Friday, July 30, 2010

Ihsan dalam beramal...

     Dalam melaksanakan amalan kita dituntut untuk bersifat dengan sifat ihsan....satu sifat yang mulia dan terpuji. Ihsan ini umpama atap bagi bangunan islam yang didirikan di atas  batu asas iman dan islam sebagai tiangnya. Atap melindungi bangunan dan isi nya dari hujan, panas, ribut dan petir....begitu juga lah ihsan tadi memelihara dan menjaga bangunan islam yang didirikan dari perkara-perkara yang mengganggu- gugat dalam kehidupan. Ihsan yang merupakan perbuatan baik dan berkualiti itu adalah pelindung bagi bangunan keislaman sesaorang. Jika berbuat ihsan, maka amal-amal islam lainnya akan terperlihara dan tahan lama,,
    Seorang  ulama islam Sayid Sabiq berkata  " Islam  mengajak dan menganjurkan berbuat ihsan sebab pelaksanaan ihsan itu merupakan satu jalan yang paling ampuh untuk menanamkan dan menancapkan akar-akar keutamaan di dalam jiwa, untuk meningkatkan darjat manusia dalam meningkatkan potensi kemanusiaan memajukan kehidupan dan memberikan kebaikan kepada orang-orang yang mermerlukan kebaikan dan kasih sayang..." 
    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:195 yang bermaksud....
" Dan infakkanlah(hartamu) di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan diri kamu dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
    Dalam satu hadis Rasulullah (riwayat Muslim) menerangkan definisi ihsan...
" Sembahlah Allah seakan-akan kamu melihat Dia, tapi jika kamu tidak melihatNya, Dia Allah melihat kamu."
   Sesaorang yang beramal dengan sifat ihsan ini memperolehi tiga keuntungan, dicintai Allah, mendapat pahala dan mendapat pertolongan Allah.   
     Jadi berbuat kebaikan atau berihsan sangat-sangat di anjurkan dalam dalam semua hal dan segala sesuatu...dengan diri sendiri, dengan manusia lain, dengan haiwan, tumbuhan, segala-galanya....tapi boleh ke kita buat begitu kalau kita tidak merasai muraqabatullah Allah (monitoring dari Allah)??
Kita tak rasa sebenarnya apa saja yang kita buat ini tidak terlepas dari pengawasan Allah? Dimana saja kita berada ,sama ada seorang diri ke beramai-ramai ke di tempat yang sunyi atau tidak....Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita!! Apa yang terlintas dalam hati kita pun Allah tau....macamana nak sembunyikan?
   Keyakinanlah yang membezakan manusia dengan yang lain....bila kita yakin dengan sebenar-benar yakin yang Allah sentiasa mengawasi kita,  inilah yang berkesan dalam menentukan tindakan kita zahir dan batin...kita  akan bersegera berbuat kebaikan sebagaimana yang Allah kehendaki......Tanpa keyakinan pada Allah, manusia akan buat apa saja yang disukai mengikut hawa nafsu saja, mereka lebih hina dari binatang! Diberi akal tapi tidak digunakan untuk berfikir tentang diri dan ciptaan Allah. Diberi hati tapi tidak digunakan hati untuk merenung-renung dan merasai tentang kekuasaan Allah dalam kehidupan! Manusia begini kehilangan nikmat terbesar dalam diri.....nikmat iman  dan islam!!
     Sabda Rasulullah saw ..... "Jika Allah hendak memberi kebaikan kepada sesorang..Dia akan memberikannya faham tentang deen." Kefahaman tentang deen Allah ini adalah satu nikmat yang Allah beri pada sesiapa yang dikehendakinya...insan yang Allah pilih untuk terima kebaikan! Kefahaman tentang deen Allah bukan secara luaran tapi kefahaman yang menyeluruh yang mendasari jiwa, mencorakkan tindakan dan cara hidup ..sebagaimana kefahaman sahabat-sahabat generasi Al-Quran yang pertama yang dididik oleh Rasulullah! Mereka merupakan umah terbaik yang pernah wujud di muka bumi ini.Segala tindakan dan cara hidup mereka merupakan terjemahan Al-Quran dalam kehidupan...Mereka di datangi iman sebelum Al-Quran, sebaliknya kita ada Al-Quran yang lengkap bersama kita..tapi iman kita lemah dan longgar....!! Itulah kenapa berbezanya tindakan kita dengan mereka......
    Sifat ihsan tidak akan dapat dicapai dalam diri jika asas iman tidak kukuh, iman longgar dan mandul...  kerana diri tiada matlamat dan kemahuan yang kuat untuk berbuat ihsan....kalau adapun mungkin kerana sebab-sebab lain selain Allah..bukan kerana dorongan Allah semata-mata!
   Jadi ..dalam hidup ini...kita kena selalu ada hubungan hati dengan Allah...sentiasa memohon pertolongan Allah dalam melayari kehidupan ini, memberikan kita taufik dan hidayah, menunjuki kita jalan yang lurus...... Inilah jalan yang perlu kita lalui ...jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat!! 

Tuesday, July 27, 2010

Bersolatlah......jika inginkan kejayaan!

