    Jazakallahukhairan kathira di atas komen membina dan penambahan untuk peringatan diri dan meluangkan masa untuk itu. Saya sgt2 menghargainya. Tafaddhol untuk komen seterusnya....
    Jika ada kebenarannya sama-sama kita ambil manfaat darinya..
    Jika ada silap dan salahya, harap perbetulkanlah..
    Kita manusia ni tak sunyi dari buat silap..
    tapi ingat memperingati, membetulkan yang silap,menokok-tambah yang kurang patut jadi amalan kita..
    Sungguh, benar seperti apa yang ditulis, medan berfikir,bercakap tak sama dgn medan beramal...
    Apa yang kita tulis, cakap....Allah akan uji kita....benarkah seperti yang didakwa?
    Firman Allah dlm Surah Al-Mulk :2 yang bermaksud...
    " Yang menjadikan mati dan hidup, untuk menguji kamu , siapa yang lebih baik amalnya..."
    Jadi hidupnya kita ini adalah ujian...
    Jatuh bangun kita dalam ujian in satu lumrah, sunnatullah....Tanpa ujian tiada peningkatan!
    Bila teruji, kembalikan hati kita padaNya, insyaAllah segala keluh kesah kita akan hilang. Jiwa kita akn kembali tenang. Tapi ia menuntut kesabaran yang banyak dari kita untuk melalui fasa tersebut....
    Mentarbiyyah diri bukanlah mudah......
    Dalam kesibukan kita menjalankan tugas dan tanggungjwb kita, perlu ada ruang utuk diri kita berhubung dgn Allah. Jika tidak sibuk ini memakan diri...kita akan berkeluh kesah. Tarbiyah diri x blh ditangguh atau tinggalkan.....solat, zikir ,istighfar, usrah, penambahan ilmu, Quran kita, doa kita...sedapatnya kena istiqamah dalam apa juga keadaan. Dosa dan maksiat kita ushakan untuk dijauhi..
    Perkara-perkara begini lah yang dapt memberikan kita kekuatan dalam menghadapi ujian hidup...

    Sama-sama kita pohonkan taufik dan hidayah Allah untuk terus istiqamah berada di atas jalanNya yang lurus.....
    Hanya Allah sahaja yang dapat membantu kita mengharungi hidup ini ..
    KepadNyalah kita serahkan hati kita!
    Ameen YaAllah perkenankanlah!

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...