Wednesday, July 07, 2010

Manfaatkan waktu lapang dan sihat untuk taat pada Allah..

Sebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada amalan-amalan yang lepas.....
Di waktu sihat dan lapanglah kita berusaha keras untuk memanfaatkan masa-masa ini....
kerana...
tidak setiap waktu dapat kita berikan yang terbaik dan tidak setiap yang luput dapat kita peroleh kembali...

Sebenarnya dalam waktu lapang itu ada penyimpangan atau penyesalan....
dan dalam kesendirian itu ada kecenderungan dan keresahan.....

Saidina Umar Al-Khattab ra.pernah berkata:
"Bagi kaum lelaki diam itu adalah kelalaian sedangkan bagi kaum wanita diam itu adalah nafsu yang membara."

Ini adalah kerana bagi kaum lelaki terlalu banyak tanggungjawab deennya untuk ia hanya berdiam diri dan bagi kaum wanita pula diamnya yang tiada hubungan dengan Allah akan diisi dengan perkara-perkara yang sia-sia dan hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu!!

Seorang bijak pandai mengatakan: "Hindarilah oleh mu bersendirian kerana ia sesungguhnya dapat mengeruhkan pemikiran dan mencelarukan persoalan yang hendak diselesaikan."

Hari-hari yang berlalu perlu diisikan dengan sesuatu yang bermanfaat dan harta yang ada perlu dimanfaatkan agar ia produktif di atas jalan Allah. Ini adalah kerana umur kita terlalu pendek untuk untuk disia-siakan, dan harta-harta kita itu adalah terlalu sedikit untuk disimpan pada perkara-perkara yang tidak produktif dan bukan di belanjakan di atas jalan Allah.

Dari pernyataan Nabi Isa 'Alaihissalam...
Kebaikan itu ada tiga : Ucapan, penglihatan dan diam....
Barangsiapa yang ucapannya selain zikir....maka ia melakukan yang sia- sia.....
Barangsiapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pelajaran..
maka sesungguhnya ia telah lupa.
Barangsiapa yang diamnya tidak berfikir tentang kebenaran ....
maka dia telah tenggelam dalam ketidakseriusan....!!!

Selagi jantung masih berdegup..
Selagi itulah kehidupan perlu diteruskan....
Mengikut telunjuk illahi......
Selagi akal masih boleh berfikir...
Selagi itulah perlu ada pertimbangan yang waras
Bagaimana mengemudi lautan kehidupan penuh ujian ! 
Selagi lidah boleh berbicara...
Selagi itulah bicara bukan mengikut kehendak hati..
Selagi hati boleh merasai...
Selagi itulah  perlu merasai hakikat kewujudan ini.......
Merasai hakikat kebesaran illahi dalam setiap maujud...
Merasai hakikat kesyukuran dalam diri...
Merasai nikmat apa yang diberiNya.....
Tanpa persoalaan yang menghantui!
Redha dan pasrah......
Meniti perjalanan kehidupan ini!

2 comments:

  1. Assalam mualaikum wbh .....

    Terima kasih Cikgu ...
    Topik yang menarik ...

    Ana setuju beno dengan ape yang cikgu tulis nie ..

    Ye, Ana pun teringat tentang Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara & ingin berkongsi dengan pembaca sekelian ...

    Tentunya kita semua sudah tahu perkara tersebut.
    1. Sihat sebelum sakit
    2. Muda sebelum tua
    3. Kaya sebelum miskin
    4. Lapang sebelum sempit
    5. Hidup sebelum mati.

    Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
    1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri kita dan orang2 kesayangan kita semasa kita masih sihat.
    2. Muda sebelum tua – waktu kita muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kita kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua kita tidak lagi memikirkan hal duniawi.
    3. Kaya sebelum miskin – Waktu kita kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah drp kita kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan kita menghadapNYA.
    4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman kita.
    5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh kita lakukan..bila kita telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.

    Sebagai Khalifah di bumi Allah ini kita sekadar mengingati antara satu sama lain ...

    Ini hanya pendapat Ana sahaja ...

    Wallah hu alam ...

    Pak Janggut Ustaz Tua

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wm

    Isteri tersayang

    Jzkllh kerana masih ada kesempatan untuk menulis dan berkongsi di alam siber yang tiada sempadan, dari USA ke Australia, ke Berunai, pahang dan diseluruh Malaysia. Seronok juga membaca komen pembaca yang menghangatkan lagi suasana ingat memperingati. Tajuk Manafaat waktu lapang dan sihat untuk taat perintah Allah merupakan ingatan bahawa ujian sihat dan lapang nilah yang amat sukar manusia kawal di dalam penyerahan total pada Allah. Kita merasa terlalu selesa dan tak rasa perlu pada Allah di dalam menjalani kehidupan ini. Dosa pahala selalu di pandang ringan dan tak masuk di dalam perancangan dan perlakuan. Tidak perlu risau kerana aku free atau masih sihat, mati tak mungkin terjadi pada ku, sekurang-kurang aku mahu bergembira dan mengingin kan masa depan yang lebih indah dan bahagia, dan tak perlu sahabat-sahabat yangt soleh. Tetapi bila Allah tarik balik masa dan kesihatan, tak dapat buat ini dan itu barulah tercari solution Allah di dalam kehidupan, barulah ingin mencari sahabat-sahabat dan saudara untuk memohon bantuan. Jadi, semoga tulisan di atas menjadi panduan pada kita di dalam mengharungi kehidupan ini.

    Suami mu

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...