Perihal solat banyak firman Allah menyentuh tentang solat.....
Surah Al-Ankabut(45) yang bermaksud..
"Dirikan solat dengan tekun. Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar...Mengingati Allah adalah lebih besar faedah dan kesannya.."
         Solat merupakan perintah Allah kepada kita orang islam untuk menunaikannya...yang merupakan kemuncak hubungan kita padaNYa. Setiap hari kita bersolat.....tapi pernahke kita berfikir sejauh mana solat itu benar2 dapat mendidik jiwa kita, benar2 dapat mecegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar.....?Saban hari kita solat....tapi adakah solat ini dapat meningkatkan iman dan ketakwaan kita? Kadang-kadang kita solat hanya setakat nak penuhi rutin harian kita ...mesti solat sekurang-kurangnya 5 waktu sehari semalam...tapi bagaimana kualiti solat kita?
         Inilah yang perlu bermain-main di fikiran kita, kita sentiasa cakap pasal Hari Kualiti, Hari Kecemerlangan dalam organisasi yang kita ceburi...kualiti kerja itu dan ini.....semua menjurus untuk memperelokkan dunia kita....tapi urusan akhirat kita....solat kita pada ALLAH berkualitikah?
      Dari Thabrani, satu hadis Rasulullah saw tentang solat yang berbunyi....
" Perkara pertama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adalah perhatiannya kepada solat..Apabila solatnya baik, dia beruntung, Tapi apabila solatnya rosak , dia gagal dan rugi.."
      Sabda Rasulullah saw lagi.." Saat manusia mengerjakan solat, dosa-dosanya jatuh berguguran laksana daun berguguran dari pohon. Solat itu adalah cahaya mataku. Bagiku solat laksana makanan bagi orang yang lapar dan air bagi orang dahaga. Sekalipun orang yang lapar dan haus itu akan merasa kenyang, tetapi aku tidak pernah mersa kenyang dengan solat."
Jadi perhatian Rasulullah dan para sahabat pada solat sangat tinggi....mereka menjaga solat dan mewariskannya! Kehidupan mereka bersama solat dan mereka meraih kejayaan dan kemuliaan diri dari nya!
       Tapi mengapa realiti kita umat islam sekarang...ramai yang bersolat tapi hakikat solat tidak diterjemahkan dalam hidup....lantas lihatlah apa yang berlaku pada kita sekarang? Sebak dada dan terkedu kita dengan keadaan masyarakat sekarang....kes jenayah, buang bayi, berleluasa.... mengucap panjang kita? Apa yang sudah terjadi? Apakah yang telah kita buat untuk mengurangkan kepanasan yang membakar bumi ALLAH ini?
    Mestilah ada silap di mana-mana...keadaan ini terus menjadi-jadi saban hari!
Sama-sama kita renungi Hadis Rasulullah saw " Sesiapa yang tidak terhindar dari perbuatan keji dan mungkarnya dari solatnya, maka dia tidak bertambah dekat dengan ALLah tapi sebenarnya bertambah jauh,Betapa ramai orang yang berdiri untuk solat tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat."
    Dari Hadis Qudsi yang berbunyi "Allah berfirman, Aku hanya menerima solat daripada orang yang merendahkan dirinya kerana kebesaranKu, menahan diri daripada hawa nafsu kerana aku, memanfaatkan sebahagian dari waktu siangnya untuk berzikir kepadaKu, tidak sombong kepada makhlukKu, memberi makanan kepada orang yang lapar, memberikan pakaian pada orang yang tidak ada pakaian, menyayangi orang yang ditimpa musibah dan memberikan perlindungan kepada orang yang terasing."
     Hakikatnya, solat tidak boleh terpisah dari kehidupan kita seharian!Kehidupan kita ini dari awal kita bangun bagi sehinggalah kita tidur semula nanti dimalam hari...semestinya lah mengikut sibghah (celupan ) ALLah. Pembentukan peribadi diri Muslim diusahakan setiap masa melalui tarbiyah islam. Tarbiyah atau pendidikan islam yang mesti berjalan setiap masa, membentuk hati dan jiwa kita, tindakan dan amal kita supaya selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Jika kita abaikan tarbiyah islam dalam kehidupan kita..kita sebenarnya tidak mengikut jalan yang di ajar oleh Rasulullah untuk mempraktiKkan islam secara syumul dalam hidup ini..Keperibadian islam bukan menjelma secara tiba-tiba....tapi ia melalui proses tarbiyah yang panjang yang mana ia bertitik tolakkan iman sebagai masdar (penggerak)...
        Jadi kita perlulah kembali kepada didikan Rasulullah saw ini...untuk kita dapat merealisaikan hakikat ubudiah kita yang sebenarnya kepada Allah, setiap masa dalam kehidupan kita , kemuncaknya solat kita......sehingga kita dipanggil pulang oleh Allah...dalam keadaan kita redo pada Allah dan Allah redo kepada kita....Alangkah bahagianya saat itu!! Ameen.

Sunday, July 25, 2010

Muhasabah diri......

        Di sepanjang perjalanan hidup yang kita lalui hari demi hari ini......seringkali kita tergelincir dari landasan yang lurus....jadi sebenarnya kita di tuntut untuk muhasabah diri kita.....

