Apabila kita berpagi-pagi....maka janganlah menunggu waktu petang....kerana hari inilah yang akan kita tempuhi, bukan hari semalam yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan atau hari esok yang belum pasti kita tempuhi! Hari ini adalah lembaran baru bagi kita...untuk kita isi coretan-coretan kehidupan dan amal soleh kita........
Mungkin hidup kita cuma tinggal hari ini sahaja......jadi anggaplah masa hidup kita cuma hari ini...atau seolah-olah kita lahir dan hidup hanya sehari sahaja..! Apabila kita berfikir demikian, maka kita tidak akan rasa resah dan gelisah dengan kesedihan dan kedukaan semalam dan parut luka masa lalu atau kita dihantui dengan bayangan masa depan yang penuh keraguan dan sering menakutkan.
Justru itu, fokus diri kita , perhatian kita, kesungguhan kita adalah pada waktu ini dan untuk hari ini! Pada hari inilah kita perlu berazam.....mempersembahkan kualiti solat paling khusyuk, bacaan Al-Quran paling tartil dan penuh tadabbur, berzikir sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, redo dengan semua yang Allah berikan, perihatin pada persekitaran, ambil berat pada kesihatan jiwa dan raga dan berbuat baik sesama manusia...........
Pada hari ini, sepatutnya kita lebih bijak dari hari semalam dalam membahagi-bahagikan masa dengan sempurna dan bijaksana. Jadikan setiap minitnya sebagai ribuan tahun dan setiap saat sebagai ratusan bulan: tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkan sesuatu yang paling indah untuknya. Beristigfarlah dari semua dosa, ingat sentiasa padaNya, sentiasa bersiap-siaga menuju perjalanan jauh menuju akhirat. Nikmatilahlah hari ini dengan segala keriangan dan kebahagiaan. Terimalah rezeki, suami, isteri anak-anak, tugas-tugas, rumahtangga, jawatan kita hari ini dengan penuh rasa redo.......
Firman Allah dalam surah Al-A'raf :144 yang bermaksud.......
" Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur."
Marilah kita hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian!! Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Apabila kita percaya pada diri kita dengan semangat dan azam yang kuat......kita akan dapat berpegang pada prinsip aku akan hanya hidup hari ini....dan sentiasa menyibukkan diri setiap saat memperbaiki keadaan , memperkembangkan semua potensi diri dan mengikhlaskan setiap amalan.....
Jika kita hidup untuk hari ini, kita tidak akan menangisi masa lalu yang sudah berlalu dan tenggelamlah ia seperti tenggelamnya matahari...masa lalu sudah meninggalkan kita semua....dan kita tidak termenung sebentarpun untuk mengingatinya....
Jika kita hidup untuk hari ini, kita tidak akan bermain dengan khayalan masa depan yang masih dalam keghaiban....tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada ....esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satupun darinya yang dapat disebutkan.......mungkin ada cita-cita yang membara tapi perlu diusahakan pada hari ini juga.....!!.
Jadi ungkapan "hidup untuk hari ini" atau "hari ini kepunyaanku" merupakan ungkapan paling indah dan bermakna untuk menikmati hidup di dunia yang fana ini.....kita berusaha memaksimakan amal hari ini yang akan jadi sejarah pada hari esok yang mungkin tidak menjelma bagi kita....bila kematian menjemput kita!!
( Rujukan buku La Tahzan)
No comments:
Post a Comment