Dalam suasana kita menyambut 'Idulfitri dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran ini, kita perlu sentiasa ingat betapa perlunya kita mengekalkan ketakwaan kita yang telah dipupuk semasa kita berada di Madrasah Ramadhan dahulu. Kita merayakan Idulfitri sebagai seorang yang muttaqin. Kita janganlah memusnahkan segala amal dan pengorbanan kita dengan perkara maksiat dan mungkar. Hendaknya kita mestilah istiqamah dengan sifat takwa ini dan seterusnyalah bermujahadah untuk menjadi seorang muslim yang mutaqqin. Mudah-mudahan Ramadhan yang baru meninggalkan kita ini akan benar-benar menggamit rindu dan cinta kita pada Allah SWT. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang ibadah puasanya , solat tarawih ,tahajjud dan taubat serta zikir dan tadarrusnya, diterima Allah , jihad dan dakwahnya ditegakkan, segala amal kebajikannya diperkenankan dan segala dosanya diampunkan disepanjang Ramadhan yang lepas. Orang sebeginilah yang layak mendapat kemenangan pada hari raya 'Idulfitri dan merayakannya di pagi hari lebaran yang mulia!!
Marilah kita sama-sama mengorak langkah meneruskan kehidupan kita ini dengan semangat membara , azam dan tekad yang baru untuk menjadi insan yang bertakwa dan beramal soleh. Kita perbanyakkan taubat dan memohon keampunan di atas segala keterlanjuran dan dosa kita supaya mudah-mudahan Allah melorongkan ke arah jalan yang lurus dan medapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Ali Imran :133-134 yang bermaksud,
'Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermakan hartanya dikala senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.'
Jadi perlulah kita bersegera untuk melakukan kebajikan ini kerana masa tidak menunggu kita.......
Tanpa sikap segera ini, kita akan ketinggalan dalam mencari bekal menuju akhirat ...sikap santai, tunggu dan berlengah-lengah akan menyebabkan kita rugi......namun sikap inilah yang banyak menguasai diri umat islam sekarang....!! Ini perlu diperbaiki....Dalam mengejar akhirat kita perlu berfikir seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kita hidup di dunia....esok hari tidak pasti kita akan hidup lagi....jadi kita perlu memaksimumkan amalan kita pada hari ini juga! Segala perancangan amal kita seharian perlu kita isi dengan sempurna tanpa ada sedikitpun pembaziran masa pada hari itu. Dan berusaha memenuhi rutin tersebut, insyaAllah. Setiap kerja yang dibuat perlu dihubungkan dengan Allah walaupun kecil......kerana di sisi Allah tiada amal yang kecil.........amal yang kecil tapi dibuat ikhlas kerana Allah adalah besar disisiNya...sebaliknya amal besar yang dilakukan tanpa ikhlas padaNya....tidak dinilai! Justru itu tidak boleh meremehkan sesuatu amal itu walaupun sekecil mana amal itu seperti membuang duri dijalanan!!
Yang pentingnya, kita perlu melalui kehidupan ini dengan penuh rasa sedar bagaimana nak tukar amal biasa yang kita buat sehari-hari menjadi amal yang luar biasa yang diterima sebagai amal soleh. Kita betulkan amal kita yang biasa, dan biasakan amalan yang betul supaya ia jadi malakah atau tabiat dalam diri kita. Jadi setiap apa kerja yang kita buat........tak kira kecil atau besar....jadi amalan yang luar biasa....amal soleh yang Allah terima! Dengan kata lain seluruh hidup kita....dah menjadi ibadah kepada Allah SWT.....inilah matlamat sebenarnya hidup insan di muka bumi Allah ini....Menjadi hamba pada Allah!
No comments:
Post a Comment