Wednesday, September 29, 2010

Kematian...sesuatu yang pasti... jadi bersedialah!!




     Kita seringkali merancang penghidupan kita;  apa yang kita nak buat hari ini, esok,  bulan ini, tahun ini.......tapi kita selalunya lupa untuk merancang tentang kematian kita..... yang merupakan sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap makhluk yang hidup!! Manusia ini berangan-angan panjang untuk hidup lebih lama, menangguhkan taubat kerana merasakan umur masih panjang dan merasakan kematian masih jauh di depan. Sedangkan saban hari kita mendengar tentang berita kematian di TV, akhbar-akhbar.......adakah tersentuh hati kita bila agaknya  giliran kita pula?? Tiada manusia yang selamat dari bencana ini......maka perlulah sebenarnya kita sentiasa ingat akan mati!!
   Rasulullah saw telah  berpesan  pada kita yang bermaksud ..
   " Perbanyakkanlah mengingati mati."
Kematian menghapuskan segala kenikmatan dunia dan memisahkan manusia daripadanya. Namun kita sering melupai dan menjauhinya dan mencampakkannya jauh-jauh dari pemikiran dan ingatan kita. Manusia seolah-olah mahu hidup di dunia ini selama-lamanya.......takut memikirkan pasal mati! Segala perbincangan manusia di dunia ini   berkisar bagaimana nak selesaikan permasalahan hidup......jarang nya perbincangan tentang permasalahan mati....sedangkan kita manusia ini dilahirkan sebenarnya adalah untuk mati...........!    
      Imam Al Ghazali mengingatkan kita dalam bukunya Ihya Ilumiddin tentang kematian ini. Perlunya sentiasa memikirkan pasal mati ini, berangan-berangan tentang mati, memberi perhatian tentang mati dan ternanti-nanti akan mati! Tentulah hakikat ini menyeramkan bagi kita yang takut mati, kurang persediaan untuk mati dan cintakan dunia! Jalan mengingati kematian ini sebenarnya dapat membersihkan hati dari karat kelalaian dan melembutkan jiwa yang keras sepertimana dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud.....
    " Sesungguhnya hati berkarat sebagaimana berkaratnya besi, dan perkara yang boleh mengilatkannya adalah tilawatul Quran dan mengingati mati." 
Dua peringatan yang berkesan bagi kita untuk membersihkan hati kita.....
    Firman Allah dalam surah Luqman :34 yang bermaksud......
" Sesaorang itu tidak tahu apa yang akan dilakukannya pada esok hari dan dia tidak tahu di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Meliputi ilmuNya."
    Tiada seorangpun tahu bila dan dimana dia akan mati....masa muda atau tua ke....di rumah ke atau dimana ye?? Semuanya dalam pengetahuan Allah SWT sahaja....kita tidak punya apa-apa petanda yang boleh memberitahu bila kita akan mati dan di mana! Bila kematian datang kita tidak mampu menahannya....samada untuk diri kita atau orang lain....semuanya sudah ditetapkan dan merupakan ketentuan Allah.
     Firman Allah lagi dalam surah Ali Imran :185 yang bermaksud....
"Setiap jiwa akan merasai mati dan sesungguhnya ganjaran dan balasan mereka akan disempurnakan di hari kiamat. Maka barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan keseronokan yang menipu."
    Itulah hakikat yang pasti bagi kita yang bernama manusia yang dijadikan untuk mati.....untuk mendapat balasan yang setimpal dengan amalan kita didunia ini di waktu kita di alam akhirat nanti. Jadi hiduplah sebagaimana yang engkau mahu, engkau tetap akan mati. Cintailah sesiapa yang engkau mahu, engkau tetap akan berpisah dengannya. Lakukanlah apa saja kerja yang engkau mahu, sesungguhnya engkau akan diberikan pembalasan dan ditanya tentangnya. Hiduplah seratus tahun atau dua ratus tahun...bukankah kesudahannya mati juga??
   Sekiranya pengakhiran hidup ini adalah mati maka sama sahaja umur panjang atau pendek.
Yang penting bukan panjang atau pendeknya umur...tapi bagaimana umur itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kehidupan ini...beriman, bertakwa pada Allah, bermanfaat untuk orang lain dan melaksanakan tuntutan-tuntutan beramal soleh!!
  Apabila ajal sudah tiba, maka ia tidak akan ditangguhkan walau sesaat pun. Firman Allah dalam surah Al-A'raf :34 yang bermaksud....
   "Apabila ajal mereka sudah tiba maka mereka tidak akan ditangguhkan walau sesaat dan tidak juga dipercepatkan."
     Tiada penangguhan  kematian bila tiba saat dan ketikanya.....usia manusia merupakan beberapa hari tertentu dan beberapa hembusan nafas  yang tertentu...yang tetap akan berakhir !!
     Jadi kita sebagai seorang muslim perlu memikirkan selalu pasal hari akhir kita ini dan sentiasa berharap agar Allah mematikan kita dalam keadaan beriman pada Allah dan tergolong di kalangan orang-orang yang soleh. Inilah impian kita. Kehidupan yang sebenarnya bukanlah di dunia ini tapi nun di akhirat sana yang kekal abadi yang pasti akan kita lalui setelah kita mati. Jadi perlu seimbangkan dunia dan akhirat kita, buat bekalan dari kehidupan untuk kematian, dari usia muda untuk usia tua dan dari waktu sihat untuk waktu sakit. Jangan dipersia-siakan hidup ini.......hidup ini adalah anugerah Allah, amanahNya yang akan minta dipertanggungjawabkan...!  Sabda Rasullah saw dalam sebuah hadis yang bermaksud......
   " Orang yang beruntung ialah orang yang mengenali dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati."
    Jadi sama-samalah kita berdoa agar kita memperoleh husnul khatimah di penghujung usia kita...
" Wahai Tuhan kami, curahkanlah kami kesabaran dan matikanlah kamu dalam keadaan seorang Muslim. Ya Allah, tolonglah kami dalam berhadapan dengan sakaratul maut."

Rujukan buku Khutbah Prof.  Dr yusof Al-Qardhawi

2 comments:

  1. asm

    Ya benar sekali persiapan mati yang patut kita utamakan.....tetapi mengapa kita lalai..kita masih leka dan menipu diri kita dan orang lain dengan membuat maksiat kepada Allah. Kita sering mengengkari suruhan Nya dan sentiasa melayan suruhan nafsu...Tahukan kita apabila mati dan berdepan dengan Allah di padang masyar nanti segala amal baik dan buruk akan di bentang kepada kita...Di dunia kita boleh terlepas dari hukuman manusia dengan dolah daleh kita untuk mengiakan kesalahan kita tetapi di akhirat tiada sesuatu yang tertinggal...maka ayuhlah berdoa dan bertaubat lah dengan sungguh-sungguh untuk persiapan menghadap Allah.....KUBUR ADALAH PERSINGGAHAN AKHIRAT PERTAMA....

    Saudaramu dalam Islam

    ReplyDelete
  2. asm
    Kehidupan di dunia ada awal dan penghujung....kita di lahirkan , menangis, membesar, mancari rezeki, berkahwin, berkeluarga...akhirnya sampailah kepenghujung...kalau banyak amalan kebajikan , mudahlah pertemuan dengan Allah tetapi kalau sebaliknya kita berdepan dengan azab siksa....Mati tidak ada lagi amalan...kalau kita merayu walau sesaat dari Allah, kita tak akan diberi peluang kali kedua......maka bermulalah kehidupan yang tidak penghujung...jadi fikir-fikirlah apa yang kita mahu di dalam kehidupan ini....

    BANGI

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...