Thursday, September 02, 2010

Bersedekahlah....untuk menghapuskan dosa dan melapangkan dada!!

         Kita umat islam masih berada di bulan Ramadhan.....di penghujung Ramadhan....hari demi hari berlalu dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi...!! Bagaimanakah amalan kita....solat, zikir, puasa, iktikaf kita......dan sedekah kita??Sepatutnya sekarang kita membuat pecutan ibadah yang terakhir dan maksimum  sebab peluang melipatgandakan pahala dibulan mulia ini akan berakhir!! Berlalunya Ramadhan yang mulia ini....sepatutnya kita merasa sedih......bukan gembira menyambut hari raya sahaja. Kegembiraan kita disaluti kesedihan; gembira jika kita dapat melalui ibadah puasa dengan sempurna dan sedih sebab tetamu istimewa yang membawa barakah, rahmah dan maghfiroh akan pergi.........  Adakah ia pergi dengan membawa keampunan bagi dosa-dosa kita dan membebaskan kita dari api neraka? Satu persoalan untuk diri kita renungi bersama.....!
    Dan salah satu cara untuk kita membersihkan diri kita dari dosa-dosa kita adalah dengan bersedekah! Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini merupakan bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan infak dan bersedekah.....kita perlu lipatgandakan ibadah, mujahadah, sedekah dan infak kita dibulan ini.....Pahalanya juga dilipatgandakan Allah beribu kali. Sedekah jariah  ini dituntut dalam islam untuk berkongsi bersama-sama mereka yang kurang berkemampuan dari segi material dan membelanjakannya di atas jalan Allah....
    Firman Allah dalam surah  Al- Baqarah (265) yang bermaksud.................
 " Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas)yang timbul dalam jiwa mereka adalah seperti satu kebun di tempat yang tinggi yang di timpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasil dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiramnya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
     Surah At-Taghabun (17) yang bermaksud....
" Jika kamu meminjamkan Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipatgandakankan (pembalasannya)kepada kamu dan mengampuni kamu.... "
            Anugerah Allah kepada kita berupa harta kekayaan bukanlah milik mutlak kita....ia adalah amanah Allah yang Allah beri pada kita....maka kita keluarkanlah anugerah Allah ini dengan kemampuan diri yang ada pada kita.......tidak semestinya kita mesti kaya raya baru bersedekah.....tapi memberi dengan kemampuan diri yang ada walaupun sedikit tapi kita beri dengan penuh keikhlasan!!  Sahabat Rasulullah yang tidak punya apa-apa pun bersedekah dengan hanya sebiji kurma! Bukan banyak yang Allah nilai...tapi semangat dan niat menyuburkan syiar bersedekah ini yang begitu tinggi nilainya.......yang sepatutnya kita contohi!    
    Firman Allah dalam surah Al-Isra (29)
" Dan janganlah kamu jadikan tangan kamu terbelenggu pada lehermu..."
        Allah melarang kita bersifat bakhil dan kikir ........kerana ikatan yang mengikat jiwa adalah sebahagian ikatan yang mengikat tangan......maknanya jiwa kita jadi sesak dan akhlak jadi sempit seolah-olah terikat kerana bakhil dan kikir. Sebaliknya dada orang yang banyak bersedekah akan jadi lapang dan bahagia....kerana Allah melapangkan dan meluaskan jiwanya!!
       Harta kita tidak akan berkurang kalau kita bersedekah dan berinfaq......malah  ia akan bertambah-tambah lagi! Inilah berkat bersedekah. Harta kita yang sebenarnya bukanlah harta yang kita simpan......tapi harta yang kita belanjakan dijalan Allah....! Kebakhilan diri tidak akan menjadikan kita kekal hidup selamanya...kita akan pergi menghadap  Allah bila tiba masanya.... dan harta yang menimbun itu bukan milik kita lagi...tapi milik  yang ditinggalkan. Dan apakah harta yang kita nak bawa balik kalau bukan amal soleh dan sedekah jariah di masa hidup kita? Jadi kena rebutlah peluang ini lebih-lebih di bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi lagi! Dan kita teruskan amalan ini walaupun Ramadhan telah berakhir..................

1 comment:

  1. asm

    Bersedekah atau memberi adalah satu amalan yang mulia. Tetapi ia mesti terbit dari keikhlasan kerana Allah.. Baru lah kesannya. dapat di rasai oleh pemberi dan juga penerima. Ini lah yang perlu di peroses dan perlu dibuat berulang-ulang supaya dia menjadi kebiasaan. Mungkin pada permulaan datang niat-niat yang tak elok tapi teruskan bersedekah atau memberi secara latihan tubi berulang-hingga ia jadi malakah (biasa) dan inilah sebenar didikan atau tarbiah hati. Tapi bukanlah mudah saperti yang difikirkan. Pada saat kita nak memberi nafsu atau syaitan terus membisikan kepada hati kita idea yang bertentangan. Nak beli inilah, nak guna untuk hal lain lah dan pelbagai idea lagi. Akibat bisikan ini dari kita nak beri RM 10 jadi RM1 atau guna duit siling yang berlebihan. Kita ingat kita untung tetapi sabenarnya kita rugi disisi Allah. Kerana apa? Allah berfirman surah Saba, 29: "Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya......

    Sedekah juga luas ertinya....Senyum pun sedekah...maka belajarlah senyum secara latihan tubi..anda mampu mengubahnya TAPI INGAT mesti bertempat dan jangan salah orangnya...Mulalah pada suami,isteri dan anak dulu sebagai latihan permulaan......

    Wasalam

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...