Monday, September 27, 2010

Mengenali jahiliyah hari ini...

     Ramai di kalangan kita yang mengaku kita Muslim tapi sebenarnya kita tidak benar-benar merasai bagaimanakah kenikmatan berada dalam Islam seperti yang dirasai oleh sahabat-sahabat Rasulullah saw di zaman terdahulu. Mengapakah terjadinya demikian??  Kebanyakan kita adalah Muslim sejak lahir, tetapi hakikat nikmatnya menjadi Muslim belum dirasai walaupun kita rasa kita sudah melaksanakan tanggungjawab Islam dalam kehidupan kita.Jiwa kita masih belum tenang dan selalu resah gelisah bila masalah melanda sehingga kadang-kadang tidak nampak jalan penyelesaiannya.!
      Dalam rangka inilah, kita perlu mendekati sumber-sumber yang boleh memberikan gambaran Islam (fikrah islamiyah) yang betul dan tepat bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.  Kita juga  perlu mengenali jahiliyyah hari ini. Mengenali jahiliyyah bererti kita mengetahui musuh ketat Islam dan iman ini.  Hilangnya kenikmatan  dan kemanisan hidup berada dalam Islam disebabkan adanya penyerapan unsur-unsur jahliyyah dalam diri, keluarga  dan masyarakat.
      Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah :50 yang bermaksud.............
" Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin(beriman)?"
      Bagi orang Mukmin hukum Allah SWT lah yang terbaik. Tetapi ramai umat Islam hari ini menolak hukum Allah SWT dalam kehidupan praktik!  Islam hanya diambil dalam suasana formal sahaja seperti kematian, akad nikah, solat, puasa, haji dan lain-lain.....tapi dalam banyak keadaan Islam terpisah dari realiti hidup seharian! Nilai -nilai lain yang bukan Islam diambil.......ini adalah nilai jahiliyyah! Islam dan jahiliyyah dicampuradukkan dalam kehidupan. Kecelaruan timbul dalam diri dimana mengaku Muslim tapi rasa hati, tindakan, pandangan hidup, akhlak bercampur aduk dengan jahiliyyah! Mengaku Islam tapi ambil rasuah, cakap bohong, menipu, tidak jujur, dendam,  ...dan seribu macam lagi akhlak jahiliyyah dalam diri!!   Ini bukanlah yang Allah dan Islam kehendaki!
       Pengakuan Muslim dalam diri sepatutnya melahirkan syakhsiah Islam yang menyeluruh dalam diri......dalam setiap aspek kehidupan!  Apa yang Islam kehendaki adalah Islam yang kamil(lengkap) dan syamil(menyeluruh).....bukan Islam sampingan yang bercampur aduk dengan jahilyyah!
       Al- Quran telah memberikan gambaran tepat mengenai jahiliyyah yang sebenarnya......
Menurut Muhd Qutb, ciri-ciri jahiliyah itu adalah keadaan jiwa yang menolak hidayah dan hukum Allah SWT dan satu keadaan atau penyusunan masyarakat yang juga menolak hukum Allah SWT.
Jahiliyyah adalah berlawanan dengan marifat kenal Allah dan segala petunjuk Allah. Meskipun mengaku akan kekuasaan dan sifat Allah, tapi jika menolak untuk berhukum dengan Allah, ia tertolak dan inilah jahiliyyah!
      Jahilyyah bukan melawan sains dan kemajuan harta benda...tapi apabila ia menguasai diri dan menyebabkan kita berada dibawah telunjuknya......inilah jahiliyyah. Apabila Iman yang ada di jiwa tidak  mampu melahirkan amalan-amalan dan syakhsiah Islam, bermakna yang mengawal dan menguasai diri  dan aktiviti hidup kita adalah jahiliyyah. Hakikat inilah yang wajar kita sedari oleh setiap diri kita........jahiliyyah memang sudah menguasai seluruh hidup kita!! 
      Kejahilan atau kurangnya ilmu sesaorang atau kurangnya kemajuan fizikal masyarakat islam itu bukanlah jahiliyyah. Apabila kita menolak dan tidak mempraktikkan  Islam dalam hidup kita, itulah jahiliyyah. Jahiliyyah di zaman Rasulullah saw dulu dan jahiliyyah zaman ini sebenarnya mempunyai hakikat yang sama......sama-sama menolak Islam praktik dalam hidup......cuma jahiliyyah zaman ini lebih sofistikated dan kompleks. Zaman dahulu, jahiliyyah mudah dikesan; wujud perbezaan jelas mana Islam , mana jahiliyyah! Jahiliyyah moden sekarang bercampuraduk dengan Islam, tersembunyi di celah-celah Islam yang dipraktikan dan sukar dikesan! Realiti masyarakat Islam sekarang telah terkongkong dengan jahiliyyah yang amat teruk sehingga apa yang dianggap Islam pun sebenarnya di asaskan oleh jahiliyyah!     
       Jahiliyyah dan nafsu mempunyai hakikat yang sama......kedua-duanya menolak dan menyimpang dari iman dan Islam.  Apabila jiwa mengikuti hawa nafsu.......itu juga jahiliyyah kerana enggannya mengikut nilai Allah dan Islam! Tapi kita susah kesan dan sukar nampak jahiliyyah ini kerana .....kita sendiri juga tidak sedar dan tenggelam dalam nilai-nilai jahiliyyah dalam praktik hidup kita! Kita sukar menghapuskan jahiliyyah sepenuhnya dari dalam diri kita selagi kita tidak kembali kepada hakikat Islam yang syumul.
           Musuh-musuh Islam sekarang ini telah berusaha bersungguh-sungguh menenggelamkan umat Islam dalam arus Jahiliyyah ini melalui kemajuan-kemajuan yang mana melekakan umat Islam sehingga kita terlalai dan tertidur dalam buaian mimpi. Jadi senanglah mereka menguasai umat Islam! Jadi kita perlu sedar sekarang juga supaya hidup kita ini tidak dikuasai oleh sesiapapun melainkan nilai Allah dan nilai Islam!!  Berada dalam suasana jahiliyyah bermaksud berada dalam kegelapan,  penyelewengan , kucar kacir , kerosakan dan penyesatan. Setelah keluar dari suasana jahiliyyah .......baru  sedar dan nampak cahaya keindahan dan kenikmatan Islam. Inilah yang dirasai oleh sahabat generasi awal terdahulu... jadi atas rasa inilah mereka terus mengenggam Islam dengan istiqamah dan tidak rela kembali semula ke alam jahiliyyah....dan inilah sebabnya mereka merasai kemanisan iman dan Islam!  Cukup berbeza dengan realiti kita pada hari ini!!
    Al Quran dan Islam adalah cahaya dan petunjuk.  Inilah cahaya yang menerangi dan  penyuluh hidup manusia dalam mengharungi kegelapan arus kehidupan yang di selaputi jahiliyyah. Kita hanya dapat menuju destinasi dan matlamat kehidupan yang sebenarnya apabila kita menjadikan Al-Quran dan Islam sebagai pelita dan penyuluh kita. Tanpanya kita akan meraba-raba dalam kesesatan dan kegelapan jahiliyyah sehingga kita tidak nampak jalan keluar. Kita akan rasa lemas, resah,  gelisah , ketakutan dan tidak tenang sepertimana bila kita berada dalam kegelapan malam yang pekat yang mana tiada cahaya yang menerangi.
      Perlunya kita pada Islam dan Al-Quran seperti perlunya kita pada penyuluh untuk mencari jalan keluar dan nampak suasana sekeliling dalam kegelapan malam. Jadi perlulah kita mengambil dan menggenggam penyuluh ini selama kita berada dalam kehidupan di dunia ini. Barulah kita benar-benar dapat berjalan diatas jalan yang terang dan jelas tanpa penyelewengan. Barulah kita dapat menuju ke matlamat dan destinasi kita yang jauh dengan penuh keyakinan dan keimanan pada Allah.
Jika tidak, akan terumbang-ambinglah hidup ini, hilanglah kenikmatan hidup.....dan lantas ada yang mengambil jalan singkat dengan mengambil nyawa sendiri untuk menyelesaikan masalah!Alangkah rugi dan sia-sianya nikmat hidup yang Allah kurniakan di putuskan begitu saja......inilah natijah bila iman tipis dan Al-Quran tidak dijadikan  panduan hidup!!
     Jadi kita mestilah bersedia untuk membuang semua nilai-nilai jahiliyyah yang ada dalam diri kita dalam rangka kita nak kembali pada Islam. Islam dan jahiliyyah sebenarnya tidak ada kompromi walaupun sedikit! Hajat kita untuk kembali pada Islam mestilah pengembalian yang menyeluruh;jika ada sedikitpun campuraduk, itu masih jahiliyyah! Islam yang suci bersih tidak boleh duduk dengan jahiliyyah yang kotor dan hina. Dan dalam hati seorang muslim   mukmin tidak boleh berkongsi dua cinta yang berbeza.......perlu buat pilihan sama ada cinta pada Allah dan islam atau jahiliyyah!  