Muhasabah diri yang bermaksud mengkaji diri sendiri dengan menghitung berapa banyaknya kesalahan yang kita dilakukan setiap hari......dengan niat kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama atau melakukan kesalahan yang berbeza!! Semakin banyak kita muhasabah diri kita.... semakin terbukalah lapisan yang menutupi kesedaran jiwa.....kesedaran jiwa untuk kembali ke pangkal jalan!!

         Muhasabah diri perlulah dilakukan secara bersendirian, bukan beramai-ramai di mana kita menyendiri dalam suasana malam yang hening...inilah muhasabah yang berkesan.

         Diwaktu malam yang sepi dan hening, ini kita berbicara sendiri dengan hati kita, berdialog dengan kesalahan diri kita sendiri,dan memutuskan hubungan dengan kesalahan -kesalahan tersebut. Dengan keheningan malam, jadi kita lebih mudah melihat kesalahan- kesalahan kita!! Hati akan tersedar dan keinsafan merangkak datang!!

Peniaga-peniaga yang berniaga pada waktu siang akan menghabiskan waktu malam mereka untuk mengira keuntungan atau kerugian...mereka menilai kesilapan yang dilakukan dan merancang perkara yang akan dilakukan pada esok hari. Mereka sanggup habiskan waktu rehat semata -mata untuk tujuan ini...!!!

         Jika kita sanggup untuk melakukan sedemikian untuk tujuan kebahagiaan dunia.......adakah kita sanggup pula mengira-ngira keuntungan atau kerugian yang di buat setiap hari untuk mengecapi kebahagiaan di akhirat, sedangkan kebahagiaan akhiratlah yang kekal abadi?? Adakah kita manfaatkan waktu malam kita bagi mengingati dan menghitung-hitung banyak mana ibadah dan zikir kita dan banyak mana pula dosa-dosa kita??


 Sudahkah kita mengira berapa banyakkah bekalan yang kita perlu bawa bagi mengharungi perjalanan akhirat yang menyesakkan jiwa dan penuh dengan penghitungan rapi dari Allah nanti?? Sesungguhnya alam akhirat adalah alam penghitungan dan penghisaban amal-amal yang telah dilakukan di dunia!! Tiada penyesalan akan diterima nanti di sana!!

   Jadi penyesalan hanya berguna bagi orang yang hidup sahaja...selagi nyawa tidak sampai ke kerongkongan. Para ulama dan orang-orang soleh banyak memanfaatkan waktu malam bagi muhasabah diri dan menghitung amal perbuatan, mempersiapkan bekal amal ibadat pada malam itu dan juga bersiap sedia untuk hari esok untuk memanfaatkan hari esok agar lebih baik dari hari semalam.


Dalam Surah Al- Fathir (29- 30) yang bermaksud...

"Sesungguhnya orang-orang selalu membaca Kitab Allah(Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada nya secara diam-diam atau terang-terangan..mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. Agar Allah menyempurnakan pahalannya kepada mereka dan menambah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , Maha Mensyukuri."

Jadi begitulah sifat-sifat mereka yang berniaga dengan Allah setiap hari....dan perniagaan ini ganjarannya sangat mahal iaitu syurga!! Bagi kita inilah perkara yang perlu kita sentiasa sedari bahawa...kehidupan ini sebenarnya adalah satu perniagaan sama ada kita akan mendapat keuntungan atau kerugian ....


Jadi perancangan perniagaan, pelaksaanaannya , perlu dibuat dengan teliti supaya kita tidak rugi nanti...Kerugian di dunia boleh ditebus balik...tapi kerugian akhirat..... tiada peluang langsung!! 

Sama-samalah kita fikirkan....

Thursday, July 22, 2010

Percikan iman .....

      Seorang oceanografer Perancis bernama Jacques Yves Costeau..seorang pelaut, pengembara di alam samudera menyelami lautan dalam di serata dunia dan membuat filem dokumentari tentang hidupan laut...dan filemnya yang sungguh menakjubkan itu di tayangkan di serata dunia...bertajuk Discovery
      Suatu hari ketika beliau melakukan ekplorasi di bawah laut.....tiba-tiba ia terpandangkan kumpulan mata air tawar yang segar yang sangat sedap rasanya tidak bercampur baur dengan laut masin disekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya...sungguh takjub dia dengan penemuan ini.......................
        Penemuan ini membuatkan beliau terfikir dan tertanya-tanya dalam diri....mencari jawapan akan fenomena ganjil ini.....mungkin halusinasi saja?? Namun jawapan yang memuaskan hati nya tidak ditemui selepas sekian lama mencari...
        Akhirnya dengan izin Allah, beliau berjumpa dengan seorang professor muslim dan menceritakan fenomena ganjil yang menghantui fikirannya selama ini....
Professor itu teringat tentang ayat al Quran Surah ArRahman (9-10) yang bermaksud..
 'Dibiarkan dua lautan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak bisa tembus......"
Surah Al Furqan (53)....yang bermaksud..
" Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yang ini tawar dan yang  ini masin lagi pahit...Dia menjadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.."
   Nah..itulah jawapan yang mempersonakan Mr Costeau, mengkagumi Al-Quran yang menerangkan kejadian ini yang di lihatnya di laut dalam...tercetus dihatinya..mustahil Al-Quran ini disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ketujuh.....suatu zaman yang belum ada peralatan menyelam yang canggih!!  Al-Quran itu benar-benar satu mukjizat dari Allah Tuhan sekelian Alam!!
Kebenaran Al Quran  membuktikan kewujudan fenomena ganjil yang hanya di temui  di abad ke 20!!
      Benarlah Al-Quran ini kitab suci berisi firman Allah....cetus hati Mr Costeau.  Maka berimanlah beliau dan akhirnya memeluk agama islam....begitulah cerita percikan iman yang singgah dihati manusia yang mengkagumi alam ciptaan allah....apabila tiada ketemu jawapan....hatinya mencari-cari jawapan.....yang hanya ada dalam Al-Quran...petunjuk bagi sekelian alam...
     Sama kita renungi maksud ayat  ini...
"  Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu , dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang ragu-ragu."

