Emosi dan perasaan akan bergejolak disebabkan dua perkara.......kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat. Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda...." Sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh dan tercela....keluhan ketika mendapat nikmat dan umpatan ketika musibah." Firman Allah dalam surah Al-Hadid :23 yang bermaksud....
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu."
Justru itu Rasulullah saw ada mengatakan " Sesungguhnya kesabaran itu adalah pada pukulan yang pertama."
Sesiapa yang mampu mengawal perasaannya pada setiap peristiwa maka dialah orang yang sejati yang memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan kerana dia akan memperoleh nikmat dan kebahagiaan kerana kejayaannya mengalahkan nafsunya yang bergejolak ketika marah, senang ataupun susah.
Sifat manusia yang Allah SWT jadikan memang suka berbangga diri, senang gembira dan bakhil bila mendapat kesenangan dan mudah keluh kesah bila ditimpa kesusahan. Manusia juga merupakan makhluk yang tidak tahu bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan dan tamak, suka mementingkan diri sendiri serta tidak menghiraukan perasaan orang lain!!
Sifat manusia yang Allah SWT jadikan memang suka berbangga diri, senang gembira dan bakhil bila mendapat kesenangan dan mudah keluh kesah bila ditimpa kesusahan. Manusia juga merupakan makhluk yang tidak tahu bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan dan tamak, suka mementingkan diri sendiri serta tidak menghiraukan perasaan orang lain!!
Tapi bagi orang -orang yang khusyuk dalam solatnya, merekalah orang yang mampu berdiri seimbang diantara gelombang kesedihan yang kuat dan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka sentiasa bersyukur ketika mendapat kesenangan dan bersabar ketika kesusahan.
Emosi yang tidak terkawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri. Dikala marah, kemarahannya meluap-luap, tubuhnya gementar, mudah memaki hamun sesiapa saja, seluruh isihati akan ditumpah luahkan, nafasnya tercungap-cungap dan dia akan berbuat sekehendak hatinya.
Bila gembira pula, ia menikmatinya secara berlebih-lebihan dan mudah lupa diri. Dan apabila dia tidak menyukai sesaorang, dia akan mencela, mengherdik dan tidak nampak kebaikan orang tersebut.
Bila menyukai sesaorang, dia akan terus memuja dan menyanjung seolah-olah tiada cacat celanya......Manusia sebegini sebenarnya tiada neraca diri dan jiwanya penuh dengan penyakit-penyakit hati yang kronik yang perlu diubati segera........perlu kembali pada iman dan takwa yang sebenarnya...imannya tipis dan jiwanya mudah dikuasai syaitan! Dia hanya menyembah Allah di tepi atau tiada langsung......!!
Bila gembira pula, ia menikmatinya secara berlebih-lebihan dan mudah lupa diri. Dan apabila dia tidak menyukai sesaorang, dia akan mencela, mengherdik dan tidak nampak kebaikan orang tersebut.
Bila menyukai sesaorang, dia akan terus memuja dan menyanjung seolah-olah tiada cacat celanya......Manusia sebegini sebenarnya tiada neraca diri dan jiwanya penuh dengan penyakit-penyakit hati yang kronik yang perlu diubati segera........perlu kembali pada iman dan takwa yang sebenarnya...imannya tipis dan jiwanya mudah dikuasai syaitan! Dia hanya menyembah Allah di tepi atau tiada langsung......!!
Dalam satu hadis menyatakan ..." Cintailah orang yang engkau cintai secara berpada-pada sebab siapa tahu dia akan jadi musuhmu pada masa yang lain, dan bencilah musuhmu sewajarnya sebab siapa tahu dia akan jadi sahabatmu pada masa yang lain."
Dan Rasulullah berdoa dengan doa ini ...." Ya Allah, Aku minta padaMu keadilan ketika marah dan berlapang dada."
Orang yan kuat adalah orang yang dapat menahan diri ketika marah.....kerana kebiasaan manusia bila marah dia sukar dikawal dan terserlah segala kejelekan dirinya. Sifat lapang dada pula ini hanya menghiasi jiwa-jiwa yang tenang, bersih dan sentiasa berhubung dengan Allah. Sesiapa yang dapat mengawal emosi dan akalnya , menimbang dengan betul, maka dia akan melihat kebenaran dan akan tahu jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat.......
Islam mengajarkan kita keseimbangan norma, budi pekerti dan perilaku yang baik sebagaimana ia mengajarkan sistem yang lurus, syariat yang diredai dan agama yang suci......Ia satu sistem yang lengkap bagi manusia untuk mengambil manfaat darinya dan beroleh erti kebahagiaan yang hakiki......Cuma manusia saja yang enggan, sombong dan angkuh tidak mau kembali pada sistem yang Allah jadikan ini. Allah yang menciptakan manusia dengan segala sifat kekurangannya....juga telah mencipta sistem Islam yang terbaik untuk manusia.....Mengapa ambil sistem lain sebagai panduan hidup??.
Sebagai renungan kita sama-sama hayati kata-kata hikmat ini.......
Siapakah orang yang sibuk?
Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang
yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Wallahualam...
asm
ReplyDeleteEmosi dan perasaan bukanlah mudah untuk dikawal, ia berada didalam dan tak dapat di lihat...Ia sentisa bertenaga terutamanya kearah yang negatif. ia tak dapat disekat-sekat oleh segala peralatan moden. Tetapi Allah yang Maha Adil dan Maha mengetahui menyediakan senjata yang ampuh yang mesti kita gunakan setiap masa ....senjata itu ialah IMAN...ubat ini lah yang hilang dalam realiti sekarang ini akibatnya berlaku lah apa yang di ceritakan di atas oleh Cikgu....Jadi jangan pandang ringan ubat iman ini apatah lagi terlalu banyak racun emosi dan perasaan yang tak syarak yang telah kita hirup...INGAT LAH ALLAH, INGATLAH ALLAH, INGATLAH ALLAH....DAN AKHIRNYA KITA AKAN MATI JUGA...Pilihlah Syurga atau Neraka....Usah lah bertangguhlagi.....
Bangi
masya allah..hebat perkongsian ni....hmmm ,memang susah nk kawal emosi...lebih lagi bila muda muda mcm ni....tapi yakinlah ...hanya ISLAm saje penyelesaiannya...
ReplyDeletekuala lumpur.