Sumber rujukan tarbawi

1 comment:

  1. asm
    Persoalan jahiliah memang agak complicated...dia menjelma disetiap masa didalam pelbagai bentuk yang sentiasa mengelirukan..inilah lah kerja iblis dan kuncu-kuncunya yang ramai termasuk makluk manusia...cuma bagi kita tak ada pilihan jahiliah dlam apa bentuk pun mesti kita peroses buang dari hati kita.....kalau kita sayang dan simpan lambat laun akan terbit jua hatta di saat peperangan jihad pun...ingat lah peristiwa seerah sahabat Bilal dengan Abu Zar (kalau tak salah)..apabila beliau mengatakan pada Bilal RA " Hai anak orang Hitam....Bilal mengadu pada Rasullallah SAW dan Rasullallah memanggil Abu Zar dan mengatakan di dalam hati kamu masih ada Jahiliah...Abu Zar yang di peroses ini terus sedar dan menyesal dan menyuruh bilal memijak kepalanya......
    Jadi kita perlu peroses secara serious perkara ini sebab kita takuti jahiliah yang kita simpan dihati kita akan timbul bila-bila masa hatta disaat kita hendak menghembuskan nafas yang terakhir...Dikala itu siapa pun tak dapat bantu kita ..anak, suami , isteri ayah ibu...pulang lah kita dengan kerugian menghadap Allah dengan kerugian yang hakiki...Nauzubillah....Jadi renungi lah catatat Cikgu di atas dan hayatilah...........
    PRIHATIN

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...