Wednesday, September 01, 2010

Punca Kekuatan Kita

 


Orang mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah dari orang mukmin yang lemah. Kelemahan-kelemahan yang ada pada diri sesaorang akan mempengaruhi ubudiahnya pada Allah SWT dan lantas menyebabkan kurang istiqamahnya dengan amal-amal islami. Punca-punca kekuatan bagi sesaorang mukmin perlulah di cari dan diusahakan dalam diri dan umat islam kerana dengan kekuatan-kekuatan ini umat islam boleh menghadapi cabaran-cabaran dan dugaan yang datang. Di antara kekuatan yang perlu ada ialah.....
     Iman yang kuat pada Allah SWT adalah satu kekuatan yang perlu diproseskan dalam hati. Dengan ini jiwa yang kuat dapat diproseskan kerana dalam jiwa manusia tersembunyi kekuatan-kekuatan diri.......termasuklah  kesedaran, keikhlasan, kecintaan, kesabaran, kesungguhan, ketaatan, keberanian, kesyukuran , kemesraan.....dan banyak lagi....!! Apabila sifat-sifat ini diproses dalam jiwa , mukmin tersebut mempunyai kekuatan jiwa yang mampu bertahan dan  sanggup berjihad berkorban demi islam yang dicintai....jiwa yang lemah tidak berguna kerana ia cepat melatah, letih dan lesu bila teruji! Umat islam mestilah merupakan umat yang kuat jiwanya kerana ia membawa risalah Allah yang tinggi! Kekuatan kiita bersandarkan pada sumber yang Maha Kuat iaitu Allah SWT sendiri bukan pada yang lain! Kita tetap lemah apabila kita bersandarkan bukan pada Allah, walaupun fizikalnya nampak hebat dan canggih.
     Kekuatan ilmu dan harta kekayaan adalah senjata-senjata yang kuat yang mesti dipelajari dan ditingkatkan demi kemaslahatan islam. Kekuatan fizikal dan mental yang tenang juga adalah kekuatan. Dalam diri kita semua sifat-sifat diri seperti kebencian, kemarahan contohnya  perlu kita proseskan agar kita benci dan marah pada yang perkara yang betul ....benci dan marah pada kekufuran, kebatilan kemaksiatan dan kezaliman... cinta dan kasih pada Allah dan Rasul, pada ibubapa, pada sahabat seagama......bukan cinta terlarang yang menjerumuskan pada maksiat zina !! Inilah yang banyak terjadi kepada pemuda dan pemudi islam kita sekarang...pergaulan bebas yang merosakkan diri dan terjebak dalam dosa demi dosa........Apabila kita tidak menghiraukan larangan Allah....tunggu lah bencana yang akan menimpa diri dan umat ini...!Allah sangat hebat azab dan ancamanNya....tapi bagi hati yang tidak merasai...ini cuma kata-kata saja....! Itulah penting jiwa dan hati ini perlu hidup dan sensitif untuk merasai ancaman Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, azab Allah itu benar, pembalasan itu benar, benar belaka semuanya!!
     Semua kekuatan tadi  dalam realiti sekarang sebenarnya telah terdidik oleh suasana sekeliling atau deen yang tidak islamik untuk mengenepikan dan menolak islam sebagai cara hidup, menolak nilai Allah dan menngambil nilai manusia, mencampuradukkan islam seterusnya tercemarlah kefahaman, kesedaran dan keyakinan islam yang bersih. Suasana sekarang ini  telah kehilangan islam , islam menjadi dagang semula......nilai-nilai islam diketepikan, nilai manusia, nilai barat disanjung! Akibatnya....kelemahan demi kelemahan timbul.......lemah akhlak, lemah jiwa, lemah sensitiviti pada yang batil.............dan yang kuatnya adalah nafsu yang tidak terkendali..........!!
      Justru itu, semua kekuatan tadi perlu dicari semula, dikumpul, diproses dalam satu sistem tarbiyah islam......sehingga kekuatan tadi duduk dibawah telunjuk iman dan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kita sebagai seorang individu muslim dan masyarakat islam. Kekuatan yang di kumpulkan secara kolektif bukan hanya wujud pada individu yang terpisah-pisah!  Kekuatan ini perlu diletakkan kena pada   tempatnya, masa dan ketika yang dikehendaki oleh Allah SWT.
      Namun perlu disedari, kejayaan umat islam  itu bukanlah  hanya kerana ramainya anggota atau banyaknya harta yang juga merupakan kekuatan yang diperlukan, tetapi kejayaan sebenarnya terletak pada kesabaran dan ketabahan jiwa yang diredhai Allah. Seorang mukmin yang sabar dapat mengalahkan sepuluh orang yang  tidak sabar! Dan dilihat  segi sirah  dalam perang Badar orang mukmin yang sabar yang sedikit jumlahnya dapat mengalahkan kafir Quraisy yang banyak!! Sebaliknya dalam perang Hunain orang muslim dikalahkan kerana mereka bangga kerana ramainya bilangan,tapi mereka tidak ada kualiti sabar yang Allah redhai. Jadi sebenar , kualiti diri individu muslim penting untuk mendapatkan kejayaan....   
   Jadi kita umat islam, perlulah kembali kepada islam  untuk mendapatkan semula kekuatan yang hilang yang sepatutnya menjadi milik kita.......Tapi oleh kerana kelalaian dan kelekaan kita dengan dunia, takutkan mati, menuruti hawa nafsu, meninggalkan Al-Quran sebagai pegangan kita....jadilah kita seperti sekarang ...... dikuasai oleh musuh Allah dan musuh islam!. Hilangnya harga diri kita, tergadainya maruah kita sebab kita mengenepikan islam sebagai cara hidup kita yang mulia........
Perlu bangunkan diri kita dari tidur yang lena kerana disekeliling kita umat islam sedang terbakar....... jika kita masih lena lagi....kita dan keluarga kita juga turut terbakar.. dan buat lah sesuatu  dengan kemampuan yang ada untuk berusaha memadamkan api kebakaran ini walaupun sedikit....!!

2 comments:

  1. asm
    Kekuatan adalah satu elemen yang penting untuk mencapai kejayaan. Untuk berjaya dalam pelajaran, pekerjaan ataupun apa-apa kejayaan di dunia ini perlu kepada kekuatan. Jadi sudah semestinya untuk mencapai kejayaan di dunia dan Akhirat kita perlu kekuatan dan ini hanya boleh didapati mengikut acuan yang Allah tunjukkan pada kita. Inilah yang terangkum di dalam tulisan cikgu yang di petik dari tulisan ulamak muktabar di atas. Perlu kita teliti mesej setiap saranan tersebut yang sudah semestinya bermula dengan iman.
    Hayatilah Firman Allah" Jika Allah menolong kamu, tidak ada yang dapat mengalahkan kamu. Dan jika ia membiarkan kamu,siapakah yang dapat menolong kamu selain dari padaNYa? Dan kepada Allah, hendaklah orang-orang beriman itu tawakkal " Ali Imran:160.

    Muhasabah diri

    ReplyDelete
  2. kekuatan adalah milik kita...
    perlu bekali diri dengan kekuatan..
    didahului dengan kekuatan iman dan takwa...
    yang merupakan penjaga kita...
    Disaat terlalai dan leka....bisikan iman mengembalikan kita ke trek yang betul...
    meluruskan semula perjalanan hidup kita!!

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...