Dua hari lagi akan berakhirlah Ramadhan Al Mubarak.......bulan mulia, bulan penuh rahmah dan magfiroh.....
Adakah kita telah berjaya melepasi Madrasah Ramadhan ini dan lulus ujiannya dan seterusnya mendapatkan natijahnya......ampunan Allah, dibebaskan dari api neraka dan beroleh ketakwaan yang akan jadi benteng diri kita sebelas bulan akan datang? Wallahualam, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Mudah2an, dengan izin Allah kita sama-sama berdoa agar mendapat ampunan dan rahmatnya dan dibebaskan dari api neraka!
Berlalunya Ramadhan kelak, tetamu istimewa kita selama sebulan......akan kita rindui lagi insyaAllah pada tahun hadapan....mudah2an Allah panjangkan umur kita dan mengizinkan kita bertemunya lagi....kerana rasanya masih belum puas apa yang kita dah laksanakan...ada kelemahan di sana sini yang ingin diperbaiki lagi...........
Taklif puasa yang Allah wajibkan kepada kita umat islam sebenarnya mempunyai hikmah-hikmah yang cukup banyak yang dapat mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.....bila baik hubungan kita dengan Allah maka akan baiklah hubungan dengan makhluk Allah. Puasa ini merupakan salah satu bekalan kita untuk kita melalui kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran ini. Jalan menuju Allah bukanlah jalan yang dihampari dengan permaidani merah, atau sesuatu yang menyelesakan dan ditaburi bunga-bungaan harum.....tapi jalan ini penuh onak dan duri, yang perlu kita lalui kerana jalan inilah yang menyampaikan kita kepada segala kebaikan, kemenangan, kekuasaan didunia dan nikmat bahagia di akhirat dan keselamatan dari azab Allah SWT!
Kita menyedari sebenarnya perlunya bekalan di sepanjang perjalanan hidup ini, iaitu bekalan iman dan takwa yang membantu kita mengharungi jalan ini, membantu kita berjaga-jaga dan berwaspada dari segala lubang-lubang dan lopak, membantu kita melangkahi rintangan tanpa penyelewengan dan kemalasan, tanpa berhenti dan berpaling ke belakang!
Tanpa bekalan iman dan takwa ini, perjalanan jadi susah , banyak halangan dan penyelewengan. .Jika bawa hanya sedikit bekalan, akan mudah tertarik pada godaan musuh-musuh Allah dan tipu daya syaitan yang menyesatkan. Senjata iman dan takwalah yang menjadikan muslim itu kuat melawan godaan dan tipudaya ini dan terus istiqamah di atas jalan yang lurus ini. Justru itulah kenapa perlunya kita sangat-sangat berhajatkan pada natijah takwa ini dari puasa yang kita jalani ini! Tanpa takwa yang kita perolehi dari puasa ini.....sebenarnya tidak memampukan kita untuk istiqamah di atas jalan kebenaran......sedangkan istiqamah ini sebenarnya sangat penting dalam amalan kita......
Berlalunya Ramadhan bukan bermaksud terhentinya segala amalan yang kita buat semasa bulan ini....ia sepatutnya diteruskan.....roh Ramadhan tetap bersama kita! Kita tidak mau menjadi manusia Ramadhani tapi jadilah manusia Rabbani yang sentiasa melaksanakan amalan kita pada Allah tanpa bermusim atau mengikut masa dan keadaan! Ubudiyah kita pada Allah bukan bermusim.....tapi dari masa ke semasa kita tingkatkan semaksima yang mungkin!
Kejayaan memperoleh takwa ini lah yang disambut dengan laungan takbir Eid Mubarak sebagai tanda kesyukuran setelah melalui ibadah puasa secara intensif . Kegembiraan orang Muslim yang telah melalui ujian ini dengan jayanya....di ucapkan melalui tasbih dan tahmid sejak berakhirnya bulan Ramadhan lagi iaitu selepas berbuka puasa di hari terakhir Ramadhan sehinggalah menunaikan solat Eidul Fitri.........kita meraikan hari raya ini dengan penuh rasa ketakwaan pada Allah....! Bukannya meraikannya dengan nyanyian dan hiburan , berbangga diri atau melakukan kegiatan yang tidak bermanfaat seperti menonton wayang, pesta makanan, pergaulan bebas dan macam-macam lagi, ...! Kita raikan dengan mensyukuri nikmatnya dan saling bersilaturrahim sesama kita.....
Di hari raya nanti kita akan memperoleh ganjaran akan setiap amal perbuatan yang telah kita lakukan...perlulah jaga diri kita agar catatan amal kita mengandungi kebaikan...Sambutlah hari raya dengan mengharapkan keredaan dan ampunanNya agar kita beroleh keberuntungan . Firman Allah dalam surah Ali Imran (185) yang bermaksud......
" Sesungguhnya telah beruntung orang-orang yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
Ya Allah terimalah amal kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Maha Mengetahui. Ampunilah kami kerana Engkau Maha penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Ameen, Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment