Friday, July 16, 2010

Sebab-sebab yang melapangkan dada.....

Seminggu ini berlalu dengan amat perlahan sekali.......
Ku laluinya dengan penuh kesabaran dan tabah hati dan sentiasa memohon pertolongan Allah supaya aku dapat kembali bersemangat seperti dahulu...
Ingin ku kongsikan sedikit bahan tarbiah diri...............

  Ibnul Qaiyim menyebut beberapa perkara yang membuat dada jadi lapang dan damai....
Diantara semua perkara.....yang terpenting adalah tauhid...
Dengan kebersihan dan kesucian tauhid..ia boleh membuatkan hati jadi lapang , jauh lebih lapang dari dunia dan isinya...
Firman Allah dalam Surah Taha:124
  Sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Firman Allah lagi  dalam Surah Al-An'am :125
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya ) untuk menerima Islam.
       Tauhid adalah ilmu yang mendatangkan manfaat..... dan .para ulama adalah orang yang paling lapang dadanya, paling bahagia dan paling senang jiwa  mereka. Mereka merupakan ulama pewaris Nabi yang mendokong risalah Rasulullah dalam kehidupan mereka.. Seluruh kehidupan mereka ini diwakafkan di atas jalan Allah dan sanggup berjuang berjihad dengan apa jua yang ada hatta nyawa sekali pun untuk kepentingan dan kedaulatan islam!!  
       Amal soleh juga boleh membuat dada jadi lapang. Ia merupakan cahaya di dalam hati, sinar di wajah, kelapangan dalam rezeki dan pernyataan cinta dan kasih di hati orang-orang disekelilingnya.
Sesuatu amalan akan menjadi amal soleh bila niatnya betul kerana Allah dan dilaksanakan mengikut syariat Allah... tiada unsur-unsur riak, menunjuk-nunjuk dalam amalan...amalan itu lahir dari hati yang bersih ubudiah pada Allah.!! 
      Selain itu sifat pemberani yang ada dalam diri menyebabkan ia kaya hati, teguh pendirian dan kuat tubuhnya kerana ia hanya berharap pad Allah yang Maha Mengasihani. Dia tidak terusik dengan pelbagai peristiwa-peristiwa tidak goyah oleh desas-desus dan tidak goncang oleh suara-suara yang mencemaskan....Hatinya sentiasa lapang dan tenang kerana jiwanya yang sentiasa berhubung dengan Allah.
  Menjauhi maksiat itu juga punca hati jadi lapang.....kerana...
  Maksiat itu adalah kesuraman, keliaran dalam kegelapan.Ku lihat dosa-dosa mematikan hati dan mewariskan kehinaan jika dilakukan terus menerus........
Bila hati sudah mati...ia umpama bangkai bernyawa....tidak berguna pada diri sendiri dan orang lain....maka jatuhlah kelembah kehinaan...Nauzubillah!!!
  Selain itu kelapangan jiwa  juga diperolehi dengan menjauhi tindakan berlebihan dalam hal-hal yang mubah atau diharuskan sama ada dalam makan minum, pergaulan,percakapan, urusan rumahtangga.......kerana berlebih-lebihan tidak digalakkan....ia boleh menyebabkan manusia lupa diri
dan lantas terjebak dalam dosa akhirnya.... 
Islam menyuruh kita bersederhana dalam semua aspek....tidak meringankan atau memberatkan...
ambil yang pertengahan.....
Surah Al-A'raf : 31.....yang bermaksud..
    Makan serta minumlah dan janganlah pula kamu melampau.....

Dan marilah sama-sama kita renungkan firman Allah yang bermaksud.....
   'Hai orang-orang yang beriman! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Allah diwaktu pagi dan petang.Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohon ampunan untuk mu) supaya mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada chaya yang terang. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang beriman.'   

Kepada Allah jua dihadapkan seluruh kehidupan ini...sentiasa istiqamah di atas jalanNya yang lurus..
kepadaNya kita panjatkan doa supaya di permudahkan segala urusan!!! Amin.
 



 
 

1 comment:

  1. asm

    Kelapangan dada adalah milik Allah jua. Pohon lah bersunggoh sungguh semoga Allah melimpahkan rahmat ini kepada kita. Dalam banyak hal manusia sentiasa gelabah dan sesak nafas tentang apa yang berlaku ke atas kehidupan ini. Mereka terlalu gembira dan terlalu bersedih tentang apa yang berlaku. tetapi peringatan Allah yang mampu mentarbiah diri jelas di dalam surah Al Hadid: 21-22 Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa diri mu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh)sebelum kami mengwujudkannya. Sungguh yang dimikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepada kamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri.

    Renungkanlah dalam-dalam wahai hati tentang ingatan Allah ini supaya kita berlapang dada tentang kehidupan ini , Allah sebut Jangan bersedih hati seolah2 Allah dah program kan kehidupan kita, apa yang Allah nak bagi dan apa yang Allah nak ambil, tapi tarikh dan masanya Allah saja yang tahu. Ingatkan hati supaya bersangka baik dengan Allah dan Allah tidak membuat sesuatu untuk merosakkan hambaNya tetapi semuanya penuh dengan hikmah. maka
    Berlapang dada lah kita

    Ya Allah lapangkan dada kami dalam mengharungi kehidupan ini

    Ameen

    ATH

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...