 

Wednesday, July 21, 2010

Konsep kesedaran islam yang sebenar

      Praktik hidup masyarakat sekarang sedang menolak keterangan Al-Qurannul Karim.Ini bererti menolak kekuasaan , kedaulatan dan janji Allah serta menolak cara hidup yang diredai oleh Allah SWT. Ia juga menolak rahmat Allah SWT untuk di fahami disedari dan diyakini dalam kehidupan ini.. Penolakan ini berpunca dari hati yang terikat dengan dunia, terikat dengan hawa nafsu, terikat dengan kepentingan diri......
Justeru itu, penolakan jiwa terhadap kebenaran Al-Quran ini mengakibatkan kekalutan dunia yang berlaku sekarang....ia merupakan satu ancaman keras yang membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan segala tindakan kita......
     Kesan penolakan ini maka tiada umah islamiyah, tiada hukumah islamiyah, tiada daulah islamiayah yang mana berjalannya hukum Allah...
Juga tiada tarbiyah islamiyah kearah ubudiyah Allah yang sebenar, tiada akhlaq dan keperibadian islam sebenar,tiada perlembagaan dan undang-undang islam yang sebenar,tiada kekuatan dan pertahanan sebenar, dan tiada kejayaan dan keharmonian sebenar!!!
Apa yang ada ialah celupan-celupan islam yang menghiasi diri dan masyarakat yang tidak mendasari jiwa...islam dipraktikan cuma pada ketika dan suasana yang tertentu sahaja, tidak lebih dari itu. Kesyumulan islam tidak wujud dalam diri umat islam...
        Mengapakah terjadinya demikan??? Permasalahan umat islam sekarang begitu meruncing......hilang nilai dan maruah diri,silap neraca pertimbangan, rakus dan tamak dengan dunia, akhlak yang teruk,masalah sosial yang berleluasa.....apa silapnya??
       Umat islam sekarang berada dalam keadaan sakit!! Sakit akidahnya kerana ia telah dipengaruhi dan diserang oleh oleh deen atau cara hidup yang bukan islamik.. akibatnya ia menolak cara hidup islam dalam diri dan masyarakat...
       Justeru itu pelbagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku ..Islam telah kembali dagang!! Hilangnya rasa cinta pada cara hidup yang diredai Allah, hilangnya rasa keperluan pada pembentukan masyarakat islam, hilangnya rasa ukhwwah sesama islam.....yang ada hanya krisis...krisis nilai dengan ketetapan Allah SWT!!
    Jadi sudah sepatut umat islam perlu kembali pada konsep kesedaran dan kefahaman islam yang sebenarnya. Kesedaran yang betul-betul melahirkan tindakan supaya kembali kepada islam secara syumul. Bermula dengan memproses diri dengan didikan islam, membuang segala nilai-nilai yang terpahat dalam diri yang tidak islamik menyerahkan seluruh penghidupan untuk di didik dengan didikan islam...
     Bina semula kekuatan islam yang telah hilang dalam diri dan msyarakat...sehingga musuh-musuh Allah gerun dengan islam...bukan sperti sekarang...umat islam cukup lemah, berpecah belah, sehingga orang-orang kafir mengerumuni kita sebagaimana menngerumuni makanan...kita hilang daya tahan!!
       Semua ini berlaku kerana salah kita sendiri.....tidak serius dengan deen Allah ini.. jadi rahmat dan hidayah Allah tidak datang pada kita... kita melupakan Allah maka Allah melupakan kita!
Jadi perlulah kembali padaNya dengan penuh keinsafan diri,mengikat hati dan jiwa kita dengan matlamat akhirat,menggabungkan diri sesama kita dan membina semula saf-saf umat islam yang bersatu padu supaya kita sama-sama mampu melawan arus jahiliyah yang datang...tidak bersendirian...kerana ibarat kambing yang terpisah senang dibaham serigala!!

Tuesday, July 20, 2010

Kehidupan di dunia ini....

