Pengakuan diri kita sebagai seorang Muslim tidak cukup hanya setakat kata-kata dan keyakinan yang tipis......tapi perlulah kita menjadi Muslim secara sedar.......sedar sebenarnya akan tuntutan pengakuan tersebut keatas diri kita. Kita perlu faham dan sedar apakah yang dikehendaki oleh Allah dan Islam...dan lantas kita berusaha mengikuti segala tuntutanNya. Bukannya hanya setakat mengambil Islam sesuai dengan kehendak kita......!
Adalah menjadi arahan Allah SWT kepada seluruh Muslimin untuk mengikuti syarak dalam apa juga suasana dan ketika. Nak buat sesuatu walaupun kecil....nilai syarak perlu ditentukan dulu. Hanya dengan mematuhi syarak akan beroleh keberuntungan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Tapi untuk mengikuti syarak perlu kepada matlamat yang jelas dan terang........ matlamat yang berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT. Dengan cara ini sahaja lah yang akan membawa kita kepada kebahagiaan yang sejati. Seluruh tenaga, masa, fikiran dan wang ringgit, bahkan seluruh kehidupan kita akan jadi jadi sia-sia sekiranya tidak ada matlamat hidup yang jelas dalam diri kita. Hakikat tidak jelasnya matlamat hidup inilah yang berlaku secara berleluasa dalam realiti masyarakat pada hari ini. Membiar dan merelakan hal ini berterusan bererti masyarakat akan terdedah kepada kerosakan demi kerosakan......yang akhirnya sukar dibendung....melainkan kembali semula kepada matlamat hidup yang jelas seperti yang diterangkan oleh Allah dalam surah Az-Zariat: 56 yang bermaksud.......
" Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah pada Ku."
Berhubung dengan ayat di atas Sayyid Qutb menjelaskan dalam kitab Fi Dzilalil Quran....
'Di sana ada matlamat tertentu tentang penciptaan jin dan manusia. Ini jelas dapat dilihat melalui tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap jin dan manusia..Sebenarnya jin dan manusia diciptakan SEMATA-MATA untuk berubudiyyah pada Allah SWT. Sesiapa yang cuai, ia sendiri memesongkan hakikat sebenar ia dijadikan. Kalau tidak bermatlamatkan ubudiyyah, tidak berfungsilah jin dan manusia itu. Tanpa matlamat ini, hidup akan kosong, walaupun seluruh tenaga, masa, wang ringgit dan fikiran dicurahkan.'
Ini diterangkan juga dalam surah Al-Asr yang bermaksud....
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran."
Segala aktiviti manusia yang tidak dikaitkan dengan iman dan amal soleh adalah rugi dan tidak bermakna di sisi Allah SWT. Inilah nilaian Allah yang perlu kita ambil yang mana kita sering terlupa nak lakukan! Seringkali kita buat kerja kita kerana dah memang tanggungjawab kita atau rutin harian kerja kita, atau kita buat sesuatu kerana arahan dan terpaksa! Tapi sepatutnya kaitkan lah setiap amalan kita kerana Allah dan dalam rangka nak mencari keredaan Allah. Jadi betulkanlah niat kita selalu!Ubudiyyah yang dikehendaki adalah ubudiyyah yang berterusan....berlaku di mana sahaja dan dalam apa ketika dan suasana sekali pun....bumi Allah ini menjadi mihrab untuk kita menghadapkan
seluruh jiwa kita padaNya. Inilah yang Allah kehendaki....tapi majoriti masyarakat masih tidak mengetahui dan tidak merealisasikan kehendak Allah ini dalam kehidupan! Mungkin kerana kejahilan diri atau kerana sikap tidak ambil peduli dan menuruti hawa nafsu yang menjadi illah dalam diri!
Hakikatnya untuk melahirkan ubudiyyah pada setiap ketika ini bukanlah mudah. Ujian dan dugaan banyak samada dugaan dalaman dari hati sendiri atau dugaan luar yang lebih menyeronokkan hawa nafsu. Tapi ubudiyyah yang berterusan ini bukan lah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Jika dalam diri ada keikhlasan yang dibajai dengan kesungguhan demi kesungguhan........insyaAllah, kesungguhan itu dapat digunakan untuk beramal dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan Islam......kesungguhan dalam beramal inilah yang memampukan kita untuk istiqamah dalam ubudiyyah kita pada Allah....!!
Dalam berubudiyyah pada Allah, kita perlu merasai penyertaan Allah dalam semua keadaan dan suasana. Meyakini tiada suatu bendapun yang dapat ujud melainkan dengan kekuasaan Allah SWT.
Tidak ada sebarang perlakuan kita sama ada kita lahirkan atau sembunyikan melainkan dalam pengetahuan Allah SWT jua. Tidak ada secebis rahsia pun yang Allah SWT tidak ketahui. Kita perlu sedar setiap perjuangan untuk mencapai dan menegakkan Islam, akan disertai Allah SWT. Dan setiap apa yang diredai dan disertai Allah , sudah tentu mempunyai kekuatan yang tidak dapat diruntuhkan.
Ini terbukti dalam perjuangan generasi awwal terdahulu. Kisah Sumayyah, syahidah pertama dalam Islam, tidak tunduk pada kehendak jahiliyyah dalam mempertahankan aqidah islam...sanggup disula hingga mati.....demi kesucian ubudiyyah pada Allah ! Ini adalah kerana beliau memahami dan jelas apakah matlamat hidupnya dan sanggup menghadapi musuh-musuh Allah dalam mempertahankan imannya walaupun disula!
Jadi keteguhan pada Islam apabila menghadapi tentangan kufur merupakan salah satu syarat untuk berjaya dalam menegakkan Islam. Keteguhan yang berterusan yang bukan mudah diperolehi melainkan setelah melalui proses tarbiyyah hari demi hari bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, sirah para sahabat dan perjuangan ulamak-ulamak muktabar.......sumber pendidikan jiwa yang soheh yang sangat-sangat di perlukan pada hari ini....
Jadi dalam mendidik diri.....perlu kembali kepada sumber soheh ini, mengikuti manhaj(sistem) yang betul dan berada dalam suasana (bi'ah) yang soleh.... mempunyai persediaan jiwa untuk di didik dan membuang semua karat-karat jahiliyyah yang sekian lama telah terdidik dalam jiwa kita dalam suasana tidak islamik ini. Dengan melalui tarbiyah ini secara berterusan memampukan kita untuk terus istiqamah dengan Islam....memampukan kita untuk dapat membuat penilaian dan neraca yang betul dikala kita menghadapi ujiaan dan dugaan dunia! Mohon kekuatan dan pertolongan Allah jua untuk ini, diberiNya kesabaran dan kesungguhan dalam melalui proses tarbiyyah yang menuntut pengorbanan.Tanpa pertolongan Mu ya Allah, kita tidak punya kekuatan diri walau secebis pun!!
Sumber rujukan tarbawi.
asm
ReplyDeleteYa sememangnya kita lah mermerlukan pada Allah dan Allah yang Maha mengetahui kehendak makhluk ciptaanNya telah menganugerahkan kita cara hidup Deen Islam untuk kita ikuti dan di utuskan pula Rasulallah untuk membimbing kita. Jadi kita tak ada pilihan lagi untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat daripada mengambil Islam secara cara hidup kita. Namun peroses keimanan mesti kita lalui untuk menjadikan Islam sebati dengan kita..kalau tidak takut-takut kita tak dapat istiqamah di atas jalanNya. Banyak lah berdoa, bermunajat kpada Allah, kitalah yang sangat memerlukan Allah sebab kita manusia terlalu lemah.....
wslam