Tuesday, July 27, 2010

Bersolatlah......jika inginkan kejayaan!

Perihal solat banyak firman Allah menyentuh tentang solat.....
Surah Al-Ankabut(45) yang bermaksud..
"Dirikan solat dengan tekun. Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar...Mengingati Allah adalah lebih besar faedah dan kesannya.."
         Solat merupakan perintah Allah kepada kita orang islam untuk menunaikannya...yang merupakan kemuncak hubungan kita padaNYa. Setiap hari kita bersolat.....tapi pernahke kita berfikir sejauh mana solat itu benar2 dapat mendidik jiwa kita, benar2 dapat mecegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar.....?Saban hari kita solat....tapi adakah solat ini dapat meningkatkan iman dan ketakwaan kita? Kadang-kadang kita solat hanya setakat nak penuhi rutin harian kita ...mesti solat sekurang-kurangnya 5 waktu sehari semalam...tapi bagaimana kualiti solat kita?
         Inilah yang perlu bermain-main di fikiran kita, kita sentiasa cakap pasal Hari Kualiti, Hari Kecemerlangan dalam organisasi yang kita ceburi...kualiti kerja itu dan ini.....semua menjurus untuk memperelokkan dunia kita....tapi urusan akhirat kita....solat kita pada ALLAH berkualitikah?
      Dari Thabrani, satu hadis Rasulullah saw tentang solat yang berbunyi....
" Perkara pertama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adalah perhatiannya kepada solat..Apabila solatnya baik, dia beruntung, Tapi apabila solatnya rosak , dia gagal dan rugi.."
      Sabda Rasulullah saw lagi.." Saat manusia mengerjakan solat, dosa-dosanya jatuh berguguran laksana daun berguguran dari pohon. Solat itu adalah cahaya mataku. Bagiku solat laksana makanan bagi orang yang lapar dan air bagi orang dahaga. Sekalipun orang yang lapar dan haus itu akan merasa kenyang, tetapi aku tidak pernah mersa kenyang dengan solat."
Jadi perhatian Rasulullah dan para sahabat pada solat sangat tinggi....mereka menjaga solat dan mewariskannya! Kehidupan mereka bersama solat dan mereka meraih kejayaan dan kemuliaan diri dari nya!
       Tapi mengapa realiti kita umat islam sekarang...ramai yang bersolat tapi hakikat solat tidak diterjemahkan dalam hidup....lantas lihatlah apa yang berlaku pada kita sekarang? Sebak dada dan terkedu kita dengan keadaan masyarakat sekarang....kes jenayah, buang bayi, berleluasa.... mengucap panjang kita? Apa yang sudah terjadi? Apakah yang telah kita buat untuk mengurangkan kepanasan yang membakar bumi ALLAH ini?
    Mestilah ada silap di mana-mana...keadaan ini terus menjadi-jadi saban hari!
Sama-sama kita renungi Hadis Rasulullah saw " Sesiapa yang tidak terhindar dari perbuatan keji dan mungkarnya dari solatnya, maka dia tidak bertambah dekat dengan ALLah tapi sebenarnya bertambah jauh,Betapa ramai orang yang berdiri untuk solat tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat."
    Dari Hadis Qudsi yang berbunyi "Allah berfirman, Aku hanya menerima solat daripada orang yang merendahkan dirinya kerana kebesaranKu, menahan diri daripada hawa nafsu kerana aku, memanfaatkan sebahagian dari waktu siangnya untuk berzikir kepadaKu, tidak sombong kepada makhlukKu, memberi makanan kepada orang yang lapar, memberikan pakaian pada orang yang tidak ada pakaian, menyayangi orang yang ditimpa musibah dan memberikan perlindungan kepada orang yang terasing."
     Hakikatnya, solat tidak boleh terpisah dari kehidupan kita seharian!Kehidupan kita ini dari awal kita bangun bagi sehinggalah kita tidur semula nanti dimalam hari...semestinya lah mengikut sibghah (celupan ) ALLah. Pembentukan peribadi diri Muslim diusahakan setiap masa melalui tarbiyah islam. Tarbiyah atau pendidikan islam yang mesti berjalan setiap masa, membentuk hati dan jiwa kita, tindakan dan amal kita supaya selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Jika kita abaikan tarbiyah islam dalam kehidupan kita..kita sebenarnya tidak mengikut jalan yang di ajar oleh Rasulullah untuk mempraktiKkan islam secara syumul dalam hidup ini..Keperibadian islam bukan menjelma secara tiba-tiba....tapi ia melalui proses tarbiyah yang panjang yang mana ia bertitik tolakkan iman sebagai masdar (penggerak)...
        Jadi kita perlulah kembali kepada didikan Rasulullah saw ini...untuk kita dapat merealisaikan hakikat ubudiah kita yang sebenarnya kepada Allah, setiap masa dalam kehidupan kita , kemuncaknya solat kita......sehingga kita dipanggil pulang oleh Allah...dalam keadaan kita redo pada Allah dan Allah redo kepada kita....Alangkah bahagianya saat itu!! Ameen.

1 comment:

  1. Saudara pembaca
    Sembahyang adalah zikir, Allah berfirman ” Dan dirikan lah sembahyang bagi mengingati Ku” Taha :14

    Firman Allah lagi dalam surah Al Jumaah:9-Apabila kamu diseru kepada menunaikan sembahyang pada hari jumaat maka hendaklah kamu bersegera kepada mengingati Allah dan tinggallah ber jual beli”

    Apabila dilaksanakan pada tahap tersebut, jadilah orang itu mengingat akan Allah dan apabila ia tak melaksanakan termasuklah dia dari golongan orang ghafil (lalai/lupa)

    Sesiapa yang megamati sembahyang, ia akan bertemu dengan padanya saperti doa iftitah dimana di dalmnya terdapat zikir, diwaktu berdiri adalah zikir, bacaan quran adalah zikir, di waktu ruku’ adalah zikir, daalm sujud ada zikir dan begitulah mengiringi selepasnya adalah berzikir. Semuanya penuh dengan mengingati Allah. Jadi kalau hati kita sentiasa mengingati Allah, maka terhindarlah dari kita melakukan perkara maksiat kepada Allah. Walaubagaimana pun hati kita perlu lah di peroses dan bukan mudah sabagaimana yang kita cakapkan.

    Dengan melaksanakan sembahyang InsyAllah akan tergolong di dalam golongan yang Allah sebut di dalam surat Al Ahzab:35

    ”Orang-orang yang mengingati Allah (terdiri dari lelaki dan perempuan) dengan sebanyak-banyaknya”.


    Prihatin

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...