Firman Allah dalam surah Yunus Ayat 7-8 yang bermaksud....
  " Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami , mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan."   
       Dalam kehidupan ini, manusia terdiri daripada dua jenis: jenis pertama golongan kafir yang menafikan kewujudan kehidupan selepas mati di mana manusia diberi ganjaran dan hukuman. Manusia sebegini hidup mereka hanya satu matlamat sahaja.....menikmati hidup sepuas-puasnya dan mengejar segala kelazatan dunia dan segala keindahannya.....umpama mereka seperti binatang.....seperti di nyatakan dalam firman Allah surah Muhammad Ayat 12.....yang bermaksud
 "......Dan orang-orang kafir menikmati kesenangan dunia, dan mereka makan seperti haiwan makan dan kelak nerakalah tempat tinggal mereka."
 Mereka ini mengejar dunia, harta, pangkat, kemewahan, wanita.....sehingga lupa diri dan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat  mereka...alangkah singkatnya pandangan mata hati manusia jenis ini!! Dunia adalah matlamat mereka!!
        Golongan kedua pula....golongan manusia ini menerima dan percaya ada hidup selepas mati, ada balasan terhadap dosa dan pahala!!Mereka mengikut apa yang dibawa oleh Rasul Allah....Namun golongan kedua ini terbahagi kepada tiga golongan pula...
Pertama ....yang tidak berlaku adil pada diri sendiri
Kedua......yang menzalimi diri sendiri
Ketiga...yang berlumba2 dalam berbuat kebajikan...
       Golongan pertama merupakan golongan majoriti....mereka ini puas dengan kehidupan dunia, menikmatinya dan selalu menuruti hawa nafsu ....Dunia adalah tumpuan utama mereka..cinta dan kasih mereka pada dunia sangat ketara....walaupun  percaya pada kehidupan akhirat tetapi sebenarnya jiwa mereka ini terikat dengan dunia dan tidak begitu memahami apakah tujuan kehidupan ini!
        Golongn kedua pula.....merupakan golongan yang menzalimi diri sendiri....mereka mengambil dan menikmati dunia dalam batas-batas yang dibenarkan...namun mereka terleka dalam kenikmatan dunia ini...
         Tapi golongan ketigalah sepatutnya kita contohi....iaitu mereka yang bersegera berbuat kebajikan, memahami hakikat kehidupan ini sebenarnya, menjaga batas-batas yang telah ditetapkan, mengetahui mereka merupakan khalifah Allah yang di beri amanah untuk melaksanakan amanah Allah..!!
Mereka ini hanya mengambil sedikit bekalan dunia ini dalam perjalanan seterusnya menuju akhirat...
Dunia ini adalah ladang akhirat yang mana hasilnya  akan dituai kemudian....
       Rasulullah pernah bersabda....."Apa gunanya aku dengan dunia ini? Di dunia ini aku umpama musafir lalu yang berehat sebentar di bawah naungan pepohon dan kemudian akan meneruskan perjalananku...."
      Al-Hassan berkata " Betapa manis dan indahnya dunia ini bagi seorang mukmin, dia menggunakan bahagiannya di dunia untuk tujuan syurga dan akhiratnya;dan betapa celakanya hidup di dunia ini bagi seorang kafir dan munafiq...mereka bazirkan dunia mereka untuk dapat balasan api neraka!!
       Rasulullah bersabda lagi.." Sesiapa yang cinta dengan kehidupan dunia ini akan membahayakan kehidupan akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai kehidupan akhiratnya akan membahayakan kehidupan dunia nya....dan kamu sepatutnya menyukai apa yang kekal selamanya dari apa yang akan binasa dan fana..!!
       Awn ibn Abdullah berkata " Kehidupan dunia dan akhirat ini terletak  antara pertimbangan dalam hati umpamanya berada di atas satu neraca. Jika salah satu timbangan berat, maka yang satu lagi akan menjadi ringan dna tidak penting.
      Ibn Masud berkata " Setiap orang dari kita di dunia ini umpama tetamu dan hartanya adalah satu pinjaman. Bila tetamu telah pergi, pinjaman tersebut perlulah dibayar."

 Jadi marilah sama-sama kita renungi....golongan manakah kita ini....kita diberi akal untuk memilih dan ikhtiar untuk melaksanakan...jadi halatuju hidup kita perlulah diperbetulkan supaya kita tidak menjadikan dunia matlamat kita...jadilah kita manusia yang paling bijak iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa mengingatkan diri kita dengan matlamat akhir kehidupan kita iaitu akhirat!

Monday, July 19, 2010

Live in reality..............

Yesterday is history.....
Tommorow is uncertainty...
But today is reality......!!
Why fret for something that has gone...
Why eat your heart away
for things that cannot be undone??
Live in reality.....!!
Don't waste the minutes and seconds away...
Thinking on things.....
that cannot increase your iman and taqwa...???
Live in reality.......!!!  
As time is ticking away....
Your time will come.....
   To meet your Lord The Most High....
So...live in reality...
This world is not forever.....
The miseries you suffer.....
The unhappiness you tolerate...
Is just a test from your Lord....
To purify your  heart......!!!
by seeking His forgiveness....
and His blessing......
Life is nothing other than a road...
that leads to the Garden..
or to the Fire...
Its night are a man's workshop,
and its day are his market place..!!
Your wealth and your family..
are only with you on trust,
And whatever is held on trust
must inevitably be returned!!

by
RAW









Friday, July 16, 2010

Hadapilah hidup ini seadanya......

Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan warna......
Semua itu bercampur baur degan kecemasan dan kesulitan hidup......dan kita adalah sebahagian dari dunia yang sedang berada dalam kesukaran........!!!
   Sebagai manusia, kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, suami, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan.  Lebih daripada itu, adakalanya sebaliknya pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang mungkin buruk atau tidak kita sukai....
Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau kita mahu selamat dengan adil dan bijaksana, kerana betapapun setiap luka ada harganya.
     Allah menghendaki dunia ini sebagai satu tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertentangan, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dan kesedihan.
Dan selepas itu, Allah akan kumpulkan semua kebaikan, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.
     Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada. Jangan larut dalam khayalan dan jangan sesekali menerawang ke alam imaginasi. Hadapi hidup ini dengan apa adanya.  Kendalikan jiwa kita untuk dapat menerima dan menikmatinya!!!
     Bagaimanapun tidak semua kawan ikhlas pada kita dan semua perkara sempurna di mata kita! Kerana keikhlasan dan kesempurnaan itu adalah ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan seorang isteri pun tidak pernah akan sempurna di mata seorang suami..
     Maka kata hadis ' Jangan seorang mukmin mencela seorang mukminah (yang menjadi isterinya)
kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia menyukai perangainya yang lain.
   Adalah sepatutnya  kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai semula, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyukarkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk masa-masa tertentu, memperbetulkan langkah dan mengesampingkan berbagai-bagai hal yang mengganggu. 

 (di petik dari La Tahzan)

Sebab-sebab yang melapangkan dada.....

Seminggu ini berlalu dengan amat perlahan sekali.......
Ku laluinya dengan penuh kesabaran dan tabah hati dan sentiasa memohon pertolongan Allah supaya aku dapat kembali bersemangat seperti dahulu...
Ingin ku kongsikan sedikit bahan tarbiah diri...............

  Ibnul Qaiyim menyebut beberapa perkara yang membuat dada jadi lapang dan damai....
Diantara semua perkara.....yang terpenting adalah tauhid...
Dengan kebersihan dan kesucian tauhid..ia boleh membuatkan hati jadi lapang , jauh lebih lapang dari dunia dan isinya...
Firman Allah dalam Surah Taha:124
  Sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Firman Allah lagi  dalam Surah Al-An'am :125
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya ) untuk menerima Islam.
       Tauhid adalah ilmu yang mendatangkan manfaat..... dan .para ulama adalah orang yang paling lapang dadanya, paling bahagia dan paling senang jiwa  mereka. Mereka merupakan ulama pewaris Nabi yang mendokong risalah Rasulullah dalam kehidupan mereka.. Seluruh kehidupan mereka ini diwakafkan di atas jalan Allah dan sanggup berjuang berjihad dengan apa jua yang ada hatta nyawa sekali pun untuk kepentingan dan kedaulatan islam!!  
       Amal soleh juga boleh membuat dada jadi lapang. Ia merupakan cahaya di dalam hati, sinar di wajah, kelapangan dalam rezeki dan pernyataan cinta dan kasih di hati orang-orang disekelilingnya.
Sesuatu amalan akan menjadi amal soleh bila niatnya betul kerana Allah dan dilaksanakan mengikut syariat Allah... tiada unsur-unsur riak, menunjuk-nunjuk dalam amalan...amalan itu lahir dari hati yang bersih ubudiah pada Allah.!! 
      Selain itu sifat pemberani yang ada dalam diri menyebabkan ia kaya hati, teguh pendirian dan kuat tubuhnya kerana ia hanya berharap pad Allah yang Maha Mengasihani. Dia tidak terusik dengan pelbagai peristiwa-peristiwa tidak goyah oleh desas-desus dan tidak goncang oleh suara-suara yang mencemaskan....Hatinya sentiasa lapang dan tenang kerana jiwanya yang sentiasa berhubung dengan Allah.
  Menjauhi maksiat itu juga punca hati jadi lapang.....kerana...
  Maksiat itu adalah kesuraman, keliaran dalam kegelapan.Ku lihat dosa-dosa mematikan hati dan mewariskan kehinaan jika dilakukan terus menerus........
Bila hati sudah mati...ia umpama bangkai bernyawa....tidak berguna pada diri sendiri dan orang lain....maka jatuhlah kelembah kehinaan...Nauzubillah!!!
  Selain itu kelapangan jiwa  juga diperolehi dengan menjauhi tindakan berlebihan dalam hal-hal yang mubah atau diharuskan sama ada dalam makan minum, pergaulan,percakapan, urusan rumahtangga.......kerana berlebih-lebihan tidak digalakkan....ia boleh menyebabkan manusia lupa diri
dan lantas terjebak dalam dosa akhirnya.... 
Islam menyuruh kita bersederhana dalam semua aspek....tidak meringankan atau memberatkan...
ambil yang pertengahan.....
Surah Al-A'raf : 31.....yang bermaksud..
    Makan serta minumlah dan janganlah pula kamu melampau.....

Dan marilah sama-sama kita renungkan firman Allah yang bermaksud.....
   'Hai orang-orang yang beriman! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Allah diwaktu pagi dan petang.Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohon ampunan untuk mu) supaya mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada chaya yang terang. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang beriman.'   

Kepada Allah jua dihadapkan seluruh kehidupan ini...sentiasa istiqamah di atas jalanNya yang lurus..
kepadaNya kita panjatkan doa supaya di permudahkan segala urusan!!! Amin.
 



 
 

Thursday, July 15, 2010

Wahai hati...dengarlah


Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah,lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya................

Hatinya berbisik lagi……’Ya Allah, banyaknya nikmatMu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya doaku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara.................

Tuesday, July 13, 2010

Hakikat hubungan hati dengan Allah...

     Perkara asas dan penting dalam pembentukan diri sebagai individu muslim adalah permasalahan hubungan hati dengan Allah. Ia sebenarnya merupakan permasalahan pada setiap masa, setiap tahap, setiap keadaan dan setiap peristiwa yang berlaku......
    Hubungan hati dengan Allah merupakan hubungan utama dan dasar pada bila-bila masa dan keadaan.! 
     Hubungan ini perlu dijaga, dikawal di perkuatkan dari masa kesemasa..... kerana  ujian Allah SWT semakin besar dari masa ke semasa...mengikut sekuat mana hubungan hati kita dengan Allah SWT.
Masalah hubungan inilah yang menentukan sejauh mana kecintaan dan ketakutan kita pada Allah SWT. Semakin kuat hubungan hati kita pada Allah, semakin kuatlah pula cinta kita padaNya....
Ini adalah kerana hatilah merasai kehebatan hubungan ini....yang dapat membuahkan ketaatan padaNya!!!
       Tapi sebelum kita dapat membuat hubungan hati dengan Allah, kita perlu serahkan hati kita padaNya. Penyerahan hati yang bermaksud kita serahkan hati untuk dididik dengan didikan Allah, serahkan hati untuk mengambil nilai-nilai Allah dalam kehidupan, serahkan hati untuk di proses dengan proses tarbiah islam yang syumul....
sehingga tiada suatu apapun yang tinggal atau kita reserve.....semua sekali kita serah jiwa kita!  Penyerahan hati yang total pada Allah.!
    Tanpa hubungan hati yang betul, hilanglah kenikmatan ubudiah kita pada Allah.....kita lakukan solat hanya sebagai rutin harian biasa...tidak rasa nikmat solat sebagaimana yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabat terdahulu...
    Tanpa hubungan hati yang betul....kita sebenarnya tidak ada kekuatan jiwa yang mampu untuk bertahan dan tertingkat  iman selepas sesuatu ujian Allah!! Kita umpama buih- buih kosong yang dibawa arus tiada  hala tujuan..............!!!
     Inilah permasalahan besar yang dihadapi oleh manusia hari ini.....hilangnya hubungan hati dengan Allah.....jadi berhubunglah hati itu dengan hawa nafsu, dunia, pangkat....sehingga ia jadi matlamat utama dalam hidup. Kehilangan hubungan ini sangat ketara pada hari ini sehingga manusia masing-masing tenggelam dalam permaslahan diri sendiri...tidak mengetahui puncanya dan hilang pedoman hidup.
     Jadi kita perlu bina hubungan kita dengan Allah, mengenaliNya sehingga timbul kecintaan kita padaNya, merasai hakikat kebesaranNya dalam diri dan alam ini, melaksanakan hakikat ubudiah kita padaNya, mensyukuri segala nikmat yang diberikanNya kepada kita......sebelum kita bina hubungan kita sesama manusia.... Asas hubungan sesama manusia adalah hubungan dengan Allah....!!
Bila bagus hubungan kita dengan Allah , maka baguslah pula hubungan kita dengan manusia....
Kasih sayang kita sesama manusia berlandaskan mahabbatullah....kasih sayang Allah..
Mengasihi, mencintai, membenci semuanya atas dasar kerana Allah..
     Apabila Allah dan Rasul lebih dicintai dari segalanya...maka kita akan merasai kenikmatan iman...
nikmat berhubung dengan Allah!!! 

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.......

Ke manakah harus ku hadapkan hatiku ini...
Kalau bukan kepadaMU, ya Allah...
Disaat aku kesedihan.....merintih kesaorangan
Perlukan bimbingan dan petunjuk !!!

Kemanakah harus ku serahkan hati ini...
Kalau bukan kepadaMu, ya Allah...
Kerana Engkau yang menciptakan ku...
Aku adalah hambaMu!!

Kemanakah harus ku harungi kehidupan ini...
Melainkan mengikut keredaanMu...
Meniti liku-liku dan onak berduri...
Disepanjang perjalanan singkat...
hari demi hari menuju padaMu!!

  Seketika aku terbabas.....
Tersilap langkah dalam perjalanan hidup ...
Mohon keampunanMu jua...
Manusia mana yang tidak berbuat silap...
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan!!
Apakan daya ujian datang melanda..
Bagai ribut taufan yang menyesakkan jiwa
Merongkai hati dan fikiran
Lemah longlai seluruh anggota
Menghilangkan seketika pertimbangan yang waras ..
Bila jiwa lemah, iman teruji!!

Namun rahmat dan kasih sayangMu sungguh luas..
Bila kuhadapkan hati ini dengan penuh keinsafan diri...
Dunia yang sempit menjadi luas kembali...
Aku sujud padaMu...
Memohon keampunan dan rahmatMU!!

Benarlah firmanMU....
'Ingatlah pada Allah, 
sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah
jiwa akan jadi tenang.'


Nukilan rasahati
RAW





Wednesday, July 07, 2010

Manfaatkan waktu lapang dan sihat untuk taat pada Allah..

Sebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada amalan-amalan yang lepas.....
Di waktu sihat dan lapanglah kita berusaha keras untuk memanfaatkan masa-masa ini....
kerana...
tidak setiap waktu dapat kita berikan yang terbaik dan tidak setiap yang luput dapat kita peroleh kembali...

Sebenarnya dalam waktu lapang itu ada penyimpangan atau penyesalan....
dan dalam kesendirian itu ada kecenderungan dan keresahan.....

Saidina Umar Al-Khattab ra.pernah berkata:
"Bagi kaum lelaki diam itu adalah kelalaian sedangkan bagi kaum wanita diam itu adalah nafsu yang membara."

Ini adalah kerana bagi kaum lelaki terlalu banyak tanggungjawab deennya untuk ia hanya berdiam diri dan bagi kaum wanita pula diamnya yang tiada hubungan dengan Allah akan diisi dengan perkara-perkara yang sia-sia dan hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu!!

Seorang bijak pandai mengatakan: "Hindarilah oleh mu bersendirian kerana ia sesungguhnya dapat mengeruhkan pemikiran dan mencelarukan persoalan yang hendak diselesaikan."

Hari-hari yang berlalu perlu diisikan dengan sesuatu yang bermanfaat dan harta yang ada perlu dimanfaatkan agar ia produktif di atas jalan Allah. Ini adalah kerana umur kita terlalu pendek untuk untuk disia-siakan, dan harta-harta kita itu adalah terlalu sedikit untuk disimpan pada perkara-perkara yang tidak produktif dan bukan di belanjakan di atas jalan Allah.

Dari pernyataan Nabi Isa 'Alaihissalam...
Kebaikan itu ada tiga : Ucapan, penglihatan dan diam....
Barangsiapa yang ucapannya selain zikir....maka ia melakukan yang sia- sia.....
Barangsiapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pelajaran..
maka sesungguhnya ia telah lupa.
Barangsiapa yang diamnya tidak berfikir tentang kebenaran ....
maka dia telah tenggelam dalam ketidakseriusan....!!!

Selagi jantung masih berdegup..
Selagi itulah kehidupan perlu diteruskan....
Mengikut telunjuk illahi......
Selagi akal masih boleh berfikir...
Selagi itulah perlu ada pertimbangan yang waras
Bagaimana mengemudi lautan kehidupan penuh ujian ! 
Selagi lidah boleh berbicara...
Selagi itulah bicara bukan mengikut kehendak hati..
Selagi hati boleh merasai...
Selagi itulah  perlu merasai hakikat kewujudan ini.......
Merasai hakikat kebesaran illahi dalam setiap maujud...
Merasai hakikat kesyukuran dalam diri...
Merasai nikmat apa yang diberiNya.....
Tanpa persoalaan yang menghantui!
Redha dan pasrah......
Meniti perjalanan kehidupan ini!

Tuesday, July 06, 2010

Janganlah bersedih....wahai insan!!

Firman Allah swt yang bermaksud  (Surah Ar-Rum :6)
" Sebagai janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjiNya ......"
Dalam kesempitan hidup yang kita lalui....samada kesempitan hati, bosan dan tidak bersemangat dengan kehidupan, di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang mendekat, jalan keluar dari kesempitan dan ada kemudahan sesudah kesulitan.........itulah janji Allah......
FirmanNya dalam surah Al-Insyirah (Ayat 5  dan 6) yang bermaksud...
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan......"
  Sesungguhnya segala kesempitan dan kesengsaraan yang dirasakan, musibah yang melanda, akan ada jalan keluarnya.....
Sesungguhnya dalam hal-hal yang tidak kita sukai itu ada kenikmatan dan kebaikannya.......
  Firman Allah lagi dalam Surah Fathir :34 yang bermaksud
" ....Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita bagi kami........"
Sebenarnya dalam menghadapi hidup ini, kita perlulah gantikan segala keraguan kita pada Allah dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk......walaupun kebenaran tu pahit, ketidaklurusan fikiran dan jalan itu menyeronokkan nafsu......tapi sebenarnya sengsara jiwa kita  kerana tidak menuruti fitrah yang Allah telah tetapkan!!
   Hentikanlah airmata kesedihanmu bukan kerana Allah....kerana mata yang menangis kerana takutkan Allah sahaja yang layak mendapatkan perlindunganNya dari api neraka
 pemeliharaan Allah sentiasa dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti....
 Tenanglah hatimu apabila berurusan degan Dzat Yang Berkuasa atas urusanNya, Yang Maha Bijaksana atas hambaNya, Yang Maha Pengasih pada makhlukNya dan Yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya..................kerana ... 
 Setelah kefakiran itu ada kekayaan , setelah kehausan ada kesegaran, setelah perpisahan ada pertemuan, setelah kesedihan ada kegembiraan............
  Tenanglah hati....kerana di akhir perjalanan ini adalah kebaikan, hasilnya kesenangan dan penutupnya kemuliaan..... !!
Sama-samalah kita renungkan....
Apabila kita mencintai Allah, bermakrifat padaNya, selalu berzikir padaNya, mencari ketenanganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, harap dan tawakkal hanya padaNya, dengan keyakinan bahawa Allah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hambanya, itu adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain.....dan itulah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah......
(petikan dari buku La tahzan, jangan bersedih)...

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...